Feb 23, 2014

Kota Belud, Sabah

Assalamualaikum.

Up entry pasal pegi Sabah haritu, pegi under projek kolej. Program Anak Angkat. Last time pegi Langkawi. Dalam pada tengah menaip nie, kepala aku ligat berfikir cemana aku nak sumbat cerita 5 hari kat sana dalam satu entri. Mungkin patut buat 2 entri. Mungkinnnnn.

21-25 Januari 2014
9th- LCCT- KK- Kota Belud - KK- LCCT- 9th

LCCT


21 Jan 2014, Isnin
Pagi dalam pukul 8 camtu dah gerak pi LCCT, and since kitorang ber enam puluh tak dapat satu flight and telah dipecahkan kepada 5-6 trips so, nak tak nak kene gerak sekali lah semua walaupun flight paling last skali tu pukul 1. As for me, flight pukul 11, and sampai sana plus minus pukul 2 lah jugak. tapi sebab tunggu yang lain sampai airport, adelah dalam pukul 4 jugak gerak dari sana pegi Kota Belud. yang amek masa 3jam++ sebab hujan plus jalan jam. Tau2x, kitorang sampai Kg Kuala Abai tu dalam pukul 9 something lah jugak, hujan lebat. so ade pembahagian anak angkat, cot cet mengumpat apa semua lepas tu balik lah rumah masing2x. Rumah aku dekat nak mampuihh dari asrama tu,, so xde hal sangat lah.

Bawah: Le familia angkatoss

Adik beradik angkat aku: Wan, Kak Anoi tapi disebabkan rumah kitorang kosong n besar, anak2x angkat cg Sharifah tido skali ngan kitorang, so macam, kitorang nie ade 6 adik bradik,2 mak. hehhehe. another plus 3 are Mei, Lubna and Jannah.
Tamat cerita hari 1st. nanti aku tepek ahh gambar yang menimbun tuuu.

22 Jan 2014

Hujan all the time

Yang nie kalau ikut perancangan nyewhh, nak buat lah jungle trekking lah ape lahh ntah,, skali tup tup, hujan dari subuh x berenti. Alih alih, kitorang dok lah tercongok dekat dewan makan tu buat mural dari pagi jejak nak isyak. Al-maklumlah sana kan cepat satu jam, badan nie haa automatik jadik lembik. 2 part mural, satu kat dewan makan, satu kat sekolah. Aku kat dewan makan, yang bela pagi tu, aku x buat ape selain bergambar x sudah, tp yg belah petang tu gua aktif ohkeyyyy. Translate doa makan versi bahasa melayu, potong polistrin and tampal, keje aku lekatkan doubletape kat belakang huruf. Bende nie nampak simple tapi yang buat haru is alat pemotong tu ade 2, setengah jalan, satu dawai putus, buat2x lagi sampai battery nyawa-nyawa ikan, dengan battery xde spare nya. Hailaaa. So, satu hari nie habis kat situ je, maghrib kat rumah.

Summarize 2nd day

Sampai je rumah, Mei bagitau yang kitorang kene masak makan malam. perghh perghhh, semua aktiviti memasak tu, kitorang bagi Kak Anoi yang buat, die pakar. meh meh mehhh. Kitorang yang lain, dok memain dengan dayah n Ain. So lepas bertekak pelbagai cara masak masing-masing, kitorang decide just buat ayam goreng kari. Padu bebbbb, paaaaaaduuuu air tangan Kak Anoi. perghh perghhh. Lepas tu, lepak2x kejap, borak-borak bagai, kitorang pon tido.

23 Jan 2014

Kundasang etc etc etc

3rd day, ayuh melawat Kundasang etc etc etc,, perjalanan amek masa 2jam plus plus, tolak tepi cerita pelbagai masalah, nie nak ceritak pasal orang-orang yang dalam van tu. Pagi2x masa tunggu sema orang sampai, tup tup tengok Syikin dah ade dalam van, so, aku, syaza, pah cecepat masuk dalam van tu. dan disebabkan syikin seadik beradik angkat dengan kak wanee, so geng-geng JTK pon dalam tuu jugak. Hehehee, so melawat lah these few tempat, Ladang lembu New Zealand, Kolam Air Panas, Gunung Kinabalu, lagi pebenda ntahhh. xingatttt Yang Gunung Kinabalu tu macam ralat sikit, sebab kabus dah tebal, so x nampak dahhh.
so, malam tu, ade lah motivasi kat sekolah, tapi nak dijadikan cerita, satu Kota Belud blackout wehhhh, bagi motivasi pon dalam lilin jee.

