Aug 24, 2013

Cerita Hari Raya

Assalamualaikum

Biasalah, norma hari raya, nak jugak tepek satu entry cerita tak banyak. cukuplah sekadar membuat coretan untuk tatapan hari mendatang.

Cliche raya pertama, solat hari raya yang sunat muakad tu memang wajib disempurnakan. As for me, kalau terkena that "7-days off" day tu masa hari raya first, then raya that year x bermakna, I mean, kurenglahh syiookk nyerr!!

Then kubur atuk-nenek dedua belah, rumah cik acah, rumah busu, rumah nek sara and company, rumah nek ngah. Ini semua rumah wajib lawat masa raya pertama. Yess, settlekan rumah2x nenek dulu. hahhaha Tu belum cerita yang rumah kene serang tu.

Raya kedua tahun nie jatuh masa birthday ke doploh dan masa nie bertekad tak mau keluar raya.

Raya ketiga, well this day was the day I spent whole morning, noon, evening and early night with my dearest girls. Those I met in high school. Tak semua dapat join, but still worth lah kann.

Raya keempat, x berapa ingat sangat,,rasa nya keluar dengan parents pergi saki baki rumah2x wajib yang x tunjuk muka lagi.

Raya kelima, keluar gi rumah Ida and terus shoot pegi Melaka,, Pulekk nak belanja sempena hadiah birthday katakann.. hahhaa

Raya keenam, this whole day balik Negeri Sembilan, Senawang, Seremban, PD..Nie rumah2x wajib tunjuk muka, kalau tidak mau kene ungkit sampai berzaman2x. mungkin 7 keturunan pon tak habis.

Raya ketujuh aku dah start puasa ganti yang 8 hari. Masa bulan ramadhan bukan main happy!! hamek kau.. Orang lain kejar open house, aku buat close house kat rumah.

Raya kelapan, balik Muar. yang nie sumpah serius aku dah sampai x ingat jalan dah. hahhaha, sampai rumah neksu pon dah naik 2 tingkat. Tak silap aku, last sekali pergi masa aku form 2 or maybe form 3. makan 5 tahun jugak tuuu.

Raya ke 9-10 masih gigih meneruskan puasa.

Raya ke 11, dalam keadaan berpuasa, balik KL untuk 2nd shot.

Raya ke 12, dalam keadaan berpuasa sambil gigih menjawab exam.

Raya ke 13, balik melaka dengan senang hati ditemani dengan 2 guardian angels, syikin and syaza.

Raya ke 14, bersenang lenang mahu menghabiskan cuti dan merelease kan kepala hotak yang serabut nie..

Thats it my 2 weeks summarize raya. Dalam pada gembira raya, gembira jugak bile someone from the past muncul balik. Well, his timing doesn't fits with mine. Mine was over just longgg time ago. ahahahaa



raya ketiga: with GIGS #thepoplook

Aug 9, 2013

9 Ogos 1993- 9 Ogos 2013 : Happy 20 years old.

Assalamualaikum.

SEE THE TITLEEEEEEE??? SEE OR NOT???
Alhamdulillah, That's it, I'm turning 20. the next series. A real adulthood phase I guess. The beginning for real battle. phewww. Hari nie xde apa2x yang special cumanya kalau nak amek kira cerita kena rush pegi hospital pukul 440 pagi tadi sebab badan diserang gatal2x+ bisa yang tahap paling tertinggi punya sakit. cerita dia, lepas gayut dengan Mirah Dali, tetiba makin teruk, masa tu dalam pukul 245 pagi. Told mommy and mak suruh pegi hospital pagi esok then me okay je lahh,, tapi still x tahan, aku mandi. Lepas mandi dia kurang, but still aku x boleh tido. Finally, memang dah x tahan teruk punya, terpaksa kejut ayah, ajak gi hospital and dapatlah injection yg bagi kebas+mual+pening semua sekali gus. so, that my gift from the insects yang terlebih sayang ke aku.

Got a lot of birthday wishes from memeber terdekat. yang paling padu, Syaza R, Syikin, Shiks, Hajar, Anis, dalam pada meng-wish tu, doa yg menyelitkan initial+ nama samaran seseorang tetap ada. Amminnn guysss. :)

Thanks for the wishes, may Allah bless u and me. and dah masuk 20, rasa nya dah perlulah ubah sikit lifestyle, for a better muslimah. InsyaAllah. Mencuba yang terbaik, mohon doa untuk diri ini sentiasa diteruskan. :). I love you.


 
and right before the 9 augutst abt to end, jiran bawah bakar bunga api 60, and disebabkan location rumah I atas bukit, memang nampak so wow lah dari verandah rumah,, macam tengok tv, pastu kamera fokuskan kat bunga2x api tuuu. macam diorang meraikan my birthdayyyy.. and the doas I got, aaaminnnn,, thanks for being part of me, thanks for everything. May Allah bless. I love youuu. :)

9 ogos 2013. location: belakang rumah
To you Nuur Syafiqah,

May this 20 years old will turn u to a better muslimah. Try. 

