x0x0

May 13, 2019

Summary Isu Breast Feeding (BF) untuk 1st time mommy

Assalamualaikum

4 bulan dah aku jadi mak orang so one and only task u know u have to do once your baby is out is to FEED HIM!!! Semua pompuan weh bercita-cita nak BF anak sendiri atas banyak faktor. Meh aku list all those faktor yang aku rasa betul. Lels:

  • Kewangan- Kau bayangkan berapa banyak kau jimat dari habis beli susu FM
  • Bonding
  • Bonding
  • Bonding
Dah tu je faktor yang aku boleh ingat sekarang. The moment lepas Seth lahir, Nurse bawak seth masuk bilik suruh aku bagi susu. So dengan senang hati aku bagi tanpa pikir apa-apa, takde satu benda negatif pon yang bermain kat kepala aku sebab dari sebelum bersalin lagi mindsetaku nak BF Seth.

Sehinggalah nurse datang rumah suruh check kuning baby dekat hospital and nurse tanya,
" air susu banyak tak? Kalau tak, campurlah susu formula (FM). Kesian kat baby takut tak cukup susu."

Mulai haritu ayat negatif ni bermain kat kepala. Koyak mental aku bila Seth kerap nangis nak susu. Tambah pulak nurse datang setiap hari tanya. Lepastutak cukuptu, Dr pulak pernah tanya aku masa hari kedua or ketiga lepas bersalin
" Susu dapat tak 2oz setiap pam?"

Balik2x bila pam,nak dapat 1oz pon payah weh sumpah. Koyak lagi. Asal pam je koyak sedih. Sebab rasa tak cukup susu. Tengok anak pulak asyik melekap je most of the time macam tak puas. Orang datang melawat pulak asyik cakap jangan stress, lagi aku stress sebab aku tau apa jadi behind

Masa ni macam2x makanan aku makan nak bagi susu banyak punya pasal. Fuhhh

Tu lah, lain kali pastikan ilmu BF ni kau baca before bersalin, so taklah koyak teruk macam aku yang noob ni.

So aku nak share a few things untuk 1st time mak mak yang lepas bersalin baru nak membaca macam aku. Ni aku share ikut pengalaman aku.

Info awal susu badan selepas bersalin

1) SUSU MEMANG SIKIT. 
Badan akan produce this one type of susu called colostrum . Amount dia tak banyak pon tapi insyaAllah cukup untuk baby. Dia ada khasiat2x untuk imunisasi baby and so on pegi baca. Baby akan selalu nangis n nak susu bukan sebab tak cukup tapi memang nature dia as perut dia kecik so memang akan kerap lapar. Lagi kerap baby menyusu lagi bagus sebab akan trigger susu dalam hari keempat lepas tu.

So jangan down lepas 1st day try. Lek lu. Nurse and orang ramai akan datang n tanya soalan2x yang boleh buat kau down. Kau jangan compare dengan member kau yang baru bersalin tapi anak kedua-ketiga. Tu takboleh tu.

Dalam pada yang sama kau teruskan makan pantang, urut dan segalanya.

2) MILK BOOSTER
Dalam pada kau berurut, KALAU kau rasa susu kau sikit, kau makanlah milk booster. Carilah yang natural punya. Macam aku, aku amalkan

  • Sayur sawi n lobak putih
  • Air horlick
  • Minum air rebusan kurma merah n longan kering
Aku makan n minum je benda ni. Lepas pantang aku dah malas buat, so aku beli je susu kurma farm fresh tu.

Dalam pada kau research makanan nak banyakkan susu, kau jangan buat lupa pulak ada makanan boleh kurangkan susu. Salah satu yang aku baca is pudina. Cuba elakkan.

3) PAM SUSU SECARA KONSISTEN
Haaa yang ni memerlukan daya tahan yang tinggi sebab kadang2x ada time pemalas, satu hari langsung tak gi pam. Tapi aku nasihatkan untuk para ibu yang adaorang lain boleh jaga anak kau, make time untuk pam susu.

Setiap kali pam memang terpalit lah rasa down tu sebab,alahai nak cecah 30ml tu bukan main payah, tapi takpe, kau pamje. Ye lah, 1st time kan. Bila ada stok susu walaupun amount dia sikit sikit, senang kat kau nnti.

