x0x0

Mar 16, 2013

Surprise and tragedy? Maybe

Dengan nama Allah.
Assalamualaikum.


Dah lama dah tak tulis, maksud aku tentang cerita bukan coretan nonsense macam entry yg lepas. *jeling entry bawah*. Atau mungkin benda tu x dikira entry.. ahh biarlah.

SO, sem 2 dah start 4 minggu lepas, err sebulan yang lepas laa kira2x, dan x pernah balik sejak tu, dan mak+ayah x pernah call sejak 2 minggu yang lepas, dan kesunyian diri makin terasa. #ehhh?? HAHHAHHAHA... ayat last tu tipu. So nak summarize tentang 4 minggu nie x banyak, melainkan member2x aku yang sekepala nie dah berjaya tingkatkan tahap sewel dorang ke paras maximum aku rasa, dengan aci sambar mana bas yang lalu dan turun kat last station. Dan pasal pelajaran pulak, sem nie disaster sikit. kelas sume start pagi, and calculus the worst, lambat 5 minit dah kene halau, dulu algebra, aku lek je naik bas kol 930, walhal kelas kol 9. Kelas banyak gap. Isnin lapang sikit. Selasa end at 7. Rabu disaster 4 jam straight kuliah (analog+Data structure). Khamis nie heaven sikit, ade lab je, and another group x de kelas langsung. Jumaat 9-5. =_="". Memang kalau nak balik pas ni kene cari tiket malam or else, poteng kelas petang. As for result sem 1?? disaster habis. The worst result aku pernah dapat. but chill lah.. Keep calm je.

So, back to the title. Sebenarnya, FESENI UM dah start so this week dorang punya event kat DTC, cehh, aku ingat masuk free,, kena bayar jugak!! RM 3 per entry x 2 minggu. haa,, mau makan RM 50 jugak tu.. taapi disebabkan berkawan dengan orang2x berseni+ mencari alasan malas nak dok kolej+ menempa maut untuk sengaja tak buat tuto, I guess. tak pe kot tapi kene pilih2x event jugak laa. kalau x mau kopak duit. Nak di jadikan cerita lepas 9th menang tarian asli masa 1st day kat DTC, so decide laa nak gi tengok tarian kreatif the next day tu since Tira, Hani, classmates Syaza, Syikin pon ade je yang participate. 

Syaza, Syikin, Suha, Patsy

syikin, Suha, classmate dorang, Syaza

Kelas end at 1830, Hubungan Etnik. Balik sekali dengan Syaza, Syikin and Suha. And Syaza macam dengan sengaja mengusulkan untuk makan kat 12th sambil di yakin kan oleh Suha yang tak tau niat sebenar Syaza yang aku dah faham  sengaja nak kenakan aku tuuu.. Sobs sobs. Park keta kat depan klinik kesihatan, and terus ke kafe. Makan dan meneruskan perbualan sampai maghrib, call Senpai, nak tumpang solat kat bilik die, sebab xtau lagi nak solat kat mana lagi dah.. Senpai jadik hero, masa tu. Dengan ramah kata nak jemput aku dengan telekung kat tepi lif, sekali sampai,, hampeh.. seluar pendek jugak ditibai nyer.

Do all this-that semua, then time to gerak ke DTC,, jeng jeng jeng.. sampai kat keta. tiba2x ada satu palang panjang yang macam kat kawasan perumahan yang ade guard2x jage tuhh dah diturunkan. plus dimangga sekali. And worst is,, kat kolej orang dan tak tau nak jumpe dengan sapa. Tapi x lame pastu ada lah satu saga lalu,, lek-lek je lepas palang tuh.. ohh, in the same time, syikin and suha dah blah, carik orang2x yang berkaitan. Dengar cerita, mereka ber-explorace di 12th dan end-up kat balkoni blok budak lelaki sebelum datang dengan the penyelamat, the key-keeper.

Back to the story,dok ber bincang2x dengan syaza, and entah macam mana, before2x that,, dah conclude yang takkan jumpe SE kat situ diatas beberapa sebab yang kukuh dan munasabah. So, syaza decide nak try kat palang tuh jugak, tapi aku suruh die hold-back dulu,, sebab ade nampak a group of budak2x lelaki nak keluar, so kitorang nak buat case study dulu, dorang lepas ke tak.. Dalam masa nak tunggu dorang nie semua masuk keta,, tetiba mata aku spot, satu susuk,, err macam SE, so terus pukul syaza while staring at that guy and cakap,,

me     : syaza,, err tu macam, tu macam, tu macam.....

syaza : pikah,, tu memang, tu memang, tu memangg..

sambil tepuk-menepuk dan fangirling macam orang gila tak ingat dalam keta tu. Sebenar nye siap dah usulkan kat syaza suruh panggil SE, since die je, err kire macam satu2x nyer harapan yang ada. Tapi usul ditolak. Sobs sobs.. Sekali bile keta SE lalu sebelah keta kitorang, masing2x tutup muka and berpaling. dah macam penyangak pon ade.. hahahhaa,, Pheww, sapa sangka, theory aku salah. Hajar siap tuduh aku ikut SE kulu-kilir.. ahhaa,, Dah rezeki nak terserempak, nak buat guana..

Lepas je keta SE blah,, kitorang masih dalam keadaa  terkejut sikit, dan masih menunggu syikin, nak jadikkan lagi kes nie penuh drama, syikin pergi dan xde tanda2x nak balik, battery fon syaza tinggal ntah berapa percent, BB aku tengah jam dan aku x bawak Samsung aku. So, terpaksa tunggu dengan hati cekal.. Tapi lebih kurang 5 minit lepas SE blah, syikin datang bawak the key-keeper bersama... ahhhaaa,, then, to DTC we go.. terlepas persembahan dari kolej 6, tapi still dapat tengok Tari 9. and we won that night too.. =)



 " Rezeki datang dari tempat yang tak di sangka-sangka" [ Ketua Mentor,2012, Kem Jati Diri ].

Sapa sangka, dalam ada tragedi, terselit satu kegembiraan. :)

No comments: