Assalamualaikum
Pembuka kata, hehehhehehhee aku ingat takde hutang entry, ada rupanya.Pfft
So, Edinburgh. Dari London ke Ediburgh, aku naik EasyJet. Low cost Airline. 1 kepala aku bayar dalam RM100++ je tiket dia. 100 malaysia tauuuuu. Since Easyjet ni low cost, so airport dia bukan lah dekat Heathrow, aku kena pegi ke Luton Airport, so dari London aku naik EMR located dekat King Cross Station ke apa ntah area situ lah. Tiket EMR ni berubah2x and ade timing, aku dah beli sesiap dari Malaysia. Senang nnti takpayah tercari-cari.
Perjalanan dari Airport to city sangatlah mudah. Keluar airport,ada tram, bus yg ada lane sendiri,kejap je sampai dah city centre. Easy mudoh. Ada bas yang offer tiket pegi balik untuk ke city. Most of the time aku kat UK, just tap credit card / wise card je. Takde nya lah aku beli Oyster card ke apa.
Edinburgh ni tersangat lahhh Harry Potter punya cityyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. Lepastu dia berbukit rasa menyesal bila kau panjat tapi kau dah spent shitzzz untuk sampai situ, so terpaksa lah kau tolak stroller panjat bukit bukau tu. Jalan dia x rata, bukan macam jalan tar kita, so bila tolak stroller tu, ada part ok, ada part kena effort but most of the time kena angkat sebab kena naik turun tangga.
Negara dia ni gloomy sebab mendung nak hujan tapi hujan tak turun2x. Aku siap readykan parka untuk anak-anak aku just in case. Petang-petang tu hujan lah renyai. Pastu kalau ikut tiktok ada satu tempat ni nama dia Dean Village ke ape ntah, dah kau tak payah pegi. Nothing to see pon, dah lah nak nyampaikan ke sana tu menapak punya jauh, bukit dia curam gila, jalan x smooth. Kitorang hampir give up. Tapi sebab alang-alang dah sampai kan, nak buat cemana.
 |
Edinburgh Old Town
|
Dekat Old Town ni banyak je kedai-kedai viral kau boleh pegi, tapi kitorang masuk mana sempat je, aku banyak habis masa dalam museum dia, sebab anak aku terlalu into nau dengan apa yang ada.
Satu benda yang aku ralat is, x duduk extra 1 hari lagi. Not many things to do lah untuk aku kalau aku pegi just Adults dekat city dia tu, tapi since aku bawak budak kecik, aku masuklah dia punya National Museum dia, nak bagi budak2x penat and seronok. Besar weh dia punya museum, aku rasa nak tido dalam tu dia punya penat. Dak iris memang most of the time tido, dak Seth je lah macam banyak energy. Ada zoo jugak, kalau ikut review katanya best, tapi ape je beza antara zoo dia dengan zoo negara kan. So xpelah, kita skip.
 |
National Museum
|
Dekat sana aku cari Apartment 2 rooms, ada dapur. Bila berjalan dengan budak kecik ni aku realise kau tak boleh fikir perut kau, kena fikir perut anak2x dulu. Bila rumah ada dapur ni senang, kau pi Tesco, balik rumah, masak sup sap settle. Ni apartment aku stay kat sana
https://www.thespires.co.uk/ . Location wise pada aku ok lah. Like macam dia dekat dengan main road cuma 2-3 lorong belakang je. So walkable je. tapi kena ingat, Edinburgh ni berbukit, so jangan bawak barang banyak-banyak. Leuls.
Aku try lah English Breakfast diorang, well basically the same lah macam kau boleh dapat kat Malaysia. Hot Chocolate dia onzzz minum dengan cuaca diorang. A few times gak aku repeat. Later that night, tetaplah carik meggi weh. Cemana ntah orang tekak asian nak hidup negara takde spices ni. Cili padi susah ok nak jumpa.
 |
Edinburgh's Castle |
2 malam pada aku memang tak cukup, sebab kau kena squeeze in betul2x masa kau. Aku punya aktiviti habis by before maghrib, masa aku datang ni, Maghrib pukul 7pm macam tu, so xde lah rugi. Ala2x waktu kat Malaysia je siang-malam dia.
Kalau ikut hati, aku nak datang lagi, mungkin tambah other places lagi. Doa lah mana tau boleh settle down sini ke, ehhhh. HAHHAHHAHAHA k bai. Dari Edinburgh, aku gerak pi Swiss. Kalau ikut akal, tak pernah sangka di rezekikan akan sampai tapi Alhamdulillah. Cuba check kot-kot aku dah up Entry Swiss ke kan. Hehhehehee K bai, for real.
No comments:
Post a Comment