Jul 14, 2026

Bangkok, 2025

 Assalamualaikum,

So, ada 1 expo cosmetic besar-besaran yang setiap tahun akan buat dekat Bangkok, so this year aku n Sb decides nak attend. Nama dia In- Cosmetics. 4-6 November 2025 akan buat dekat BITEC. So kitorang fly on the 3rd sebab biar datang a day awal, nak huha huha pon ok lagi.

Kitorang naik MAS, so turun dekat BKK. Kalau naik Airasia, kena turun dekat DMK. dari BKK ni dia ada direct train ke tengah town. Aku stay dekat Bangkok City Hotel, dia dekat dengan Masjid, so makanan halal area situ senang nak dapat. Nearest train station is Ratchatewi. Nak pegi BITEC pon 1 line je tak payah tukar. Basically Ratchatewi ni nama line dia is Sukhumvit Line, dekat line ni basically most of attraction spot semua lies on this line.

Back to this event, 3 days punya event, aku memang setiap hari pegi, so basically, untuk In Cosmetics ni, dia sesuai untuk pengilang sebab dia jual raw mat, Banyak supplier lah basically. untuk bisnes owner macam aku, macam tak berapa nice tapi kebetulan dekat sebelah In Cosmetics punya expo, ada another expo nama dia COSMEX. Haaaa yang ni cun, sebab yang datang expo ni basically pengilang yang cari business owner yang nak buat product ke apa dengan diorang. Cun.

Aku dok dalam COSMEX ni lama, ambik sample bagai yada yada. Then balik. so basically for 3 days, aku ulang alik sini and mcam buka mata sikit to other supplier.

Dalam pada tu, otw balik ke hotel aku singgah lah tempat2x yang hot, macam dia punya pasar tu, lepastu mall dia besar2x doh and banyak, Train tu mmg lalu tempat hot, since aku datang as urusan kerja so aku amcam x sempat singgah banyak.

Ohh ye, please bawak cash, sebab QR kat sini works kalau dia letak bisnes account. so kalau kau QR dekat personal acc, dia x boleh baca. Thats what happened dekat aku, kitorang bawak cash sikit, so bila nak beli dekat street market, macam jem sebab QR x boleh baca. Masa last day, aku singgah Platinum Mall, ala2x macam kenanga mall tapi besar narom. Sempat beli sikit2x nak bawak balik, bagi orang keliling.


Aku pergi jugak a few kedai makan viral, wehh pada aku, banyak lagi kedai tomyam yang kat malaysia yang sedap. Frust jugak lah, aku ade je borak dengan pekedai sana, so basically, local Bangkok x jual makanan, so yang banyak jual semua yang datang dari sempadan siam, pattani tu, tu yang ramai boleh cakap melayu.

Anyway, habis kerja , balik Malaysia, nampak KLCC dari atas and aku excited and Nasi Lemak MAS sedap weh, serius.













Jan 26, 2026

Langkawi, 2025

Assalamualaikum

So, first time aku datang Langkawi ni masa 2007, ikut rombongan sekolah ayah. Then 2012, masa melawat Abang kat Perlis so alang2x, Then, Ogos 2025, dengan family kecik aku.

Ceritanya, ada banyak sebab kenapa out of nowhere aku tetiba decide nak datang sini.

  1. Iris for months, asal nampak kapal terbang lalu, dia akan jerit,                                                             " MAMA, AEROPLANEEEEE. Aish nak nek airpane oleh?"                                                               Every. Single. Time.
  2. Aku and capik ada few ribu point Enrich yang dah nak expired so we need to make use of it. Sebab rugi kalau tak guna. Expired in August.
  3. Mom's guilts. Aku tinggalkan anak2x aku for 2 weeks sebab pi Umrah. So aku nak make up lah those time yang aku away.
  4. Birthday aku beb. Muehehehhe

So aku pegi weekend. Pickup seth dari sekolah. Ambik flight pukul 4 macam tu. Sampai LGK, ambik kete sewa. Then terus pi Kuah. Aku punya konsep bercuti ni memang takde Itinerary, sebab apa? Sebab paling utama bukan anak, tapi tu dak Syafiq tu. Kitorang kan kerja sendiri, kepala berfikir 24H, so bila mana kitorang keluar dari N9, kepala otak tu memang fikir rehat and tidur. Nak tutup terus dari fikir pasal staff and company. Penat weh. So thats why memang takkan ade Itinerary. Taknak stress2x kalau tak dapat fulfil. Kira kalau esok bangun pukul 8 pagi, kita cari lah aktiviti pulul 8 pagi, kalau tetiba bangun tengah hari, cari lah aktiviti yang sesuai waktu tu .


Aku memang dari awal dah plan, akan tido dekat Kuah and Chenang sebab malas nak ulang alik 2 kawasan ni sebab jauh doh. So aku plan, 1st night, aku akan settlekan area pekan then pi Chenang taknak dah turun pekan. Dekat Kuah, aku stay Hotel Adya, vibes macam Hotel gomen. Aku dapat free upgrade pegi Suite. Hotel tu dekat lah dengan area pekan, so malam tu this what we did,

        Dinner : Aku makan dekat this one kedai western, location dia dekat food court tapi area Kuah lah, siotlah aku lupa nama. Kedai makan tu sedap weh, price wise ok lah tak mahal nau. Aku jumpa ni dekat tiktok lah orang share. Tengah2x makan tu kitorang decide next nak pegi masuk Dream Forest by Tiara Jacquelina tapi tempat ni bukak pukul 9 malam.


So, lepas makan, aku singgah HIG Kompleks dulu untuk beli coklat. Weh vibes dia keliwon weh. Suram je, aku pegi maghrib masa tu. Aku belilah all those coklat buat raso-raso padahal aku sendiri pon xde lah minat nau coklat2x ni. Beli untuk staff sikit, family sikit. 


Then baru gerak pi Dream Forest. Weh tempat ni aku xde expectation tinggi weh. tapi quite interesting lah this place. Tiket dia ni aku tak ingat lah rasanya dalam 30++ kot masa tu macam ade promo Maybank tak silap. So basically tempat ni dia ubah that hutan dengan cerita rakyat Langkawi, so the journey was like 45min-1hour, ada 3-4 cerita rakyat. Cumanya the stories is in English lah, aku tak sure kids seronok ke tak, tapi dak seth ok lah dekat some part, other part dia ade gak boring. Tapi untuk aku n syafiq, kitorang memang had fun. Then balik tido. 



Untuk 2nd day, aku plan nak pegi naik Cable Car Gunung Mat Chincang. So pagi-pagi tu takdelah pagi sangat kitorang checkout and pegi sarapan area cable car, naik cable car dalam pukul 11 pagi camtu, tiket aku beli online so dapat free masuk 3D Art dengan Dome.So dekat atas tu ada 1 part yang nak turun skybridge. Plus minus aku atas tu 2 jam jugak then turun pi 3D Art n Dome. Masa turun tu tengok ramai wehhhhh dah dekat bawah. Masa aku naik tadi, ramai tak ramai nau.


Then dalam pukul 4 aku check in dekat Pelangi Beach Resort. Weh hotel ni, aku akan cari duit untuk datang balik weh. The vibessssss. Boleh lawan saing2x Club med ni walaupun dia tak all inclusive. Masa stay sini, aku dapat voucher Rm50, so aku order pizza n pasta. And this hotel boleh claim aiskrim everyday. Hehehhehee Kids club dia pon best and dia ada mini zoo. So petang tu memang aku dok hotel je, anak2x aku mandi swimming pool sampai benyai.


Maghrib, plan nak makan Halim GP, tapi anak2x aku pulak dah barai weh tido. So kitorang still pi makan,tapi anak-anak tido dalam stroller. Sedap makan kedai ni waktu kau memang tengah lapau2x tu, dia lauk gulai kari, ikan boleh pilih, sayur ulam ape semua. Ngam soi.

Lepas makan, kitorang round tepi Pantai Cenang tu naik keta lah, bebudak tido, wehhh sumpahlah dia punya ramai orang, padan lah cakap tempat ni tourist spot paling dasyat.


The next day, memang kitorang dah nak balik so habiskan masa main facilities hotel je. Tapi ada 1 part yang aku silap lah, which masa aku stay dekat Kuah, aku tak terus ambik gambar dekat Dataran Lang. Weh 40 minit weh 1 way nak pegi ambik gambo, ambik gambo kejap je, ada lah dalam 2-3 keping pastu patah balik. Sebab airport dengan Pelangi Hotel tu dekat je dalam 10 minit. 

Flight balik aku dalam pukul 5 camtu, secara kebiasaanya aku akan request late checkout agak2x lepas solat zohor kira dah cun dah tu. Kononnya, lepas checkout, pegi check in bag then nak pi Lunch. Nahhhhh amekkauuu, beratur nak check in bag panjang noks, by 330ptg pon x settle lagi. So tukar plan, aku pegi isi minyak, Syafiq teruskan beratur, pulangkan kereta sewa, aku beli makanan bungkus je terus makan dalam boarding area je. 


Overall untuk Langkawi Trip kalini secara konklusinya, ada rezeki insyaAllah memang aku nak datang lagi.

Nota kaki: Aku sebenarnya tak puas hati fly short distance dengan MAS, sebab takde makanan. Ni first time aku fly short distance dengan MAS actually.  Dia just bagi kacang je. Aku pernah fly sekali dengan Firefly pi Penang, aku dapat kacang and slice of cake  ke kuih ntah aku tak ingat. Boleh lah sekadar untuk alas perut. Tiket MAS kan mahal, so paling tidak kau bagilah kuih karipap sorang satu ke untuk short distance instead of kacang je. Kalau naik AA, bolehlah beli makanan. Sebab fly dengan budak ni mendang je lapar. Tu one thing aku memang tak puas hati lah.