Jul 18, 2013

EDMAT 35

Future Engineers with the Engineers



Assalamualaikum.

UM Tele version I'm the only.

Usha-usha balik, last entry ntah pasal apa ntah, aku lupa. well, on 27th June lepas, gua officially tamatkan sesi pembelajaran untuk tahun pertama as student of Telecommunication Engineering or lebih senang panggil, budak Tele je.. ahhaa. Ohh baru perasan, dah buat dah entry pasal tu. okay takpe. move on. Then balik Melaka for a week before balik KL semula cuz ade PKUM punya program called EDMAT.

EDMAT [ Engineering Development Motivation and Awareness Training]

Tahun nie, tahun ke 35 program nie dan every year diorang akan dapat sponsor dari syarikat yang best2x and for this year, dapat sponsor dari Cadd Centre, syarikat yang buat banyak software untuk kegunaan budak2x engineering contoh macam AutoCad and semua lahh, untuk design. so I was there as one of the committee not the participants, and fun fact, ada 2 orang je malay yang join as committee yang lain semua chinese. Bukan nak cakap apa, work with them, bagi aku a new pengalaman in overall situation

I as assigned in Motivation Department and basically the job is kena invite speakers and hari2x terakhir baru aku tau kena jadi emcee. Ya Allah cuak baq hang.. aku nie dah laa darah gemuruh tahap teratas woiiiii. tapi takpe, nie macam challenge untuk diri sendiri and yess,, bahasa kat sana mostly pakai english. tak selesa tu memanglah tapi nak buek cemano.

EDMAT-35, participants adalah students engineering from whole universities in malaysia dan luar negara. so they come from UTHM, USM, UM, UTM, err mana lagi eh, yang dari Indonesia pulak from ITB (Institut Teknologi Bandung) and University Diponegoro. Speakers pulak memang aku salute lah, diorang jemput orang2x yang aku langsung x sangka, Arkitek, Image professional, engineer, motivator and ramai lahh.. Kau bayangkan, kau baru 1st year, then ade engineer datang share pengalaman diorang, siap bagi tanya apa saje termasuk gaji as engineer, bagi tips and macam2x lah. Seriusly, aku respect. Kau bayar rm100 dan kau dapat such pengalaman. pheww,, rugi giloss sapa x join. ini benda serius aku boleh cakap.

Recreational visit to Planetarium, muzium and muzium polis x silap. Aku xjoin yang nie, ade kelas. then, deparment games punya slot yang paling habis terbaik lahhh, seronok tahap tak ingat lah the games and majlis penutup mula2x nak buat kat kk11 punya dewan but then last minutes lan change due to some miscommunication, kitorang pegi Armada Hotel to have our dinner and yes, the tema is masquerade. Seronok dan excited habissssssss!!!

And dalam event nie jugak, aku rapat dengan my only chinese girl coursemate, Chiew Ee. Besttt. 2 semesters guna nak rapat pon x rapat2x jugak, nie seminggu je, dannnnn close yawww.! <3 p="">
Here's some pictures through out the event days.



Ice Breaking
Wei Ting and Jacky during UM's Song

Amazing Run

Detective Game





Industrial visit: Top Glove

Engineers from IEM
Slot with main sponsor: Cadd Centre

RV

Recreational visit



Rizal's slot.



Industrial visit: Panasonic


UM Toastmaster, Cheok Wei Chin with Deputy Director, Quek Keng Hee


Gala Dinner at Armada Hotel.








Performance from UnDip delegation





The Teams;

TRANSFORMERS


THE WINNER

THE KEY

THE BRIGHTER

MONCC

F=MA


more pictures at https://www.facebook.com/edmat2013?fref=ts&filter=2
and untuk event tahun depan, ayuhhh ramai2x join, yang Engineering students tu, buat apa je cuti sem, meh spend a week dengan EDMAT. :)

The Committee


Love the people. Love the memories.

Jun 24, 2013

Padang Merbok #PdgMerbok622

Assalamualaikum

Nah sneek peek dulu :)
Sdang busy exam.


May 1, 2013

Malam Perdana Sembilan 2 [MPS 2]

Assalamualaikum ;)


Tengok tajukk tuu,, tetibe terus je MPS 2, mana ntah event for MPS 1.. Japgi aku cakap.

Basically, MPS nie adalah dinner yang dibuat under kolej aku, (Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin ) atau lebih selesa dipanggil 9th. 9th nie ade dua kali dinner, MPS 1 dan MPS 2. MPS 1 tu diwajibkan untuk first year dan yang lain di-galakkan hadir, macam malam anugerah for Niners am nya dan first year (freshie) khususnya yang dah beri sumbangan untuk kolej dalam sukan, seni, akademik sepanjang sesi untuk tahun yang berkenaan. MPS 2 pulak annual dinner kolej yang biasanya dibuat di hotel-hotel yang ada.

