x0x0

Jun 27, 2013

Pengalaman: Padang Merbok #Blackout505

Assalamualaikum

me, syafiq, akmal, anis, shiks

Its 3am 26/6 and I'm actually, konon2x take a rest lah dari mentelaah Analog. Konon nyaaa. So regarding the sneek peek bawah nieee.. HEHEHEHE

So the story started when, err ntah aku tak tau lah sapa yang usulkan but as for me earlier, memang xde niat, x berminat langsung nak pergi atas beberapa sebab yang kukuh. No, jerebu bukan faktornya. YESS, malas itu faktor utama. MALAS untuk semuanya. Dah laa sesak nanti, nak jalan jauh, panas-panas,, gila ke ape, aku manusia kot, plus aku xde lah taksub kat satu2x parti, tak macam ada segelintir orang. Among friends?? Ntah, ade lah tu kot, kalau dah setiap tweet aku pasal event pembangkang nie, die dok emosi semacam, ye lah tu kot.. Lantak pi lah.


So, masa baru je nak lunch, Akmal BBM,, ajak pegi, Syafiq BBM jugak kata akmal beriya2x nak pegi. Yang paling aku pellik, Akmal nie dah laa stok2x penyokong parti yang satu lagi tu,, tapi ntah kenapa die yang beriya gegila,, padahal kitorg yang sepatutnya bersungguh2x nie lek je x amek port. Siap tolong carikkan mask lagi. Ini dia contoh orang yang bijak menilai. Pegi sana atas dasar ilmu + pengalaman. Tak macam kau, jadik keyboard warrior, makin hamun, jadik talam bermuka-muka, twitter cakap lain, tempat lain cakap lain. Cehhh.

Back to the story, so dengan short notice, Syafiq, Akmal, Aku, Shiks, Anis pegilah tempat yang dikatakan padang merbok and Syafiq as penunjuk jalan. Niat asal nak join crowd depan UM je sebab ada Adam Adli tu woiii. Aku tertarik kat die since die punya kes yang first duluu. Ahhahaha,, tapi dah lambat sangat, gerak naik moto je lah terus.. Sampai sana crowd dah ramai,, macam2x orang macam2x ragam.

Ada a group of people bawal a super large bendera PAS, ramai kot yang bawak. Memang cun. Then crowd dari mane ntah tak ingat sebab ade 7 checkpoint bawak banner panjang gilos,, aku x berapa nampak die tulis ape since aku dah duduk time tu,, err quite depan lah jugak. Tolak tepi cerita dapat salam+bergambar dengan Azmin Ali ehh.. Yang lelaki je salam. Azmin Ali siap wish gud luck kat Syafiq on the upcoming exam and after he knows that kitorang from UM and dalam minggu exam words yang keluar dari mulut dia, " Berani ehhh." ahahahha.
Them with Azmin Ali
So the talks going on and on,, Separuh jalan, then Mat Sabu pulak lalu betul2x kat tempat kitorang duduk, yang Syafiq nie terus gagap nak sebut nama dia, excited and nervous mungkin,, yang si Akmal nie, orang lain dok sibuk2x nak salam Mat Sabu, die pulak pegi salam bodyguard Mat Sabu tu.. Haiishhh mende lahhh kengkawang aku nie. Nampak Nurul Izzah, cantikk,, bila dia berucap, bapak berkaliber gila. The way she spoke, the way dia dengan crowd, suara yg jelas, and very berilmu lah yang disampaikan tu. Aku takmau pulak tulis ape die cakap, nanti kene judge, korang kan suka judge orang, berbeza sikit je pandangan dah kene judge, nak pandangan kau je diterima, anggap yang lain tu semua salah. Pehh celaka.

Yang 4 malaun nie, dah tau nak pergi bertapa kat sini, masing2x boleh pakat tak makan tengah hari pulak, pastu merengek2x lapar, hahhaa, memang tak lah kann,, tunggu Anwar habis berucap baru gerak. what the purpose kat pegi sana dari kol 3 tapi kau x tunggu sampai Anwar,, rugi minyak moto je lahh camtu. Masa tengah2x sape ntah berucap, ade aktivis nie pasang khemah, tak banyak dalam 2-3 je, sekali tu DBKL datang buat kacau, waktu tu crowd memang cuak gila lah, ada yang cabut,, aku kat depan so tak pasti apa yang berlaku. Padahal sebelum tu aman je,, polis pun okay je. Tolak tepi 7 orang polis yg terpacak kat bangunan PDRM, tak silap Bukit Aman kot.. nie tak berapa pasti lah.. Dak Akmal punya cuak bila aku dengan Syafiq usik kata polis2x tu semua ade sniper nak shoot sensorang. Ahhahahhaa
:)
Lepas DBKL buat kacau, diorang nie pon xmau kalah, ade 2 kotak khemah diedarkan kan, dan di pasang tengah2x crowd. Hamek kau, elok2x je 2-3 khemah yang diorang pasang, lepas tu, 2 kotak terus jadi nya. Bak kata Syafiq pon, " comel je orang2x yang pasang khemah nie." Dan yag paling untung aku rasa those peniaga2x air that day.. Untung besar tu, jual air minuman, aku ulang ehh AIR MINUMAN bukan MINERAL yang kau boleh dapat, x cecah singgit pon kalau kat kedai, dorang jual sampai RM2 sebotol,, gila untung diorang. Kalau setiap minggu ada rally macam nie, sapa kata kedai rugi? kaya woo orang.

Thats it, aku punya pengalaman yang aku tak tau kau akan dapat or not. By next 5 years ntah ade lagi ke tidak situasi macam nie, bila peluang ada depan mata, kau rebut, bukan aku palau sangat pun nak participate dalam bende tu but thats pengalaman kot. Dari kau, dok tanye, ape benefits dok tengah padang tu selain dapat panas penat and all,,Lah, yang dok situ bukan kau, aku. Badan aku. Kau tak nak kau dok dendiam lah jangan menyalak tak tentu pasal, lepas tu esok hari, kau bukak lah paper tengok  ape dorang kutuk, lepas tu, sebab kau takde kat situ kau dengan bangang nyer percaya. Thats it the circle of stupidity goes around until no end. Tapi kalau kau nak amek tu as nak tambah pengalaman, as nak tambah point cerita, why not. Kau tak suka dengar diorang berucap tu, tak payah laa dengar, banyak je lagi nilai2x murni yang kau boleh amek dari situ. Aku pon bukan nyer dengar pon ape dorang cakap tu, lebih kepada melilau tengok keadaan, tengok cara diorang bercakap, sifat diorang, WOI BANYAK SANGATLAH KALAU NAK CERITA.

Orang Asli dari Perak yg dinafikan hak mengundi masa PRU 13
I know ada kengkawan aku mostly I guess, majority mungkin yang berbeza pandangan dengan aku, but that doesn't mean yang korang boleh sesuka hati kutuk maki and stuffs lah, I do respect your pandangan, aku tak pernah nak kata korang salah, aku betul or maki hamun segala kau punya pandangan sebab kau-aku manusia.  Ada ideologi tersendiri, bukan robot yang dah di programkan sifatnya. Tapi korang, "Apa ke BODOHnya orang2x yang berhimpun tu, menyesakkan jalan macam sial je menyusahkan orang blablabla" and all. Nak tanya lah, awak ade kat situ tengok semua? Ikut cakap suratkhabar, kalau 2013 dan masih lagi dok bengap percaya berita yang bias, *tak merujuk mana2x media, tapi kalau ade yg terlintas kat fikiran korang tu nak buat macam mana*  tu buat2x lah beristighfar, nanti jatuh fitnah, jenuh pulak nak carik orang nak mintak maaf. Kadang2x korang tweet benda2x yang tak fikir perasaan orang with some of caci maki yang superbly kaw-kaw punyalah sehingga buat aku fikir, "Kau perempuan jenis apa." and some of your tweets kadang2x memang bersifat menyindir, tapi bukan menyindir yang orang boleh terima, menyindir dengan menyebabkan orang lain sakit hati, berdendam.  Aku kenal maki gurau dengan maki yang dimaksudkan. 19 tahun duduk Melaka, aku masak habis dengan tu semua. Just because you on one strong side and me on the other, akan buat kau boleh tweet sesuka hati, cakap sesuka hati macam kau je betul without even care perasaan orang. Kang aku tegur, habis segala hadis kau curah ke aku, aku bukan tak boleh balas, aku malas je nak layan, kang aku bagi kang, kau terkejut, You don't know me that well. Jangan sebab perwatakan kasar, perangai acuh tak acuh, korang judge aku macam orang xde iman, xde agama macam tu. Ahhahahhaa. Silap besar. :)

Oh yee,, dari kau dok saja2x kat rumah xde keje, apa lah kata gi bukak sidang parlimen sekarang. Tengok apa jadi lepas PRU, parlimen baru, isu baru. Isu racist is so Yesterday abiang-abiang kakiaq-kakiaqq.. C'mon isu baru pleaseee.. Next 5 years, masing2x dah boleh mengundi, jangan sampai undi kita dipertikaikan di akhirat.

Haters gonna hate. cheerioss
p/s: PRU memang dah habis but that doesn't mean yg politik Malaysia nie habis  kat situ. Jangan 5 tahun lagi barulah dapat dengar semula suara kau yang loud gila masa PRU 13 nie. Itu gampang namanya. Take u in advance 15 years later, where u have your own children, what kind of future Malaysia you want your kids have? Corruption? If yes, then, you'll stop now. As for me, we are not in the same ship.

No comments: