x0x0

May 14, 2013

Button On

Assalamualaikum;

Sekali lalu nak promote projek baru untuk kos APK.. Come and tempah dengan kitorang, button badge yang murah.. Mana nak dapat button badge, customize dengan harga RM 4.. Di Button On, semua tu boleh didapati di hujung jari.. COME AND GRAB YER THINGGGGGGGG...



LIKE US IN FB: www.facebook.com/ButtonOon

EMAIL US YOUR DESIGN AND FILL THIS FORM: http://apkbuttonon.blogspot.com/

May 6, 2013

General Election 13

Assalamualaikum

Berdasarkan experienced, tak pernah aku update cerita sepantas ini. HAHAHA.

Disclaimer: Ini sudut pandang aku, jangan kritik pemikiran aku, melainkan hujah kau bernas. ;)
Disclaimer 2 : Jangan bahan typo aku..
Disclaimer 3 : Brace yourself, jangan mudah sentap. ;)



5th May 2013, Malaysia
800-1700

Seluruh Malaysia maklum tentang perkara ini, Gelombang #IniKaliLah and Road to Putrajaya betul menggusarkan hati pucuk pimpinan utama negara sehinggakan mengambil masa yang lama untuk membubarkan parlimen. Barisan Nasional mengekalkan pemerintahan di Malaysia *clap-clap*, Selangor, Kelantan, Penang tak dapat ditawan oleh BN tapi negeri lain masih kekal dibawah pucuk pimpinan PARTI barisan nasional... Ciss buat habis duit karang lagu " Sayangi Selangor, Yakini BN." dan akhir sekali Ali Rustam kalah di Parlimen Bukit Katil.. P/s: Melaka dapat Ketua Menteri baru. hewhewhew. Harapan aku kerajaan sekarang, dapat ambil iktibar dengan apa sahaja yang berlaku. Ini bukan zaman flinstone, rakyat sudah berilmu dan bijak untuk menilai. ;)

And those 80% CITIZEN, I mean PURE CITIZEN, yang keluar mengundi.. MASSIVE congratulation. :)


Mungkin aku baru menginjak usia 20 ( cehh, baru mengaku, kalau x orang tanya, aku jawab 19 lagi sebab belum bulan 8) tapi tidak bermakna aku tak layak untuk bersuara. Hanya belum layak di mata undang-undang negara untuk keluar memilih pucuk pimpinan sahaja.. Tak mahu menunding para sahabat lain, mungkin aku silap, kemungkinan juga, aku betul. :)

Aku mula mengambil tahu tentang politik Malaysia ketika di Sekolah Menengah, 7 akhbar menjadi sarapan dihujung minggu. Utusan, Berita Harian, Kosmo, Sinar, Keadilan, Harakah, Fikrah dan kadang-kadang NST. 7 akhbar yang wajib dibaca setiap hujung minggu, 3 media kerajaan, 3 media pembangkang dan 1 mengenai isu setempat. Pernah dengar penyataan ini;

" Jika mahu mengenali seseorang itu dengan jelas, jangan bertanya pada sahabatnya, tanya pada musuhnya."

Ketika di peringkat sekolah, ketika ingin menyuarakan pendapat mengenai politik Malaysia, seringkali di pandang rendah dan di diamkan oleh kata2x,, " Kau tu budak sekolah lagi.", "kau budak2x ape tau." and macam-macam lagi. Tapi masa tu sapa sangka for the next 5 years akan ada perhimpunan, kebangkitan dan sebagainya. Kita terlalu yakin dengan keadaan sehinggakan memandang rendah masa depan. Masa depan kita pula tu. Ehemmm,, perbetulkan sikit, ketika di Universiti ada juga yang berbicara sedemikian.

Maklumat yang aku dapat tak semuanya boleh dimakan, banyak buku yang aku kena baca untuk mencari kebenaran, nahh, kalau x percaya, lai2x ke rumah,, aku tunjuk set2x buku (ape kau ingat, aku seorang pengumpul komik tegar sahaja?). Bukan kata buku, berjumpa dengan living proof. Insan2x yang secara tidak langsung pernah membesar dengan keluarga2x pemimpin. Both sides of course. HAHAHA.. Jangan tanya aku macam mana, dalam keluarga aku sendiri terlibat politik. Pernahlah jadi Exco dalam Negeri Melaka.. Jangan risauu,, mereka menyebelahi kerajaan. Dalam masa yang sama, sedang berjuang menyebelahi kerajaan, orang terdekat aku dianiaya oleh mereka. Keluarga aku dijadikan mangsa permainan politik. Ciss, ape kau ingat aku sebagai anak boleh terima.??

Nahhh, kau cakap besar, kau cakap kau kenal mereka, kau cakap kau arif tentang semua, tapi keluarga kau tak kena. Kau hanya jentera di kampung-kampung,, sedang keluarga aku?? jentera di peringkat negeri. Tapi sebab jadi mangsa, kau ingat aku nak tunduk patuh.. Siapa sangka kan.. Aku banyak berdiam sebab aku hormat pemikiran kau, aku respek usia pertemuan. Buat apa aku canangkan apa yang keluarga aku kena, macam mana perit hidup. Kau tak nampak bukan sebab kau buta, sebab aku tak rasa itu membantu, dengan menghebah2x kan kesana-sini

Kata-kata seorang sahabat aku mengenai politik, aku rasa beliau baru berjinak-jinak ingin tahu keadaan Malaysia,,

"Aku tanye ayah aku, kau faham lah, dia kan dah lama hidup, dia lebih tau apa yang jadi."

Kalaulah dulu aku tanya ayah je tentang politik Malaysia TANPA mencari ilmu itu sendiri, mungkin aku tak menjadi se-peka aku sekarang. Mungkin aku tak dapat patahkan hujah2x mereka yang bertentangan ideologi dengan sesuatu fakta. Tapi aku bersyukur, ilmu itu aku cari sendiri dan aku nilai sendiri. Berdiri untuk berhujah selagi mampu serta x terpesong faktanya, InsyaAllah,, aku boleh. :)

Aku sayang Melayu, tapi aku lagi sayang ISLAM


Mencanang-canang slogan satu Malaysia dimana-mana, tapi ketika berkempen, pihak sendiri memainkan isu perkauman. 50 tahun merdeka, tapi masih ada sifat hasad dengan yang tidak sebangsa. Namanya sahaja negara Islam, tapi Islam itu layu dengan sendirinya.

PRU13 apa yang boleh aku kongsikan, mungkin ada yang beranggapan, "Kita tengok je lah esok, siape menang, dialah hebat.". Ini ialah puak penghancur negara. Maaf kalau terasa.. Disaat hak rakyat sudah terang-terangan diketepikan, Hasil negara dirompak, mereka masih dijulang. Maaf, ini pegangan awak, saya tiada kuasa untuk halang, cuma berharap agar dapar berfikir secara rasional. Ini yang pasti, 5th May 2013: Democracy was officially died in Malaysia. Tak tahu nak kesian pada siapa, negara atau rakyat sendiri. Baru aku faham kenapa ramai senior aku mengambil keputusan meninggalkan Malaysia yang seba-serbi cukup yang bermaustatin di Australia. Mereka di-aniaya.

Equation yang disediakan dibawah, harap2x dapat membantu mengurangkan karat besi yang dah bersarang di minda sesetengah pihak, sekadar berkongsi, parti-parti yang menyertai Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Kalau ada yang x tahu mengenai sesetengah parti politik.. HAHAHA cari lah dalam buku sejarah. Takpun, google je lah. Korang kan keyboard warrior.

 BN = UMNO + MCA + MIC + GERAKAN + PPP + PBB + SUPP + PBS + LDP + PBRS + UPKO + SPDP + PRS       

PR = PAS + PKR + DAP.

UMNO- Melayu                               PAS- ISLAM
MCA- 100% Cina                            PKR- CAMPUR
MIC-100% India                              DAP- Cina (Majoriti), Kaum Lain (Minoriti)

Yang lain tu, parti di Sabah dan Sarawak, kaum mereka pelbagai, x boleh simply tulis. ;) INI ILMU, aku sekadar berkongsi.


Itupun ada yang mengutarakan PAS patut bergabung dengan BN,, tak cukup lagikah parti2x komponen BN jika mahu ditambah dengan PAS. Lipatan sejarah merungkaikan, bukan tak pernah PAS+BN bergabung,, pernah suatu ketika dahulu,, tapi apa kesudahan nya?? PAS ditendang dari BN oleh puak-puak BN sendiri. Jangan tuduh aku cakap semberono sahaja. Korang terer sejarah, apa lagi, bukak lah kitabbbb...

Tak guna berbicara panjang, nanti dituduh tidak bersyukur al maklumlah, saya nie sekolah kerajaan, pegi Universiti kerajaan, masuk matrikulasi kerajaan dan ini yang lagi kencang mereka katakan,, mendapat biasiswa kerajaan, lagi mahu mengutuk. Mereka yang mempunyai ideologi begini, ntah tahu atau tidak APA ITU KERAJAAN. Aku x peduli. ;) Tak sedarkah mereka, students oversea yang dapat biasiswa kerajaan tu bukan sokong depa pun. Sebab diorang tak berfikiran sempit, mereka matang dan bijak menilai. Nak kene campak negara orang baru faham agak nya. Ciss kau Nuur,, nanti ada yang cakap, x suka Malaysia, pegi pindahlah.. HAHAHHAHA, U don't say that,, hang tak cakap pun xpe, tu dalam salah satu perancangan aku. Aku merancang, Allah juga merancang. Semoga di permudahkan, tapi kalau hendaknya aku kena tinggal sini, nak buat cemana. ;)


Mungkin ada yang baru berjinak-jinak nak buat research, aku saran kan reset akal diminda kemudian cari dan faham maksud perkara-perkara ini , INGAT, CARI DAN FAHAM.. apakah itu ;

:. Demokrasi .:
:. Parti politik .:
:. Kerajaan .:
:. Pembangkang .:






p/s:  Aku geli hati, macam mana ada yang bising, jika PR memerintah, Agama Rasmi Malaysia ialah Kristian dan Cina yang jadi PM. Bercakap umpama tiada akal.. Apa guna Perlembagaan Malaysia yang ada kalau masih boleh di bodohkan dengan benda sebegini. Malaysiakan mengamalkan sistem RAJA BERPELEMBAGAAN...Back to the system lahh..tapi major Cissss mereka yang menyampaikan, kau ada mesin masa doraemon ke camna siap dah boleh tahu masa depan..?? Yang menyebarkan dah tentulah Bodoh, yang percaya... HAHAHHAHHA  TERASA x korang tu BANGANG?? HAHHAHAHHA.

May 1, 2013

Iron Man 3

Assalamualaikum :)

Mengarut gila sampai dua entry nak publish. HAHAAHAHA,, kalau tidak, satu entry tu, tunggu lah 3-4 bulan baru publish. Cerita dah basi baru nak tayang. Boooo, Nuur.

Back to the title. but before that. Tadi check Nuffnang, and tengok ade 3 on Going campaign.. *bakar mercun das* and salah satu tu, pasal Ironman 3 nie lah.. Tu yang terpanggil nak buat entry, but btw.. Thankss Nuffnang. :*


Semalam got no mood, so I decided nak ponteng English. Dok terperap dalam kelas for 3 hours and stare the whiteboard sambil otak melayang is tak guna walaupun memang dah biasa buat. CCuma semlam melampau sangat malas dia.

Then, Pah texted suruh picked her up kat fac pukul 2, aku pikir, okaylah kot since by that time suppose aku pun dah habis kelas. Lepas jemput, terus shoot pegi Mid Valley sebab Pah kata nak tengok Iron Man. Bayangkan dengan mata tak berapa nak bukak lagi, tak bawak spek terus ke Mid Valley, padahal asalnya nak balik 9th je terus. Teruk aku nie.

Grab the tickets untuk show pukul 1645 and terus gi Zohor, makan segala. Masa tengah nak Zohor, ade satu budak kecik. Ramah. datang dekat aku dengan dak Pah. Mula-mula aku amek gamba dia, die pun macam suke je, then die dah duduk atas pangku aku.. EHH, expert budak nie.Aku nie dah laa noob sikit pasal budak-budak, tapi layan kan je lah. Dia belek2x purse aku, sambil tu, tunjuk2x kad ATM. Dah bagi satu, nak lagi satu, tapi aku hulur Kad Watson je, gila ke. Mau die patahkan aku punye kad nanti, menangis aku dibuatnya. Tapi dia macam tau je tu bukan kad yang dia nak. Ciss, dasar materialistik punya budak. Masa dok main2x dengan kad aku, mak dia pun selesai solat. Aku ameklah kad-kad aku tu, pheww,, menangis terus kat situ, aku punyalah cuak. Hampehh budak nie.. Pastu mak die hulur kat umobile tu pon die taknak mula-mula, tapi at least dia terus diam. Phewww.. Tak dinafikan budak tu comel.

Sifat penyayang teserlah x?? ahhaakss

Back to the Iron Man. Cerita dia Oh semmm gilosss. Tak rasa rugi, Tak rasa menyesal. Since dah tau after credits akan ada sambungan cerita. aku dengan dak pah pon dengan setia tunggu. Kau faham2x je llah, cite omputih nie die punyer credit boleh guna 3 lagu. Lama giloss, compared dengan cerite melayu. So tahap kesabaran aku semalam kira tinggi jugaklah. Ahhaaa, habis cerita terus balik UM. Timing-timing gini, die punya sesak jangan ceritalah, aku dah warning dak Pah awal2x, either suruh die diam or tutup je mata sebab aku nak fokus. Karang die menjerit2x aku gelabah, silap2x ke PPUM lah kitorang. Itupun masa dekat traffic light die memekak jugak.

Gua ade gambar tiket je.
Ok chaoss,, next entry?? HAHAHHAHAHHAHAHHAHAHAHHAHA no idea. till then. JZKK :)

Malam Perdana Sembilan 2 [MPS 2]

Assalamualaikum ;)


Tengok tajukk tuu,, tetibe terus je MPS 2, mana ntah event for MPS 1.. Japgi aku cakap.

Basically, MPS nie adalah dinner yang dibuat under kolej aku, (Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin ) atau lebih selesa dipanggil 9th. 9th nie ade dua kali dinner, MPS 1 dan MPS 2. MPS 1 tu diwajibkan untuk first year dan yang lain di-galakkan hadir, macam malam anugerah for Niners am nya dan first year (freshie) khususnya yang dah beri sumbangan untuk kolej dalam sukan, seni, akademik sepanjang sesi untuk tahun yang berkenaan. MPS 2 pulak annual dinner kolej yang biasanya dibuat di hotel-hotel yang ada.

Masa MPS 1, aku x pegi, sebab aku pegi interfaith talk kat AUDITORIUM KPS. aku dah aim talk nie lama dah masa cuti midsem lagi, terjumpa poster lepas Loqman Karim share kat FB. so, eversince that time memang dah tetap hati nak pegi talk nie, lepas je naik cuti, dengar macam2x pulak khabar angin, nak potong merit and stuffs lah kalau x pegi MPS 1. Mula2x macam cuak gak, but end-up with, berada di KPS with Anis.. Ahaaks. BTW, the talk was great. REAL great!!!



27th April 2013
Hotel Marriot, Putrajaya
Tema: Colour Blocking

Baju dah cari masa balik Melaka cuti midsem aritu, mula-mula ingat nak carik Jubah, tapi macam malas, so, end-up pilih pakai baju kurung. Tu je yang simple dan nice.. Colour pulak tak decide lagi yang pasti colour hitam tak boleh ada langsung sebab colour tu akan me-neutral segala colour yg di hajatkan untuk buat blocking tuu. so, beli kurung ungu. Tudung confirm kuning. Ok dah stick.

Sebab baju tu kosong, dan x boleh lah pakai tudung kosong nanti nampak hambar, Sabtu pagi before dinner, ajak Hajar gi Masjid Jamek sebab misi nak carik tudung half-moon. dan misi itu berjaya. Settle semua dalam pukul 2. Siap sedia nak tunggu petang, sebab nak gerak Putrajaya. Aku siapkan bahagian mata kat kolej cuz I know thats the err part paling lama aku hadap.. Masa tengak fokus, ade 3 pasang mata dok renung aku pakai eyeliner, hais gigil aku dibuatnya...

Dah bayar duit rm 5 untuk bas, tapi end-up naik keta pegi sana. Naik keta Tifa, dari 9th terus ke sana. Sampai Masjid Putra dalam 730, event start pukul 8. Solat, tukar baju semua, pukul 8 gerak keluar dari masjid Putra ke hotel. and yess,, selamat ade GPS syikin,, kalau x, tak taulah kemana kitorang tercampak.. hewhewhew. Sampai je hotel, event dah start and yess again, kitorang masuk sekali dengan penari2x Flashmob korang tau tak, selamat meja dekat, xde lah macam Grand Entrance sangat. Dahlah tetamu VVIP semua dah sampai, bukan takat tu, semua jenis lagu pun dah habis main. Punye lah lambat kitorang sampai.HAHAHHA

Malam tu dihidangkan dengan makanan cina. Well,, boleh laa,, sedap pon sedap. But before that, respect to their food presentation by the hotel management where they set the hall in dark and chill with a boria badut full in glow-in-the dark. Then the waiter masuk bawak dulang sorang2x dengan lilin, dan berpecah untuk pergi dekat respective meja. dah macam kawad formasi KRS aku tengok. *clap clap* AHhhaaks.


Gambar dessert takde lah pulakkk, the desserts was, kuih beras and air longan.. bestt.. so here some pictures. Jangan tidak kann, karang korang tuduh aku pemalas dah tak mau share aktiviti.. Muahahhaa. *perasan sendiri*
Tablemates :)



The Entertainers of the night: Aliff Sattar and Suki

Antara faveret people kat 9th. Peneman setia pun boleh. Meet: Syikin, Syaza, Hajar, Tira,Nadz, Tifa and Pah

2nd picture: 5 of us. Tele is Unity. :) Azman, Shamer, Su, me and Hajar.



Some of Niners: Wawa, Shaa, Su, Shamer, Suri, Bie and Jannah.
Umpama gadis pembuka kotak; Roda Impian.

Lepas event, round Putrajaya dulu, around 2 nak balik kolej, aku jadi co-pilot. hahhaa, Syikin start tido dekat Putrajaya, bukak mata dekat KLCC dah.. lepas tu tetiba dah ada kat uptown Cheras. Turun dulu, semua kat situ pandang2x. Yelah,,mana ada orang turun uptown pakai baju liplap2x.. dah kitorang dituduh sebagai ahli kumpulan nasyid lah, marhaban lah and macam-macam lah. Tu belum kira ada yang menyanyi lagu pengantin masa kitorang lalu.. Pffttt.. Sampai kolej almost 4 am.. HAHAHAHA.. Momentosss. :)

Ini Gwiyomi dari kami.. LULZZ

Tepek satu gambar untuk dari malam tu. :)

Sebagai mengikut tema malam tu, mata tu dijadikan sebelah kaler Ungu dan sebelah lagi kaler Biru Gelap.. Jangan tanya macam mana berlaku, sebab aku pun xtau.. :)