Masa MPS 1, aku x pegi, sebab aku pegi interfaith talk kat AUDITORIUM KPS. aku dah aim talk nie lama dah masa cuti midsem lagi, terjumpa poster lepas Loqman Karim share kat FB. so, eversince that time memang dah tetap hati nak pegi talk nie, lepas je naik cuti, dengar macam2x pulak khabar angin, nak potong merit and stuffs lah kalau x pegi MPS 1. Mula2x macam cuak gak, but end-up with, berada di KPS with Anis.. Ahaaks. BTW, the talk was great. REAL great!!!



27th April 2013
Hotel Marriot, Putrajaya
Tema: Colour Blocking

Baju dah cari masa balik Melaka cuti midsem aritu, mula-mula ingat nak carik Jubah, tapi macam malas, so, end-up pilih pakai baju kurung. Tu je yang simple dan nice.. Colour pulak tak decide lagi yang pasti colour hitam tak boleh ada langsung sebab colour tu akan me-neutral segala colour yg di hajatkan untuk buat blocking tuu. so, beli kurung ungu. Tudung confirm kuning. Ok dah stick.

Sebab baju tu kosong, dan x boleh lah pakai tudung kosong nanti nampak hambar, Sabtu pagi before dinner, ajak Hajar gi Masjid Jamek sebab misi nak carik tudung half-moon. dan misi itu berjaya. Settle semua dalam pukul 2. Siap sedia nak tunggu petang, sebab nak gerak Putrajaya. Aku siapkan bahagian mata kat kolej cuz I know thats the err part paling lama aku hadap.. Masa tengak fokus, ade 3 pasang mata dok renung aku pakai eyeliner, hais gigil aku dibuatnya...

Dah bayar duit rm 5 untuk bas, tapi end-up naik keta pegi sana. Naik keta Tifa, dari 9th terus ke sana. Sampai Masjid Putra dalam 730, event start pukul 8. Solat, tukar baju semua, pukul 8 gerak keluar dari masjid Putra ke hotel. and yess,, selamat ade GPS syikin,, kalau x, tak taulah kemana kitorang tercampak.. hewhewhew. Sampai je hotel, event dah start and yess again, kitorang masuk sekali dengan penari2x Flashmob korang tau tak, selamat meja dekat, xde lah macam Grand Entrance sangat. Dahlah tetamu VVIP semua dah sampai, bukan takat tu, semua jenis lagu pun dah habis main. Punye lah lambat kitorang sampai.HAHAHHA

Malam tu dihidangkan dengan makanan cina. Well,, boleh laa,, sedap pon sedap. But before that, respect to their food presentation by the hotel management where they set the hall in dark and chill with a boria badut full in glow-in-the dark. Then the waiter masuk bawak dulang sorang2x dengan lilin, dan berpecah untuk pergi dekat respective meja. dah macam kawad formasi KRS aku tengok. *clap clap* AHhhaaks.


Gambar dessert takde lah pulakkk, the desserts was, kuih beras and air longan.. bestt.. so here some pictures. Jangan tidak kann, karang korang tuduh aku pemalas dah tak mau share aktiviti.. Muahahhaa. *perasan sendiri*
Tablemates :)



The Entertainers of the night: Aliff Sattar and Suki

Antara faveret people kat 9th. Peneman setia pun boleh. Meet: Syikin, Syaza, Hajar, Tira,Nadz, Tifa and Pah

2nd picture: 5 of us. Tele is Unity. :) Azman, Shamer, Su, me and Hajar.



Some of Niners: Wawa, Shaa, Su, Shamer, Suri, Bie and Jannah.
Umpama gadis pembuka kotak; Roda Impian.

Lepas event, round Putrajaya dulu, around 2 nak balik kolej, aku jadi co-pilot. hahhaa, Syikin start tido dekat Putrajaya, bukak mata dekat KLCC dah.. lepas tu tetiba dah ada kat uptown Cheras. Turun dulu, semua kat situ pandang2x. Yelah,,mana ada orang turun uptown pakai baju liplap2x.. dah kitorang dituduh sebagai ahli kumpulan nasyid lah, marhaban lah and macam-macam lah. Tu belum kira ada yang menyanyi lagu pengantin masa kitorang lalu.. Pffttt.. Sampai kolej almost 4 am.. HAHAHAHA.. Momentosss. :)

Ini Gwiyomi dari kami.. LULZZ

Tepek satu gambar untuk dari malam tu. :)

Sebagai mengikut tema malam tu, mata tu dijadikan sebelah kaler Ungu dan sebelah lagi kaler Biru Gelap.. Jangan tanya macam mana berlaku, sebab aku pun xtau.. :)