x0x0

Dec 26, 2014

Random

Salam

Just a random thought that I just want to scribe over.

Woman and their complicated as fak mind.

Thats it. Complicated.

I. Dont. Even. Understand. Me.


Dec 15, 2014

Perangai

Assalamualaikum

Week 14. Yeahhhhhhhhhhhhhhhh. Hell no!

Perempuan syafiqah yang sepatutnya tido ataupun revise ataupun apaapa saje lah yang sepatutnya dibuat oleh seorang student kejuruteraan semester 5 memecah duli, ehh mencemar duli, bukak blogspot dan menaip.

Si hantu ni, padamulanya ade benda nak story, tapi terlupa. Intipati dia berterabur.

Long story short, last time, I got a mimpi where I have to kahwin with this one guy, pssstt, *insert smirk emoji multiple times here* tarikh kawen 11/12/14. wakakkakkakakkaa

The second story, I got a call and rushing balik because ade berita mengejut which aku lagi lah terkejut. Tambah terkejut, dorang kata nak buat majlis by the end of week 14, whichhhhh I dont know how lah to describe kannnn.

3rd, dorang kata nikah dulu, majlis InsyaAllah xde aral buat tahun depan. Lepaskan yang wajib dulu kata nyaaaa.

4th, did my Inai. hehehehehhe


notakaki: Permudahkan segala perancangan ini InsyaAllah :)

Dec 1, 2014

Week 12

Assalamualaikum

I just rasa nak tulis. 1st day week 12 jatuh pada 1/12. Fehhhh, power bhaiiii. Bangun pagi check twitter lepastu terus broken heart. Bapak ahhhhh. Aku rasa nak deactivate segala sosial media, campak laptop and isolated my self dekat ceruk mana mana.

Done my stressful weeks, which between week 7 up to week 10. Tests berderet, jangan cerita submission. Lab reports lagi. week 7 & 8 tu boleh terima lagi, sebab rumet pon xde pi German, so bolehlah buat bilik tunggang langgang tanpa orang kisah. Above all, I also have to commit myself with the JTKs stuffs, I mean, lek ahh ketua blok je pon, but stilllllllllllllllllllllllllllllllll.

Got some perkara yg happened. Too many sampai malas rasa nak update. Termasuklah done my one and only projek kolej this sem, MAYS.

End week 11, with something yang quite crazy, IKEA-Empire-OU-Putrajaya-Seri Kembangan
also, I got to tambah another precious gambar dalam koleksi, except this time tak silang raket lah. Silang bat. Maigaddd. gembira.

Long story short, November fulls with colours. :)

Then, hello Disember.

Sep 20, 2014

21

Assalamualaikum


Dah beberapa tahun since belasan tahun rasanya akan update pasal birthday kat blog. Hahahhaa dah tua. And now, my 21st birthday.

Yeaaaa, jatuh waktu cuti, tak yeaaaa sebab ade EDMAT time tu. Hahhahaa


Malam tu tengah rehearsal untuk majlis perasmian EDMAT, and aku as setiausaha yang sangat sangat lah relax sepanjang program tenga menangok atas kerusi VIP memerhati keadaan, dengan ngantuk x payah cakap lahhh. Thennnn, tetiba, sorang OC ni tutup lampu, then jacky bawak masuk kek. Maigadddddddd sumpah terharu sebab, kau bayangkan lah, OCs suma chinese and u dont expect that kau tau tak.

To be honest, that was my first ever surprise birthday celebration. Selama ni dok surprise kan orang, then dapat kejutan dari someone yang memang tak disangka2x. During that night, I ate, 3 slices of brownies. Kahkakahhh, Nuur Syafiqah mencemar duli gila gila ahhhhhh

Thank you EDMAT 36 OCs.



Raya 2014

Assalamualaikum

Nampak tak tahap pemalas gila busy piang nak menulis pasal raya pon takes 2 months. Hahahhahahhahahahhahaa. Long story short. seminggu raya kat rumah then dah kena balik UM sambung projek fac. Basically my raya was havoc and greatttttttttttttttttttt.

1st Syawal
The macam biasa things, semayang raya, salam2x, gi kubur, gi rumah yg berwajib. Okay raya 1st x pakai baju raya sebab rasa macam x penting sangat. Kahkahkahhhhhh



2nd Syawal
Dok rumah tunggu tetamu. Ohh ade bbq malam tu


3rd Syawal
This one with GIGS kesayangan. Hoyeahhhhhhhhh . Whole day.




4th Syawal
Still with them

5th Syawal
Tak ingat lah, tapi rasanya pegi shopping gila2x.

6th Syawal
Out with Zaris n Dila


7th Syawal
Sambung shopping

8th Syawal
Pegi rumah berwajib

9th Syawal
Pegi KMM

10th-19th Syawal
Balik UM, ade EDMAT

20th Syawal
Rumah Syaza


 Basically, that was my raya 2014. Hiks. There were few moments I considered it as a memorable one. Bye. Next up. Birthday gua.

Aug 31, 2014

Teasers

Assalamualaikum

Here some teasers for some occasions yang acah2x berlaku in this month yang will take days, months for me to update due to sifat pemalas  takde masa sebab tinggal seminggu je cuti, but still, meh aku tapau few gambar sat eh.


1) Raya 2014




2) 21st birthday


3) EDMAT 36



4) Penang


These are 4 big events yang berlaku sepanjang Ogos, Seminggu raya, sehari birthday, 2 minggu Edmat, seminggu di Penang. And it makes my fav month super hectic super bernilai. Engko doa lah ade angin kus-kus hit aku and then buat aku rasa nak update blog sampai muntah muntah. Okay? okay.

Jul 10, 2014

Happy Birthday

Assalamualaikum

 25 Jun 2014 someone turns 21.

Aiman Syazana


Mungkin sebab dah terbiasa dekat UM akan sambut birthday those wolfpack girls and it seems very much unfair if I ignore this one. I guess the very important one among all. Aku kenal this girl when we were 7, satu sekolah but only for 2 years tapi in that 2 years our bond memang power. Pheww. Then aku pindah. Zaman 2002, kau nak jumpa henfon susah tahu, its a totally lost contact between us. Until 4 Years later.

2005. Masa netball game dekat Selandar, ditakdirkan untuk berjumpa semula. Penat tahu aku hafal number dia dengan nak fokus game bagai but I did it very well. Did some catch-up session. On call every 2 weeks. and all the stuffs kan.

2006-2010 Pendek cerita. Masuk SIS, duduk ASPURI, pernah satu dorm. satu geng, satu GIGS. Our bond becomes stronger. Orang kata kitorang kembar since nama and muka semua lebih kurang.

Ni bukan 360 okay. and thats Gary.


2011-2014 Tahun mencabar, orang kata masing2x dah ade jalan masing2x, dia kat Pahang, aku kat KL. orang dah mula keluar masuk, senang cite boleh je kalau nak break the bond tu, senang macam lebih laju dari kelajuan cahaya mungkin. Tapi Alhamdulillah, we are not.

The day shes turning 21 was actually the day yang aku memang plan nak balik Melaka. So, prepare all the stuffs, not really a surprise one, I did asked her actually, nak makan cake ape?. On me. So kitorang beli kek pon, dia ade dok tengok, nak tulis apa atas kek pon aku tanya dia. Hahhahahaa. Tell u what, I got no one to partnered up to make this as surprise as I wish. Tapi, pegi beli some chocs dekat Famos Amos as her bidan-terjun kind of hadiah. Gigih gila aku. Then, aku tanya, so kau nak dok diam makan kat sini or apa? and she's answer dengan sangat acah2x tersipu malu, " Aku nak nyanyi2x." . Hahahhahahaa. Okay, ke MBMB we go.


............ and the rest was history..............

Its been a great 14 years or not really but I dont care, it will always be 14 years in 2014 time knowing you.
Being completely as a sister to each other.
Tak perlu cakap banyak if ade masalah.
Always try to make as much time for each other.
Thank you for being more than everything to me.
May Allah bless u sister.
May He grant you happiness, wellness and any other -ness yang baik-baik.
May you be such a great daughter,sister, friend, wife, mom and much more.
May our friendship lasts forever, InsyaAllah




There was a conversation between me and Deela back then masa dekat matrik yang buat aku terfikir, Nauzubillah kalau jadi, and let that conversation be a secret between me and deela. Hiks.


Jul 1, 2014

Post Exam Semester 4

Assalamualaikum

So, direct ke tajuk. Some post exam activities like last sem. Sem lepas macam gila sikit dia punya aktiviti. Ke sana Ke mari. Pheww, Sem nie macam sopan beringat tahap gaban sikit, tapi sopan sopan pon, 2 hari berturut pegi Shah Alam. Kencang dapat kereta memang ahh cenggini. Kahkahkahhhh

Tapi sebelum tu, end of week 14. Pegi IKEA nak sambut birthday Shiks and Malaficient seround. was blast.