slot motivasi

Masa lunch,kitorang pi KFC so ade sorang cashier sana kulit putih mulus gila, nama Aminuddin. Punya geram tengok dia, sampai bagitau yang satu van tu, describe dengan penuh keikhlasan lah katekowwww.. endup, kitorang namakan van kitorang tu, Team Aminuddin. Tetibe terapat dengan akak2x tu semua yang mana semua tu, PM aku dulu. Hikss. Team Aminuddin selfie di mana sahaja. Teruk nak mampuihhhh.

24 Jan 2014

Majlis penutup

Pagi ada slot perasmian penutup, dalam pukul 11 camtu, semua gerak pi Rumah Terbalik n KK. Yang nie lagi x semenggah cerita dia. Sebab semalam tu TA dah officially terbentuk, hari ni nak jugak orang yang sama je dalam van tu, dan pihak pengurusan wajibkan ade sorang AJK, and kitorg dapt tau dak Shafiq, budak EE 1st year nie AJK, apa lagi, masuk je dalam van, pakat2x jerit panggil namapa dia bila nampak je dia keluar siap salin baju. Teruk teruk.

Dan Team Aminuddin nie akan selfie dimana saja tak kira henfon siapa.

Superbly awesome people stand by name Team Aminuddin. Pah!!!

Malam tu, kitorang turun kat Petronas sebab family Ibu ada buat majlis hari jadi. Bapak aihh, meriah nak matiii. Raikan budak 11 tahun je ponn, tapiii die punya sambutan, perghh perghh. Ade banyak jugak lah tarian yang kitorang buat. Badan aku yang keras nie, terlembut lah sikit malam tuuu. Ahhhahaha.

25 Jan 2014

meet my buddy bawah, Syarah Husna. Pantai Rang Bulan
Cuaca baru cantik, Alhamdulillah. Ibu bawak kitorang pegi Pantai Rang Bulan. Al-maklumlah, pantai Sabah kan cantik2x, mau ralat 7 keturunan pegi Sabah tapi x pegi pantai. Sarapan kat sana. Lubna deal dengan Nomi, kitorang pi KK dengan parents angkat kitorang sebab dorang nak bawak kitorang pi some places duluuuuu.heheheh. so otw balik tu, kitorang singgah UMS. Sumpah UMS ohsemmm, kalau stress2x boleh hadap laut cantikkkkkkkk,  makan kelapa puding, kelapa bakar, rumah orang kawen, bukit bendera and lastly, pantai Tanjung Aru. And paling best, bapak lalu kawasan yang boleh nampak Karambunai sipi2x,, cantekkkkkk.
closing

Aku tak join penutup official, sebab ibu ayah nak bawak kami jenjalan laaaagiiii. ahhahhaaa


Team Aminudding conquet Tg Aru.

Flight balik aku pukul 6, salam2x ape bagai semua kat airport dulu, sedih sebak semua adaaaa. sobs sobss. Then balik KL. Thats it ceritaaaa.

Best walaupun cuaca x berapa cantek but still besttttt.. hehhehee. I'll definitely come back here one dayyy.
Tak payah sampai 2 entry, korang hadap lah entry penuh tulisan n gambar nihh, aku nie bukan rajin nak tulis panjang2x banyak2x. hmmmm

and this quote by Syaza, " Sama-samalah kita penat layan kerenah masing-masing sampai grad"
The macam biasa : Syikin, Syaza and me


p/s: Result dah kluar and Alhamdulillah. Yang pasti aku x dapat dekan lah tapiiiii hehehehhehee. Cherrraaaa. :)

pss: Kan aku dah cakap, aku nie pemalas dok peram entry lama2x.. baru nie haa berkesempatan aku nak upload gambau and up entry.. heheehe.. Mungkin sem nie patut rancang baaanyakk lagi trip kemana sahajaaaaa.. hahhahaha. and last but not least, gamba owner. Kahkahkahhhhhh





No comments: