x0x0

May 6, 2013

General Election 13

Assalamualaikum

Berdasarkan experienced, tak pernah aku update cerita sepantas ini. HAHAHA.

Disclaimer: Ini sudut pandang aku, jangan kritik pemikiran aku, melainkan hujah kau bernas. ;)
Disclaimer 2 : Jangan bahan typo aku..
Disclaimer 3 : Brace yourself, jangan mudah sentap. ;)



5th May 2013, Malaysia
800-1700

Seluruh Malaysia maklum tentang perkara ini, Gelombang #IniKaliLah and Road to Putrajaya betul menggusarkan hati pucuk pimpinan utama negara sehinggakan mengambil masa yang lama untuk membubarkan parlimen. Barisan Nasional mengekalkan pemerintahan di Malaysia *clap-clap*, Selangor, Kelantan, Penang tak dapat ditawan oleh BN tapi negeri lain masih kekal dibawah pucuk pimpinan PARTI barisan nasional... Ciss buat habis duit karang lagu " Sayangi Selangor, Yakini BN." dan akhir sekali Ali Rustam kalah di Parlimen Bukit Katil.. P/s: Melaka dapat Ketua Menteri baru. hewhewhew. Harapan aku kerajaan sekarang, dapat ambil iktibar dengan apa sahaja yang berlaku. Ini bukan zaman flinstone, rakyat sudah berilmu dan bijak untuk menilai. ;)

And those 80% CITIZEN, I mean PURE CITIZEN, yang keluar mengundi.. MASSIVE congratulation. :)


Mungkin aku baru menginjak usia 20 ( cehh, baru mengaku, kalau x orang tanya, aku jawab 19 lagi sebab belum bulan 8) tapi tidak bermakna aku tak layak untuk bersuara. Hanya belum layak di mata undang-undang negara untuk keluar memilih pucuk pimpinan sahaja.. Tak mahu menunding para sahabat lain, mungkin aku silap, kemungkinan juga, aku betul. :)

Aku mula mengambil tahu tentang politik Malaysia ketika di Sekolah Menengah, 7 akhbar menjadi sarapan dihujung minggu. Utusan, Berita Harian, Kosmo, Sinar, Keadilan, Harakah, Fikrah dan kadang-kadang NST. 7 akhbar yang wajib dibaca setiap hujung minggu, 3 media kerajaan, 3 media pembangkang dan 1 mengenai isu setempat. Pernah dengar penyataan ini;

" Jika mahu mengenali seseorang itu dengan jelas, jangan bertanya pada sahabatnya, tanya pada musuhnya."

Ketika di peringkat sekolah, ketika ingin menyuarakan pendapat mengenai politik Malaysia, seringkali di pandang rendah dan di diamkan oleh kata2x,, " Kau tu budak sekolah lagi.", "kau budak2x ape tau." and macam-macam lagi. Tapi masa tu sapa sangka for the next 5 years akan ada perhimpunan, kebangkitan dan sebagainya. Kita terlalu yakin dengan keadaan sehinggakan memandang rendah masa depan. Masa depan kita pula tu. Ehemmm,, perbetulkan sikit, ketika di Universiti ada juga yang berbicara sedemikian.

Maklumat yang aku dapat tak semuanya boleh dimakan, banyak buku yang aku kena baca untuk mencari kebenaran, nahh, kalau x percaya, lai2x ke rumah,, aku tunjuk set2x buku (ape kau ingat, aku seorang pengumpul komik tegar sahaja?). Bukan kata buku, berjumpa dengan living proof. Insan2x yang secara tidak langsung pernah membesar dengan keluarga2x pemimpin. Both sides of course. HAHAHA.. Jangan tanya aku macam mana, dalam keluarga aku sendiri terlibat politik. Pernahlah jadi Exco dalam Negeri Melaka.. Jangan risauu,, mereka menyebelahi kerajaan. Dalam masa yang sama, sedang berjuang menyebelahi kerajaan, orang terdekat aku dianiaya oleh mereka. Keluarga aku dijadikan mangsa permainan politik. Ciss, ape kau ingat aku sebagai anak boleh terima.??

Nahhh, kau cakap besar, kau cakap kau kenal mereka, kau cakap kau arif tentang semua, tapi keluarga kau tak kena. Kau hanya jentera di kampung-kampung,, sedang keluarga aku?? jentera di peringkat negeri. Tapi sebab jadi mangsa, kau ingat aku nak tunduk patuh.. Siapa sangka kan.. Aku banyak berdiam sebab aku hormat pemikiran kau, aku respek usia pertemuan. Buat apa aku canangkan apa yang keluarga aku kena, macam mana perit hidup. Kau tak nampak bukan sebab kau buta, sebab aku tak rasa itu membantu, dengan menghebah2x kan kesana-sini

Kata-kata seorang sahabat aku mengenai politik, aku rasa beliau baru berjinak-jinak ingin tahu keadaan Malaysia,,

"Aku tanye ayah aku, kau faham lah, dia kan dah lama hidup, dia lebih tau apa yang jadi."

Kalaulah dulu aku tanya ayah je tentang politik Malaysia TANPA mencari ilmu itu sendiri, mungkin aku tak menjadi se-peka aku sekarang. Mungkin aku tak dapat patahkan hujah2x mereka yang bertentangan ideologi dengan sesuatu fakta. Tapi aku bersyukur, ilmu itu aku cari sendiri dan aku nilai sendiri. Berdiri untuk berhujah selagi mampu serta x terpesong faktanya, InsyaAllah,, aku boleh. :)

Aku sayang Melayu, tapi aku lagi sayang ISLAM


Mencanang-canang slogan satu Malaysia dimana-mana, tapi ketika berkempen, pihak sendiri memainkan isu perkauman. 50 tahun merdeka, tapi masih ada sifat hasad dengan yang tidak sebangsa. Namanya sahaja negara Islam, tapi Islam itu layu dengan sendirinya.

PRU13 apa yang boleh aku kongsikan, mungkin ada yang beranggapan, "Kita tengok je lah esok, siape menang, dialah hebat.". Ini ialah puak penghancur negara. Maaf kalau terasa.. Disaat hak rakyat sudah terang-terangan diketepikan, Hasil negara dirompak, mereka masih dijulang. Maaf, ini pegangan awak, saya tiada kuasa untuk halang, cuma berharap agar dapar berfikir secara rasional. Ini yang pasti, 5th May 2013: Democracy was officially died in Malaysia. Tak tahu nak kesian pada siapa, negara atau rakyat sendiri. Baru aku faham kenapa ramai senior aku mengambil keputusan meninggalkan Malaysia yang seba-serbi cukup yang bermaustatin di Australia. Mereka di-aniaya.

Equation yang disediakan dibawah, harap2x dapat membantu mengurangkan karat besi yang dah bersarang di minda sesetengah pihak, sekadar berkongsi, parti-parti yang menyertai Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Kalau ada yang x tahu mengenai sesetengah parti politik.. HAHAHA cari lah dalam buku sejarah. Takpun, google je lah. Korang kan keyboard warrior.

 BN = UMNO + MCA + MIC + GERAKAN + PPP + PBB + SUPP + PBS + LDP + PBRS + UPKO + SPDP + PRS       

PR = PAS + PKR + DAP.

UMNO- Melayu                               PAS- ISLAM
MCA- 100% Cina                            PKR- CAMPUR
MIC-100% India                              DAP- Cina (Majoriti), Kaum Lain (Minoriti)

Yang lain tu, parti di Sabah dan Sarawak, kaum mereka pelbagai, x boleh simply tulis. ;) INI ILMU, aku sekadar berkongsi.


Itupun ada yang mengutarakan PAS patut bergabung dengan BN,, tak cukup lagikah parti2x komponen BN jika mahu ditambah dengan PAS. Lipatan sejarah merungkaikan, bukan tak pernah PAS+BN bergabung,, pernah suatu ketika dahulu,, tapi apa kesudahan nya?? PAS ditendang dari BN oleh puak-puak BN sendiri. Jangan tuduh aku cakap semberono sahaja. Korang terer sejarah, apa lagi, bukak lah kitabbbb...

Tak guna berbicara panjang, nanti dituduh tidak bersyukur al maklumlah, saya nie sekolah kerajaan, pegi Universiti kerajaan, masuk matrikulasi kerajaan dan ini yang lagi kencang mereka katakan,, mendapat biasiswa kerajaan, lagi mahu mengutuk. Mereka yang mempunyai ideologi begini, ntah tahu atau tidak APA ITU KERAJAAN. Aku x peduli. ;) Tak sedarkah mereka, students oversea yang dapat biasiswa kerajaan tu bukan sokong depa pun. Sebab diorang tak berfikiran sempit, mereka matang dan bijak menilai. Nak kene campak negara orang baru faham agak nya. Ciss kau Nuur,, nanti ada yang cakap, x suka Malaysia, pegi pindahlah.. HAHAHHAHA, U don't say that,, hang tak cakap pun xpe, tu dalam salah satu perancangan aku. Aku merancang, Allah juga merancang. Semoga di permudahkan, tapi kalau hendaknya aku kena tinggal sini, nak buat cemana. ;)


Mungkin ada yang baru berjinak-jinak nak buat research, aku saran kan reset akal diminda kemudian cari dan faham maksud perkara-perkara ini , INGAT, CARI DAN FAHAM.. apakah itu ;

:. Demokrasi .:
:. Parti politik .:
:. Kerajaan .:
:. Pembangkang .:






p/s:  Aku geli hati, macam mana ada yang bising, jika PR memerintah, Agama Rasmi Malaysia ialah Kristian dan Cina yang jadi PM. Bercakap umpama tiada akal.. Apa guna Perlembagaan Malaysia yang ada kalau masih boleh di bodohkan dengan benda sebegini. Malaysiakan mengamalkan sistem RAJA BERPELEMBAGAAN...Back to the system lahh..tapi major Cissss mereka yang menyampaikan, kau ada mesin masa doraemon ke camna siap dah boleh tahu masa depan..?? Yang menyebarkan dah tentulah Bodoh, yang percaya... HAHAHHAHHA  TERASA x korang tu BANGANG?? HAHHAHAHHA.

3 comments:

Hafiz Joe said...

ur simply bernas la dik...tapi sbb ade cis..hehehehe

Siti Noor Azira Bt Mohamad Ruzi said...

ok. akak suka yg ini :)

Nurul Farhanah said...

steady ~