Habis paper 23/6 pukul 5. So, petang tu rasa cam alim, terus balik bilik kemas barang, sebab rabu pagi nak balik Melaka terus. Lepas maghrib camtu,paksa Hajar ikut hantar Shiks dengan Su pegi Mid nak naik KTM, then pick up Anis, Syaza, Mimie, Shamer, Effa, konvoi 3 kereta pegi Shah Alam. Effa nak makan burger bakar abang burn tu. Oleh kerana Effa menyataan hasrat dekat Zariq, makanya, Zariq pon kenalah ikut je. Hiks. So, to Shah Alam we go. Yang lelaki adalah dak Anwar, Azman, Ayie, Azizi, Syapiq and Zariq lah of koz kan. Then pegi lah kejap tengok2x laman seni seksyen 7 versi waktu malam yang penuh lipas. Kahkahkahhhh



Chinese Tele.

Whatever, fakit, we done telephony.





 Esok nya, cadang nak pegi Jump Street, tapi attire kitorang x kenalah, so decide, next sem, tambah dalam list. Tambah pulak, x cukup korum sebab Hajar and Su takde, so xpe lah. Chemistry Cafe pon x jadik pegi. Sobs sobs, and then decide pegi je dulu Shah Alam, kat sana baru fikir nak buat menda. Kahkahkahhhh.



Basically, kitorang makan makan je. Menghabiskan sisa sisa duit yang tinggal dekat makan. wakakkakaa. Then, pegi balik laman seni semula, tapi kali ni versi siang dan tadak lipas. Wakakakakkakakakaka
Petang sikit, gigih gila pegi seksyen 2 siap guna GPS bagai, padahal dekat nak mampos. Kitorang siap berpusing-pusing macam ape je. Ini memang sangat lelssss. Tapi boleh lah dimaafkan sebab kitorang bukan dak dak Shah Alam. Hahhahaa Ni semua sebab nak makan ABC Fradoo yang orang dok sebut sebut. Tapi memang sedap nak mampos, tak tipu woiii. Laman seni kat sana pulak aku just jengah je. Hahhahaa. So, balik UM semula before maghrib sebab Jaja Iffah nak balik Subang dalam pukul 8 tu.



I did many great things with them.

Tengah syok mengemas malam tu, tetiba terlapar semula. Shiks pulak ade kat 9th, ape lagi, suruh dia turun, kitorang shoot pegi 14. Tengah2x makan, Anis pulak mengadu lapar, tapau kan kat dia, lepas tu, pick her up, terus pegi Mid tengok midnight. Dasar satu hari nie memang xde plan langsung. Aci redah je semua benda.

Esok nya, settle few things dekat HEP, then shoot drive balik Melaka sambil ditemani oleh Senpai.

So. Selamat Bercuti Semester chu'ollssss.

May 25, 2014

Week 13


Assalamualaikum

So got lebih kurang 50minutes before aku start week 14. Week hell. And weekend week 13 aku mulakan dengan menjengah matahari pukul 8 which I rarely dapat. Almaklumlah kalau dah setiap pagi bangun pukul 10 and tuang kelas pukul 8 & 9. hahhaha

Tak tak, aku kene buat assignment pnline dalam masa sejam. Kejam lecturer aku. kejammm. Lepas je habis masa sejam tu, aku dapat amanat dari gadis2x cempaka suruh siap, ade yg teragak nak makan Auntie Anne's. Dengan jerih payah pegilah Bangsar. Tempat lepak orang kaya kaya bawak mercedes, Volkwagen, etc etc, jenis jemur ferrari bawah matahari and kekal tenang. Ahh pegi lantak aku x pedulik.

Dapat Auntie Anne's, lunch dekat Chawan and indee, after monthss, finally I got to taste the Asam Pedas walaupun xlah seumphh kat rumah tapi okay lahhh. Kenyang and worth lah the money dengan the rasa. Okay.

Next, for desert. Jalan blok sebelah, pegi Inside Scoop. Tekak mengada nak makan aiskrim, almaklumlah, its a-month-thing. hehhehee

Lepas tu jalan2x dan jalan2x dan jalan sampai kau rasa muak. Serta amek gamba dengan banyak sebab ntah. To tell u what, week 13 submission n presentation like hell.  So i think I deserve to treat myself like a queen. *abaikan 2 submission serta 1 presentation minggu 14*

And dinner masih di bangsar. Having something great of course. Hiks. You know you have no regret at all when you spent your money to satisfied youself. Ohh cmon lah, duit kau, kau bagi perut kau makan sedap2x sekali sekala tadak sapa nak meroyan.

week 14? Bring it on bebeh.


May 23, 2014

Malam Perdana Sembilan 2


Assalamualaikum.

Sapa sempat baca post sebelum nie sebelum kene sorok memang power. Kah!.

Long story short. Dinner 9th dekat Hotel Istana tema Get Classy Be Royal. Thanks Poplook for the dress sebab keluar tepat pada masanya and the tudung just rembat a day before kat Masjid Jamek. Takpayah pikir jauh.

 And also some of the people of the night yang sebenarnya banyak lagi tapi xkan nak tepek semua. Kudos untuk coursemates,roomates,tablemates, MHSmates, Aminuddins and mates2x yang lain.


rumets

Tifa 


Teman setable. and yess Nadz ofkoz.

Team Aminuddin #rindusabah

Thats it. Long story short punya pasal. Malas pikir buat karangat sebenarnya. hikss. Adioss. Tunggulah kau lagi sebulan aku update cerita baru sebab aku malas tahap piang.


May 1, 2014

Hotel Istana, Kuala Lumpur


Macam biasa, bagi teaser dulu. Hiks.

Apr 14, 2014

Amirah Md Dali

Assalamualaikum



Last time jumpa mirah was back then during amek result SPM, march 2011. Sekarang 2014, aku siap dah habis matrik, selesai 3 sems degree, and dia dah settle pon Dip dia baru berpeluang jumpa. Alhamdulillah.

Back then during our school era, Mirah nie classmate aku for straight 5 years, dari form 1 jejak ke form 5, dengan dok hostel, pagi petang siang malam mengadap muka. Pernah masa form 5, aku terlupa turn aku jaga roll call dengan dia, siap boleh bangun lambat, berlenggang kangkung, pegi makan, alih2x dah habis roll call, kene sindir. Hahhahaa hampeh.

Ape je zaman aku x lalu dengan dia, dari zaman die gaduh dengan Mas, Shasha semua lahhh. Kalau setakat salah faham, rasanya banyak kali. Oh cmon lah, jangan acah2x korang suci tak pernah gaduh sesama sendiri. wakakkakaka

so, well, benda nie sememangnya unplanned. malam 9 April tu ingat nak suruh jihah petik gitar happy birthday tapi gitarnya x menemu. So, endup, call je lahh, wish gitu je. Well, walaupun 3 tahun x jumpa, tapi alhamdulillah, xde lah nak putuskan hubungan gitu je. Penat kot jaga 5 tahun. At least, masa masing2x punya birthday, we definitely will wish each other. Yeahhhh

So, masa tengah call, dapat tau, dia ade kat melaka, and sememangnya aku rancang nak keluar dengan Mas n Gary, so, ape lagi, berdasarkan ingatan masa 2011 pegi sekali je rumah dia masa kakak beliau kawen, aku gagahkan diri amek dia. Hahahahhaa.

So, its been set, redah pi AEON, gather + sambut birthday mira sekali = Divergent woiiiiiiiiiiiiiii



dari RK1 sampai lah Alfa
Pusing punya pusing, steamboat, pastu wayang, pastu secret recipe. Sebenarnya ingat nak beli je donut dekat jco, makan kat coffee bean. Hahhaha. Tak pon, red velvet coffee bean. Sebab, alang2x pi makan sana, aku nak sambar aku punya caffein woiiii. tapi, xpe lah, ke secret recipe lah kita, mudah sikit.
Banana split, 3 oreo milkshake, 1 vanilla latte, 1 choc indulgence, 1 raspberry cheese cake dan 1 Newyork cheese. Hamekk kauuuu. Makan lah sampai muntah, after maghrib, choww.
Well, its been so great yknow dapat gather balik dengan the one yang tau susah payah kau masa zaman crucial. Zaman remaja yang paling susah, silap cari kawan, masing2x kelaut. Alhamdulillah, I met them and other girls. Awesome girls actually to spent the whole 5 years with. Plus, cmon this girl one of the 9 series kot, mana boleh lupa camtu jeeee.


So mirah, I dont know whether r u r going to read this or not, hahaha, some words for you.
~Sanah Helwah
~May Allah bless
~Dont try hard to be awesome, cmon, we r awesome alredy lah. Keep calm
~stay humble
~Semoga cepat kawen
~after all, Thanks a lot


 Nah tepek satu gambar selfie dengan birthday girl sikikkk. #becauseselfiewithmonopodistoomainstream

Appreciation Post.

Assalamualaikum

Seteleh sekian lama bersarang, akhirnyaaa, but after all, this is an appreciation post to Syaza Iffah. Clap clap.

#Flashback
Pernah satu hari selama 5 minggu, dok refresh separuh gila thehitsradio, uk sebab nak dengar 5 orang tu handle satu session (hits takeover). 

Setakat tido 4-5 pagi semata2x nak tengok dorang video cam memang dah jadik rutin. Kalau kat tumblr takpayah cerita lah.

Masa nak beli Up All Night with Harry punya slipcase, segala kedai CD kat Melaka aku carik, semua habis, endup, dapat beli dekat speedy JJ, one last piece. tu pon gaya macam kene sorok dengan orang. Bila dapat je, terus melompat siap jerit dalam kedai.


Tambah sewel, laptop, harddisk, desktop, harddisk ayah, laptop ayah semua penuh dengan gambar diorang.

Tahap obses tu tak boleh nak cakap sampai aku buat twitter semata2x sebab 1D lah. Pernah dulu, masa zaman kat matrik, ade satu insiden yang memang suck plus fucker habis lahh hidup aku, tapi sebab diorang, aku rasa alive. 

Kalau buat integration tu, sambil dok ulang2x lagu diorang, smooth gila. [ pikah and integration doesnt get along real well]

Tapi tu dulu lah, sekarang busy dia lain macam, ingatkan dah kuranglah rasa nak fangirling.


Sumpah. Sejak masuk UM, memang x sempat nak scroll pabendaa, bukan kata scroll, nak stalk twitter diorang pon x sempat ahh. too many things to do, and then, sampai satu tahap tu dah hampir heartless. Dah takde nak tunggu sampai 3-4 pagi tunggu MV premier. Ade pernah sampai masa LWWY nak keluar, aku langsung tak tau. Tau tau balik dari projek tetengah pagi tu, bukak twitter, Directioners tengah meroyan. By then, baru tau yang LWWY nak keluar.

And today, on these special day, 14-4-14, tetiba this one girl yang balik bercuti dari UK, bring a lot of stuffs. By a lot, I really meant a lot. Banyak gila. Dengan keychain untuk satu kelas, charm bracelet untuk kitorang, pick guitar UK utk Shiks, Hajar, Mimie. T shirt n fragrance+ shower gel untuk aku and Anis. Hiksss.

Bila dapat all these stuffs, pedulikan tu kat surau, atau orang sekeliling, dia punya happy rasa lain macam. menjerit, berebut macam orang gila. Hahhaa, teringat masa dia balik dari Australia aritu, kitorang semua rebutkan buku macam separuh sewel. Bengong.


Tambah-tambah lagi bila kau memang lama teringin satu benda tu tapi kumpul2x duit pon x pernah nya cukup, setiap kali lalu kat mall, hanya mampu pandang, paling gah pon, sembur tester. Tuptup, member balik dari UK, hulur buat hadiah, Perasaan dia tu, kalau buat Patronus charm nie, memang paling padu lah katekowww.

Anyway, Massive thankyou Syaza Iffah    

Feb 24, 2014

Slaughter all the cravingness

Assalamualaikum

Mulakan dengan gelak berdekah-dekah dulu sebab aku rasa teruk nak mati 1st week nie. Teruk nie bukan sebab study, of koz not. Sape je gila meroyan nak jadik gila pasal study masa minggu first kan kan kannnn.
So daftar masuk, ahad lepas, before zohor lagi dah tercongok kat 9th. Sokayhh sokayhh. Aku mulakan misi mengemas, mengelap, menyapu dan sebagainya lah kerja2x seorang isteri nie. Wahh gitchewww. Habis siap setel semua, aku decide nak main tampal2x dinding a.k.a work station aku untuk sem nie. and hasil nyaaaaaaaaaaaaaaaa



Remember that one time aku up entry pasal board yang penuh inspirasi masa kat matrix dulu, yang penuh gambar 1D tuu?? Ahahhaha,, kali nie dah matang sikikkkk. Ahhahaa

Btw tu bukan sebab utama aku up entry 2 hari berturut nie, its all because I already spent zillionzzzz of manehhh on the 1st week of my 4th sem semata2x nak fulfil perasaan tekak. pergh perghhhh. Tak sedar diri, bajet anak tokey balak Muadzam Shah ke cemana kau nie pikahhhhh.

Khamis, IKEA

Demi IKEA, empunya diri skip Telephony. Kahkahkahh


at the milkyway going to Kidzania International Airport. Farahas si tukang amek gambar


Aku craving meatball nie since study week sem lepas, tapi manjang je takde peluang nak pegi merasaaa. Asal set time je, ade je halangan. Hujan lah, busy lah, ape lahh itu ini. Kali nie, disebabkan alang-alang nak amek bb kat Tropicana City Mall, plus Syaza pon memang nak carik barang kat The Curve, ape laaagiii. Ayuhlah kitaaaaaaa. Hehehehe

TOLSBY. cred pic to IKEA page
Lepas makan, Farahas decided nak pergi carik bunga, aku pasang niat, alang2x tuu, boleh lah aku carik frame idaman hati yang dah sumpah lama aku berkenan cuma tak berkesempatan je nak pegi beli. Hehhehehee

creds picture to: Google Image


Ohhh,, tekak exclusive Farahas tak habis bersama Ikan Salmon yang dia telan sebelum tu, lepas carik bunga, tekak beliau mengidam kafein pulak, ke Chaiwalla & Co. Container Cafe lahhh kitaa pegii. Tapi tapi, aku Syikin decided minum Chatime je lahh sambil usha si tukang pembuat air yang punya senyuman kelas pertama bagi Syikin. Kahkahkahhhh, as for me, for that title, is already taken lahhh. hihihihihi



Jumaat, Village Park, WonderMilk

creds pict to: Google Image

Setan Farahas tak habis di The Curve, lebih kurang pukul 3, aku dapat skype call dari Hajar, tanya soalan2x tak empuk sampai aku timbul perasaan syak. Timbul jeeeee. Tak lama lepas tu, As call, menyatakan terus hasrat nak pegi Tous les Jours, Bangsar sambil menyalahkan tweet Azman. Kahkahkahhhhh, To be honest sebenarnyaaa, time tuu, aku dah terbayang Dip n Dip walaupun pada hakikat yang paling nyata sekali aku tak berkenan dekat yang namanya coklat nie taaaapiiii, mase tuuu, aku teragak nak makannn. Mungkin lain kali dengan The Girls yang lain yang hantu coklat,, mungkin laaagiii berbaloiii.

creds goes to Google Image 

Plan changed last minutes, kitorang dicide nak redah jam pegi Damansara, nak pegi WonderMilk. Ohh jyeahhh.. Tapi singgah makan nasi lemak dulu dekat Village Park. Bak kata As pon, " nie fav spot Neelofa" . Lepas maghrib barulah kitorang pegi Wondermilk tuuuu. I guess, diorang ajak aku timing kena habisss, sebab memang nak makan something sweet. Al maklumlahhhhh.
Kopi Cap Rusa, Butterscoth( yg bertutup) and my Ice Baby Latte also the cakes.

Thats it, Kopi Rusa untuk As, Butterscoth untuk Hajar and mine was Iced Baby Latte. Big clappp untuk Butterscotch tuuu. Untuk cupcakes pulak, kitorang amek, Superainbow, Cookies n Cream Dream, Foxy Red Velvet and Oh My Choc. To be honest once again, I'm not so into all those kind of cakes, tapi Red Velvet dia sedapppp, its on Pikah Approve lahhh. Orang cakap Red Velvet SR sedap,, tapi bagi aku x, tapi yang nie, ye betul sedap. Also their Cookies n Cream Dream pon bestt.

Farah Asnida si ketua hantu







So for our next coffee hunting, nak pegi try dekat Artisan Coffee dekat section 13 and also at Thirdwave located at Bangsar South. Tapi before bende tu happens, aku rasa biarlah kafein dalam badan ni turun ke tahap optimize dulu, mau gila immune badan aku x lut lagi dengan coffee lagi lepas nie wehhh kalau nak stay up. Ahhaahhaa

p/s apart from those kopi memahal tu, I still into this tinned coffee call Nescafe Mocha. Still my partner kalau nak type minit tetengah malam and always be my secondself bila nak buat teman study atau layan muvie pepagi buta. But after all, x salah rasanya nak treat diri sendiri something good, something nice, something heaven. :)

Feb 23, 2014

Kota Belud, Sabah

Assalamualaikum.

Up entry pasal pegi Sabah haritu, pegi under projek kolej. Program Anak Angkat. Last time pegi Langkawi. Dalam pada tengah menaip nie, kepala aku ligat berfikir cemana aku nak sumbat cerita 5 hari kat sana dalam satu entri. Mungkin patut buat 2 entri. Mungkinnnnn.

21-25 Januari 2014
9th- LCCT- KK- Kota Belud - KK- LCCT- 9th

LCCT


21 Jan 2014, Isnin
Pagi dalam pukul 8 camtu dah gerak pi LCCT, and since kitorang ber enam puluh tak dapat satu flight and telah dipecahkan kepada 5-6 trips so, nak tak nak kene gerak sekali lah semua walaupun flight paling last skali tu pukul 1. As for me, flight pukul 11, and sampai sana plus minus pukul 2 lah jugak. tapi sebab tunggu yang lain sampai airport, adelah dalam pukul 4 jugak gerak dari sana pegi Kota Belud. yang amek masa 3jam++ sebab hujan plus jalan jam. Tau2x, kitorang sampai Kg Kuala Abai tu dalam pukul 9 something lah jugak, hujan lebat. so ade pembahagian anak angkat, cot cet mengumpat apa semua lepas tu balik lah rumah masing2x. Rumah aku dekat nak mampuihh dari asrama tu,, so xde hal sangat lah.

Bawah: Le familia angkatoss

Adik beradik angkat aku: Wan, Kak Anoi tapi disebabkan rumah kitorang kosong n besar, anak2x angkat cg Sharifah tido skali ngan kitorang, so macam, kitorang nie ade 6 adik bradik,2 mak. hehhehe. another plus 3 are Mei, Lubna and Jannah.
Tamat cerita hari 1st. nanti aku tepek ahh gambar yang menimbun tuuu.

22 Jan 2014

Hujan all the time

Yang nie kalau ikut perancangan nyewhh, nak buat lah jungle trekking lah ape lahh ntah,, skali tup tup, hujan dari subuh x berenti. Alih alih, kitorang dok lah tercongok dekat dewan makan tu buat mural dari pagi jejak nak isyak. Al-maklumlah sana kan cepat satu jam, badan nie haa automatik jadik lembik. 2 part mural, satu kat dewan makan, satu kat sekolah. Aku kat dewan makan, yang bela pagi tu, aku x buat ape selain bergambar x sudah, tp yg belah petang tu gua aktif ohkeyyyy. Translate doa makan versi bahasa melayu, potong polistrin and tampal, keje aku lekatkan doubletape kat belakang huruf. Bende nie nampak simple tapi yang buat haru is alat pemotong tu ade 2, setengah jalan, satu dawai putus, buat2x lagi sampai battery nyawa-nyawa ikan, dengan battery xde spare nya. Hailaaa. So, satu hari nie habis kat situ je, maghrib kat rumah.

Summarize 2nd day

Sampai je rumah, Mei bagitau yang kitorang kene masak makan malam. perghh perghhh, semua aktiviti memasak tu, kitorang bagi Kak Anoi yang buat, die pakar. meh meh mehhh. Kitorang yang lain, dok memain dengan dayah n Ain. So lepas bertekak pelbagai cara masak masing-masing, kitorang decide just buat ayam goreng kari. Padu bebbbb, paaaaaaduuuu air tangan Kak Anoi. perghh perghhh. Lepas tu, lepak2x kejap, borak-borak bagai, kitorang pon tido.

23 Jan 2014

Kundasang etc etc etc

3rd day, ayuh melawat Kundasang etc etc etc,, perjalanan amek masa 2jam plus plus, tolak tepi cerita pelbagai masalah, nie nak ceritak pasal orang-orang yang dalam van tu. Pagi2x masa tunggu sema orang sampai, tup tup tengok Syikin dah ade dalam van, so, aku, syaza, pah cecepat masuk dalam van tu. dan disebabkan syikin seadik beradik angkat dengan kak wanee, so geng-geng JTK pon dalam tuu jugak. Hehehee, so melawat lah these few tempat, Ladang lembu New Zealand, Kolam Air Panas, Gunung Kinabalu, lagi pebenda ntahhh. xingatttt Yang Gunung Kinabalu tu macam ralat sikit, sebab kabus dah tebal, so x nampak dahhh.
so, malam tu, ade lah motivasi kat sekolah, tapi nak dijadikan cerita, satu Kota Belud blackout wehhhh, bagi motivasi pon dalam lilin jee.

slot motivasi

Masa lunch,kitorang pi KFC so ade sorang cashier sana kulit putih mulus gila, nama Aminuddin. Punya geram tengok dia, sampai bagitau yang satu van tu, describe dengan penuh keikhlasan lah katekowwww.. endup, kitorang namakan van kitorang tu, Team Aminuddin. Tetibe terapat dengan akak2x tu semua yang mana semua tu, PM aku dulu. Hikss. Team Aminuddin selfie di mana sahaja. Teruk nak mampuihhhh.

24 Jan 2014

Majlis penutup

Pagi ada slot perasmian penutup, dalam pukul 11 camtu, semua gerak pi Rumah Terbalik n KK. Yang nie lagi x semenggah cerita dia. Sebab semalam tu TA dah officially terbentuk, hari ni nak jugak orang yang sama je dalam van tu, dan pihak pengurusan wajibkan ade sorang AJK, and kitorg dapt tau dak Shafiq, budak EE 1st year nie AJK, apa lagi, masuk je dalam van, pakat2x jerit panggil namapa dia bila nampak je dia keluar siap salin baju. Teruk teruk.

Dan Team Aminuddin nie akan selfie dimana saja tak kira henfon siapa.

Superbly awesome people stand by name Team Aminuddin. Pah!!!

Malam tu, kitorang turun kat Petronas sebab family Ibu ada buat majlis hari jadi. Bapak aihh, meriah nak matiii. Raikan budak 11 tahun je ponn, tapiii die punya sambutan, perghh perghh. Ade banyak jugak lah tarian yang kitorang buat. Badan aku yang keras nie, terlembut lah sikit malam tuuu. Ahhhahaha.

25 Jan 2014

meet my buddy bawah, Syarah Husna. Pantai Rang Bulan
Cuaca baru cantik, Alhamdulillah. Ibu bawak kitorang pegi Pantai Rang Bulan. Al-maklumlah, pantai Sabah kan cantik2x, mau ralat 7 keturunan pegi Sabah tapi x pegi pantai. Sarapan kat sana. Lubna deal dengan Nomi, kitorang pi KK dengan parents angkat kitorang sebab dorang nak bawak kitorang pi some places duluuuuu.heheheh. so otw balik tu, kitorang singgah UMS. Sumpah UMS ohsemmm, kalau stress2x boleh hadap laut cantikkkkkkkk,  makan kelapa puding, kelapa bakar, rumah orang kawen, bukit bendera and lastly, pantai Tanjung Aru. And paling best, bapak lalu kawasan yang boleh nampak Karambunai sipi2x,, cantekkkkkk.
closing

Aku tak join penutup official, sebab ibu ayah nak bawak kami jenjalan laaaagiiii. ahhahhaaa


Team Aminudding conquet Tg Aru.

Flight balik aku pukul 6, salam2x ape bagai semua kat airport dulu, sedih sebak semua adaaaa. sobs sobss. Then balik KL. Thats it ceritaaaa.

Best walaupun cuaca x berapa cantek but still besttttt.. hehhehee. I'll definitely come back here one dayyy.
Tak payah sampai 2 entry, korang hadap lah entry penuh tulisan n gambar nihh, aku nie bukan rajin nak tulis panjang2x banyak2x. hmmmm

and this quote by Syaza, " Sama-samalah kita penat layan kerenah masing-masing sampai grad"
The macam biasa : Syikin, Syaza and me


p/s: Result dah kluar and Alhamdulillah. Yang pasti aku x dapat dekan lah tapiiiii hehehehhehee. Cherrraaaa. :)

pss: Kan aku dah cakap, aku nie pemalas dok peram entry lama2x.. baru nie haa berkesempatan aku nak upload gambau and up entry.. heheehe.. Mungkin sem nie patut rancang baaanyakk lagi trip kemana sahajaaaaa.. hahhahaha. and last but not least, gamba owner. Kahkahkahhhhhh