Aku dulu, kengkonon tak nak beli pam susu, ye lah dah niat nak BF je, sekali Seth kena tahan wad sebab kuning, hamek kau. Terkial2x kau nak cari, susu dah bengkak ni. So beli je lah untuk persediaan awal. Guna atau tak cerita kedua, yang penting ada. Tapi senang lah kalau ada Express Breast Milk (EBM) stock ni sebab kalau tetiba kau nak keluar tapi malas nak cari baby room, sumbat je botol susu. Lels.

So ni fullset yang aku guna untuk perihal EBM ni 

Pam Susu- aku pakai brand Autumnz single pump je. Sebab aku keje sendiri so masa insyaAllah bukan penghalang. So boleh lek lek. Kalau kau ada bajet lebih, belilah handsfree cup. senang keje. Boleh buat benda lain sambil pump. Kalau kau bekerja, aku suggest beli double pump, senang n cepat.




Storage bag- Yang ni yang sakit lah sebab kau boleh guna sekali je, pastu kena buang. aku malas guna botol sebab nak sterilize lagi etc etc. So aku beli brand malish sebab dia comel.tu je. Nak good deal,beli kat shoppee. Murah banyak.

Botol susu- Guna tommee tippee boleh combat colic katanya.

Beg susu- Yang ni aku beli Gabag. Pakej sekali dengan bag baby sebab dia sandang so, syafiq boleh bawak kalau keluar. Beli collection Nusa sebab kengkonon nak letak laptop, sekali laptop aku panjang lagi dari bag. Thermal bag dia boleh tahan up to 20 hours. So aku yakin sikitlah kalau nak berjalan jauh bawak EBM.
Lepas-lepas pantang tu kau continue lah pemakanan yang elok untuk susu eh. Tu je lah rasanya nak share

Feb 19, 2019

Pengalaman Bersalin: KPJ Specialist Seremban

Assalamualaikum

MHS
So harini hari ke18 aku pantang, jangan tanya aku how pantang life etcetc, aku pantang biasa2x je, macam xpantang sangat, aku tibai je makan asalkan x bawak kemudharatan pada baby. No good no good, Harini anak aku aman damai tak banyak kerenah, so I guess, bolehlah nak share pengalaman bersalin haritu.

Its all started on Subuh, 13th January,
Tengah tido,aku rasa sakit perut ya amattt, macam senggugut but worst, memang sakit sangat. Me, as first time being pregnant,aku mana tau tu ape benda,sakit ni ke yang dinamakan contraction, tapi memang sakit.

Then sambung tido, since haritu hari ahad, so memang plan masuk ofis lewat , masa lepas mandi, aku rasa macam adeliquidkeluar, then tengok its lendir+darah,so sesiap cepat, call my mom, and sempat lagi tanya, kalau macam tu, masih boleh solat ke tak, and she said ok, selagi tak bersalin. So sempat lah aku buat solat hajat satu round before gerak pi hospital.

Sepanjang pregnant,aku ada satu feeling and satu situation yang aku takut sangat, and I already told Syafiq once, so bila keluar tanda, macam2x bermain kat kepala aku, Aku takut sangat kalau-kalau aku x survive. hmmmmmm

So, sampai hospital, bagitau lah keluar tanda etc etc, then diorang terus tolak masuk labor room, buat CTG. Yeahhhh remember I said, sakit perut ya amat tu, even masa depan pintu hospital pon masih sakit okayyy but once nurse pasang alat nak check contraction tu, pooof hilang, called doktor, doktor pesan, balik dulu, hari Selasa datang balik klinik, Dr nak check.

Aku pon ohh yeahh balik dulu jalan2x dalam mall, then baru balik ofis, jumpa 2 orang budak medic and tanya, what is contraction actually.Then borak2x, aku habiskan segala kerja yang tergendala, balik rumah, makan then bubbbb baring scroll fon nak rehat before mandi, Masa tu around 930pm. Dalam 945 camtu aku berniat nak mandi, lepastu nak call mak. Tiba-tiba aku rasa macam ade liquid keluar, alah macam bila kau gelak2x masa tengah heavyflow time period tu, haa camtu lah, masuk toilet, hamek kau,seluar basah,air ketuban pecah dah. Masa ni lagi huru-hara tak tau nak buat apa, yang pasti beg semua memang on that night aku malas bawak keluar, so terus blah gi spital.

Around 1030 sampai kat gate hospital, then nurse tolak masuk labor room, kejap tu, Dr yang aku book datang, rupanya dia on call malam tu, minta izin tengok jalan. Nurse syak aku baru 2-3cm camtu, so diorang dah plan nak tolak aku masuk wad, sekali dah bukak 5cm, maka stay lah aku dalam labor room gelak2x dengan syafiq. Bila contraction datang, aku tekan tangan syafiq sampai nak tembus lah. Ws grup family minta maaf etc etc.

Around pukul 11, Segala wayar dah pasang, injection dah kena, Dr pesan paling awal maybe dalam pukul 3pagi camtu, so let the waiting game begins, but ermmm NOPE. around 1130 aku dah suruh syafiq panggil nurse sebab sakit dia lain macam, nurse tengok jalan dah bukak habis, so call Dr, dalam 3kalipush je kot, baby keluar, Alhamdulillah

Orang tanya,nangis tak lepas baby keluar?
NOPE. Tak sempat nak nangis,everything happened so fast like real fasttttt, tak sempatnakbuild up emotion, tp aku tau aku lapar tu je. Syafiq dah barai dah aim nak tido. Aku lepas beranak tak tido langsung sebab aku lapar.

Alhamdulillah aku tak rasa sakit teruk, Allah permudahkan urusan aku, sakit tak lama. Rezeki, even masa pantang pon aku okay je nak buat chores,cuma pinggang je lah terasa nak patah bila baring atas lantai. Since Syafiq balik 2-3 malam perweek so kena gagahkan diri uruskan anak sendiri masa pantang. So a bit renyah baring bangun a few time. Alhamdulillah, rezeki aku, anak aku x banyak kerenah, cuma dalam seminggu adalah sehari yg dia cabar level sabar aku. Selalunya yang sehari tu, bila time syafiq balik. Ada time yang aku hadap sendiri, menangis jugaklah. Hahahhahaha

Thats it. My Story. Nah aku tepek gambar masa zaman bercinta, ambik gamba masa break tulis thesis.

MS + NS

Jan 30, 2019

Pregnancy Journey

Assalamualaikum

So how to sound like a mom? Okay by writting a good pregnancy journey lah kot kan? No??
Every mom to be akan melalui this fasa. A mixed feeling emotion. At one
point kau hyper gembira and 2 seconds after that, u are stormed by some crappy feelings.

So pregnancy journey. How was it? How is it? So aku pecahkan ikut 1 trimester sampai 3rd trimester lah kan? ke patut aku cerita by month? Adat being a mom, kau akan start playing with weeks instead of month. Sebab apa? Sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb nurse and doctor memang akan guna term weeks. Pastu kau congak sendiri lah.

1st TRIMESTER

Masa ni aku still in KL. The first 2 month lah tak silap, struggle sensorang. Jadi part time wife. Weekend jadi wife, weekdays jadi single. Hahhahahhaa. Masa ni PJJ. Aku balik jumpa Syafiq hujung minggu je. Penat dia, Tuhan je yang tau. Isnin sampai Jumaat kerja 9-6. 3 kali seminggu aku ada fitness camp. So sempatlah merasa pegi join fitness masa bawak perut. Jumaat malam,lepas kelas fitness, Syafiq akan jemput aku balik. Kadang-kadang aku naik KTM ikut lah yang mana satu. Then Sabtu and Ahad, aku tolong Syafiq dekat ofis, Isnin pagi aku naik KTM dari Seremban sampai TBS, then amik motor terus pegi Celcom. Every week macam tu lah rutin aku. Takde maknanya nak jaga muka ke apa ke.

Aku first scan masa 6 weeks, so dalam week 8 camtu morning sickness aku sangatlah teruk. Aku bawak motor pi keja sambil tahan muntah. Sampai ofis, aku terus gi surau baring and tido. Aku lembik sangat. Tambah2x masa tu bulan puasa. Aku tak boleh makan sahur sebab tak lalu. Whatever yang masuk dalam tekak, semua aku luakkan semula hatta seteguk air. Minum seteguk air, yang keluar sebaldi. Camtu lah rutin aku. Tapi Alhamdulillah puasa aku full tahun ni.

Waktu dah hujung2x nak habis kontrak Celcom, aku macam tak sabar gila sebab aku dah dekat limit dah. Tak sabar nak berhenti, nak dok dekat suami. Kah kah kah

Early pregnancy while your husband jauh is suckssssss!!!!!! Sumpah lah.

Masa week 10, masa ni a week after raya, aku turun darah. Pucat muka aku tuhan je tau. Sedih sangat masa tu. Aku call mak, tahan nangis sebab tak tau nak buat apa. Syafiq lagi lah blur sebab dia tengah tido, as for  my MIL , dia tak suggest pegi check doctor. Dia suruh aku rilek and try UPT semula at the end of the day. Reason is taknak baby selalu kena check cuz takut lah those machines and all the radiation stuffs.

Me, masa tu terpalit rasa "eh ni anak aku ni, i dont want something bad happened to him/her." Masa tu terflash lah scene aku tergolek dalam surau Celcom sampai tengah hari sebab tak larat buat keje, muntah every day. Tak boleh makan. Sayang nyaaaaaa. So aku decides untuk call Najwa, shes a doctor. Explain everything to her and of course, mestilah dia suruh pi hospital check. Just in case. So aku ajak Syafiq pegi klinik swasta and check. Alhamdulillah, the baby is fineeeeee. Doktor cakap kandungan 10 minggu dah kuat sikit. So maybe aku penat or perjalanan jauh tak selesa jadi punca.
So memang lah, malam before tu, around 2 pagi, aku baru sampai rumah dari Kedah.

So end of 1st trimester. Now to the second shall we?

2nd TRIMESTER

It sucks double!!!!!!!!!! Walaupun husband kat sebelah. Masa aku in 2nd trimester, i got the news yang one of my wolfpack pon pregnant. Alhamdulillah. I asked her, so how? She said. "Aku okay je. tapi cepat marah bila makanan lambat sampai. hehehe." She is all about the food je. Then I asked, "Sickness??" and she gave me the best answer I guess, "Takde. Aku okay je. Cuma cepat lapar."

And I was like. HAHHAHHAHHAHAHAHAHHAHHAHAHHAA aku separuh lembik pepagi bertapa tepi toilet sampai 10 minit at least, kadang-kadang aku take 5 baring atas lantai bilik mandi dulu before sambung muntah. Tapi tu lah dia kan, pengalaman. Rasa kelakar pon ada.

Other than perasaan cepat mual dan nak muntah selalu. Gangguan emosi aku masa 2nd trimester sangat dasyat. Aku tak cepat rasa marah, tapi lebih sensitif. Kau kene susun ayat bagi elok dan cantik betul2x untuk jaga hati aku. Kahkahkahhh

Since 2nd trimester is more about emotion and all, so takde lah extreme event yang berlaku selain mentally exhausted sebab nak jaga hati diri sendiri yang sumpah wehhhhh fragile nak mampos kalah gula-gula kapas. This is so not meeeee at all okay. Like tengah baca stories yang jenis sedih, a normal pikah will just terusik je. But not so pikah, she like crying teresak2x pakej tersedu siap. Pffftttt u such a weak lady!!

Dah lah malas nak bukak aib sendiri sebab diri sendiri memang lemah masa 2nd trimester.

3rd TRIMESTER

Okay masa ni aku dah okay sikit, okay dari segala jenis cuma sensitif tu masa ada. Muntah dah kurang, 2 minggu sekali baru aku muntah, makan dah boleh nak control, lapar sikit boleh tahan dah. Masa ni aku hadap masalah keputihan, kira kalau baca, keputihan ni normal kalau kau pregnant. Sebab perubahan hormon badan yang ketara, cuma masa ni aku cam orang gila masalah dia sampai kena pegi klinik amik ubat radang, tak boleh tido.

Aku banyak craving benda manis,kau tau air teh yang viral tu, yang manis level dewa tu, haaa yang tu,aku kena minum hari-hari. Tubelum lagi nak makan apam balik lah, waffle kaya lah, sundae cone, dan yang teruk aku memang sucker pada fast food,KFC to be exact. Gila babi craving nak makan KFC ni real sungguh masa pregnant ni.

Sekarang aku tinggal tunggu hari je, kalau ikut EDD aku, 19/1/19 and harini baru 9/1/19, so by science aku ada 10 hari untuk siapkan semua benda, tapi anak first ni kau tak  boleh nak jangka sangat, buat dia keluar awal kang parah.

Dari segi kerja,aku dah slow2x hand over kerja paling leceh dalam office ni kat laki aku, and aku nak pindah segala file and documentation supaya masa pantang aku tak diganggu. HAHHHAHHAHHAHAA.

Doakan aku selamat bersalin okay. I called him by nickname "baby boo", Jauh disudut hati aku, aku tau aku nak nama dia start with S and thats not easy okay. HAHAHHHAHAHHAHAHAHA.

Sekarang aku ada a few idea untuk next entry. Next up: aku nak share pasal LipBalm Nuur or pasal pengalaman bersalin. Will see how.hhehehehhehe