x0x0

Jun 27, 2013

Pengalaman: Padang Merbok #Blackout505

Assalamualaikum

me, syafiq, akmal, anis, shiks

Its 3am 26/6 and I'm actually, konon2x take a rest lah dari mentelaah Analog. Konon nyaaa. So regarding the sneek peek bawah nieee.. HEHEHEHE

So the story started when, err ntah aku tak tau lah sapa yang usulkan but as for me earlier, memang xde niat, x berminat langsung nak pergi atas beberapa sebab yang kukuh. No, jerebu bukan faktornya. YESS, malas itu faktor utama. MALAS untuk semuanya. Dah laa sesak nanti, nak jalan jauh, panas-panas,, gila ke ape, aku manusia kot, plus aku xde lah taksub kat satu2x parti, tak macam ada segelintir orang. Among friends?? Ntah, ade lah tu kot, kalau dah setiap tweet aku pasal event pembangkang nie, die dok emosi semacam, ye lah tu kot.. Lantak pi lah.


So, masa baru je nak lunch, Akmal BBM,, ajak pegi, Syafiq BBM jugak kata akmal beriya2x nak pegi. Yang paling aku pellik, Akmal nie dah laa stok2x penyokong parti yang satu lagi tu,, tapi ntah kenapa die yang beriya gegila,, padahal kitorg yang sepatutnya bersungguh2x nie lek je x amek port. Siap tolong carikkan mask lagi. Ini dia contoh orang yang bijak menilai. Pegi sana atas dasar ilmu + pengalaman. Tak macam kau, jadik keyboard warrior, makin hamun, jadik talam bermuka-muka, twitter cakap lain, tempat lain cakap lain. Cehhh.

Back to the story, so dengan short notice, Syafiq, Akmal, Aku, Shiks, Anis pegilah tempat yang dikatakan padang merbok and Syafiq as penunjuk jalan. Niat asal nak join crowd depan UM je sebab ada Adam Adli tu woiii. Aku tertarik kat die since die punya kes yang first duluu. Ahhahaha,, tapi dah lambat sangat, gerak naik moto je lah terus.. Sampai sana crowd dah ramai,, macam2x orang macam2x ragam.

Ada a group of people bawal a super large bendera PAS, ramai kot yang bawak. Memang cun. Then crowd dari mane ntah tak ingat sebab ade 7 checkpoint bawak banner panjang gilos,, aku x berapa nampak die tulis ape since aku dah duduk time tu,, err quite depan lah jugak. Tolak tepi cerita dapat salam+bergambar dengan Azmin Ali ehh.. Yang lelaki je salam. Azmin Ali siap wish gud luck kat Syafiq on the upcoming exam and after he knows that kitorang from UM and dalam minggu exam words yang keluar dari mulut dia, " Berani ehhh." ahahahha.
Them with Azmin Ali
So the talks going on and on,, Separuh jalan, then Mat Sabu pulak lalu betul2x kat tempat kitorang duduk, yang Syafiq nie terus gagap nak sebut nama dia, excited and nervous mungkin,, yang si Akmal nie, orang lain dok sibuk2x nak salam Mat Sabu, die pulak pegi salam bodyguard Mat Sabu tu.. Haiishhh mende lahhh kengkawang aku nie. Nampak Nurul Izzah, cantikk,, bila dia berucap, bapak berkaliber gila. The way she spoke, the way dia dengan crowd, suara yg jelas, and very berilmu lah yang disampaikan tu. Aku takmau pulak tulis ape die cakap, nanti kene judge, korang kan suka judge orang, berbeza sikit je pandangan dah kene judge, nak pandangan kau je diterima, anggap yang lain tu semua salah. Pehh celaka.

Yang 4 malaun nie, dah tau nak pergi bertapa kat sini, masing2x boleh pakat tak makan tengah hari pulak, pastu merengek2x lapar, hahhaa, memang tak lah kann,, tunggu Anwar habis berucap baru gerak. what the purpose kat pegi sana dari kol 3 tapi kau x tunggu sampai Anwar,, rugi minyak moto je lahh camtu. Masa tengah2x sape ntah berucap, ade aktivis nie pasang khemah, tak banyak dalam 2-3 je, sekali tu DBKL datang buat kacau, waktu tu crowd memang cuak gila lah, ada yang cabut,, aku kat depan so tak pasti apa yang berlaku. Padahal sebelum tu aman je,, polis pun okay je. Tolak tepi 7 orang polis yg terpacak kat bangunan PDRM, tak silap Bukit Aman kot.. nie tak berapa pasti lah.. Dak Akmal punya cuak bila aku dengan Syafiq usik kata polis2x tu semua ade sniper nak shoot sensorang. Ahhahahhaa
:)
Lepas DBKL buat kacau, diorang nie pon xmau kalah, ade 2 kotak khemah diedarkan kan, dan di pasang tengah2x crowd. Hamek kau, elok2x je 2-3 khemah yang diorang pasang, lepas tu, 2 kotak terus jadi nya. Bak kata Syafiq pon, " comel je orang2x yang pasang khemah nie." Dan yag paling untung aku rasa those peniaga2x air that day.. Untung besar tu, jual air minuman, aku ulang ehh AIR MINUMAN bukan MINERAL yang kau boleh dapat, x cecah singgit pon kalau kat kedai, dorang jual sampai RM2 sebotol,, gila untung diorang. Kalau setiap minggu ada rally macam nie, sapa kata kedai rugi? kaya woo orang.

Thats it, aku punya pengalaman yang aku tak tau kau akan dapat or not. By next 5 years ntah ade lagi ke tidak situasi macam nie, bila peluang ada depan mata, kau rebut, bukan aku palau sangat pun nak participate dalam bende tu but thats pengalaman kot. Dari kau, dok tanye, ape benefits dok tengah padang tu selain dapat panas penat and all,,Lah, yang dok situ bukan kau, aku. Badan aku. Kau tak nak kau dok dendiam lah jangan menyalak tak tentu pasal, lepas tu esok hari, kau bukak lah paper tengok  ape dorang kutuk, lepas tu, sebab kau takde kat situ kau dengan bangang nyer percaya. Thats it the circle of stupidity goes around until no end. Tapi kalau kau nak amek tu as nak tambah pengalaman, as nak tambah point cerita, why not. Kau tak suka dengar diorang berucap tu, tak payah laa dengar, banyak je lagi nilai2x murni yang kau boleh amek dari situ. Aku pon bukan nyer dengar pon ape dorang cakap tu, lebih kepada melilau tengok keadaan, tengok cara diorang bercakap, sifat diorang, WOI BANYAK SANGATLAH KALAU NAK CERITA.

Orang Asli dari Perak yg dinafikan hak mengundi masa PRU 13
I know ada kengkawan aku mostly I guess, majority mungkin yang berbeza pandangan dengan aku, but that doesn't mean yang korang boleh sesuka hati kutuk maki and stuffs lah, I do respect your pandangan, aku tak pernah nak kata korang salah, aku betul or maki hamun segala kau punya pandangan sebab kau-aku manusia.  Ada ideologi tersendiri, bukan robot yang dah di programkan sifatnya. Tapi korang, "Apa ke BODOHnya orang2x yang berhimpun tu, menyesakkan jalan macam sial je menyusahkan orang blablabla" and all. Nak tanya lah, awak ade kat situ tengok semua? Ikut cakap suratkhabar, kalau 2013 dan masih lagi dok bengap percaya berita yang bias, *tak merujuk mana2x media, tapi kalau ade yg terlintas kat fikiran korang tu nak buat macam mana*  tu buat2x lah beristighfar, nanti jatuh fitnah, jenuh pulak nak carik orang nak mintak maaf. Kadang2x korang tweet benda2x yang tak fikir perasaan orang with some of caci maki yang superbly kaw-kaw punyalah sehingga buat aku fikir, "Kau perempuan jenis apa." and some of your tweets kadang2x memang bersifat menyindir, tapi bukan menyindir yang orang boleh terima, menyindir dengan menyebabkan orang lain sakit hati, berdendam.  Aku kenal maki gurau dengan maki yang dimaksudkan. 19 tahun duduk Melaka, aku masak habis dengan tu semua. Just because you on one strong side and me on the other, akan buat kau boleh tweet sesuka hati, cakap sesuka hati macam kau je betul without even care perasaan orang. Kang aku tegur, habis segala hadis kau curah ke aku, aku bukan tak boleh balas, aku malas je nak layan, kang aku bagi kang, kau terkejut, You don't know me that well. Jangan sebab perwatakan kasar, perangai acuh tak acuh, korang judge aku macam orang xde iman, xde agama macam tu. Ahhahahhaa. Silap besar. :)

Oh yee,, dari kau dok saja2x kat rumah xde keje, apa lah kata gi bukak sidang parlimen sekarang. Tengok apa jadi lepas PRU, parlimen baru, isu baru. Isu racist is so Yesterday abiang-abiang kakiaq-kakiaqq.. C'mon isu baru pleaseee.. Next 5 years, masing2x dah boleh mengundi, jangan sampai undi kita dipertikaikan di akhirat.

Haters gonna hate. cheerioss
p/s: PRU memang dah habis but that doesn't mean yg politik Malaysia nie habis  kat situ. Jangan 5 tahun lagi barulah dapat dengar semula suara kau yang loud gila masa PRU 13 nie. Itu gampang namanya. Take u in advance 15 years later, where u have your own children, what kind of future Malaysia you want your kids have? Corruption? If yes, then, you'll stop now. As for me, we are not in the same ship.

Jun 24, 2013

Padang Merbok #PdgMerbok622

Assalamualaikum

Nah sneek peek dulu :)
Sdang busy exam.


Jun 20, 2013

Happy Birthday Syaza Razali

Assalamualaikum

Paper habis 1030 terus shoot pegi Mid tengok Now You See Me. Well, one word about that movie "OHHHHSEMMM"

Partners in Crime: As, me, Azie and Syikin
#Flashback.
Few days before, ade borak-borak dengan Syikin and asked her about birthday Syaza. Nak buat kat mana and stuff sebab Syaza sekarang banyak menghabiskan masa kat Damansara instead of kat kolej.

So, pernah terkeluar usul kat Syikin,, susah2x sangat if tak pasti by that time (her birthday) dia ade kat mana,, sambut je kat Damansara tuuu.. And Syikin pon buat confirmation dengan As,, and yess benda tu menjadi, ke Damansara we go.. weeeee weeeee

Petang tu, got text message dari Syikin,, sebenarnya, baca masa betul2x baru bangun tido, so sumpah x boleh brain ape die cakap dan x boleh relate langsung,, dan sampai satu tahap tu, langsung x ingat sapa Syikin. *padah tido lepas Asar*


That night, 2330, setelah berpakat dengan mak Syaza,, muehehehee,, terus pegi amek kek kat rumah makcik As and terus ke Damansara, belon kat tangan aku, kek kat tangan Azie dan the word Happy Birthday kat tangan Syikin and As. ohh itu aku tolak tepi cerita orang sekeliling yang pandang kitorang dengan penuh pelik dan cerita Azie punya perlakuan yang mencurigakan, serta cerita macam mana As dengan tabah masuk King's sec 14 nak beli lilin kononnya but endup dapat lilin free.. hehehe

Sampai kat atas, aku tengok mak Syaza dah jengah2x tunggu kitorang,, ini lari dari topik, but seriusly, I thought that was her sister, muda yawww..
Azie pulak dengan langkah paling sopan sebab nak jaga api lilin jangan bagi padam. Macam kelakar tengok Azie ayu macam tu,, so masing2x masuk that bilik and Azie terus pegi jumpe Syaza sambil nyanyi, diikuti dengan aku, Syikin dan As..

Aku syak Syaza mungkin nangis terharu.. muehehehe.. dan her muka looks priceless macam ' ehh aku mimpi ke." atau macam " macam mana budak2x nie ade kat sini." atau " siapa dorang nie." hahhaa. dan kami nyanyi 2 version lagu dan disertai dengan sesi bergambar sampai lilin cair sehabisnya. ehh, tak habis, tinggal ciput jee... Then diikuti makan makanan yang ada.. *As makan 3 creampuff,, aku half pun x boleh dahhhhh. Dasyat budak tu.*

Dan terus melepak sampai pukul 3 pagi sambil segala hikayat maling demang pon dibukak sebelum masing2x mengadu kelaparan dan bertapa kat Restoren Mohsin kat TTDI sampai pukul almost 4. Shoot balik kolej.

As for you Syaza Razali,

Sannah Helwah.
Selamat menjejak umur 20.
Be a nice daughter, sister, friend, wife (future) and mom (future).
Be a great Muslimah too FTW.
May Allah Bless.

Thanks for being a great, super great ;  friend, mom,tukang beri nasihat, tukang ingat, tukang tegur, tukang dengar cerita, pembantu mencari maklumat, tukang tolong mimpikan crush, peneman makan, tukang bahan dan yang paling best tukang ketam lengan without care either aku baru lepas injection or not. Yes, lebam. hak.....hak.....hak.... [inner joke between us (: ]
I love youuuuu.. :*

xoxo
Nuur Syafiqah Wahid

Ze Birthday Girl.
Syazazu: Kitorang kenal last sem sebab terlibat in the same group for TITAS's project and stick until today. Yeahhh.. WINNNN. (:


Jun 17, 2013

Productive Monday

Assalamualaikum,

Haa amek kau,, melampau2x aku update blog. satu hari satu entry, hahahhaa lewlss pikah,, lewlss.. So today, productive sangat sebab dapat bangun awal then shoot pegi Digital Mall nak carik battery untuk cik blackberry kesayangan,, ohh aku bagi nama dia STYLER sebab sukati aku lahhh.. Lepas dah melayang RM 100 aku, pegi merewang2x kat area seksyen 14 tu carik kedai makan yang boleh mengenyangkan perut sehingga makan malam and yeahhhh I found one.. *clap-clap*

Tak cukup disitu, lepas Zohor, aku berjaya membasuh baju yang telah diasing2xkan baju dan tudung sebanyak 2 baldi okayhhh. Berpeluh2x mengalahkan aku tengah angkat batu nak buat jambatan besi.. * gampang sangat hiperbola aku.* Tak habis disitu hari2x aku, pakat timing tido petang yang memang aku dah setting dari sekolah menengah lagi, tak kira pukul berapa tido, tetap akan tersedar 1830,, tapi hari nie,, right before azan Asar dah bangun.. Hebatt kau Nuur.

Lepas Asar, mereka ajak keluar bilik, beriadah kata nya,, niat utama nak main tuju selipar, tu niat utama, sekali tu, terus ke gym 9th seterusnya ke parking motor dan seterusnya meneruskan perjalanan masuk kampus. And yess, me and Syikinoo sangat malas kasut sukan, we just pakai flipper yang cool tuu.

Heading tu FSSS dan bermain permainan kanak2x, Galah Panjang dengan Cop Tiang. Nak main ting2x tapi x sempat.. hmmm sad. But yeah, we enjoyed all those things we did. :)

Me, Syikin, Shiks, Mimie, Hajar,Shamer, Su





Very like this picture maa. (:
I'm glad, I met them in this journey. :)

Jun 16, 2013

LazyDay Sunday

picture taken: KLIA Transit, BTS.
' What kind of perspective that YOU use to see others? In a good way or vice versa, no matter what, thats actually will define some part of YOU plus your level of maturity. " :)


Cheerios, got exam but got no mood.

Jun 15, 2013

14 Jun 2013

Assalamualaikum.

Give me one good strong reason to hate this date? Well, apart from budak2x EE dapat soalan EC sebijik macam revision,, ermm tu x strong enough kot compare to what this day gave me. :)

Masa sekolah dulu, aku and a few member percaya, dalam setahun akan ada hari yang kitorang panggil 'Hari Suwey' dimana hari nie seperti xde benda yang baik berlaku kat diri kau, dari pagi sampai malam. Well,, aku dah lalui dah. Then kat matrix, still percaya cuma beza, hari2x kat matrix sangat calm. So ke-suwey-an tu mungkin x terasa.

Life kat Uni pulak macam dah tempah tiket " U got no life after u register with US"- engine fac. Hari2x kat sini macam moderate je, atau mungkin dah terlampau heartless yang terpaksa dicari untuk membantu diri ini melalui hari2x kat sini. But then, right before I wrap my first year of Engineering student, well rasanya quite a lot yang dari dalam list dah boleh pangkah.

Tapii,, nie cerita sebaliknya, bukan hari suwey,, tapi hari Indah. sangat indah.

By The Way, semalam (14 Jun 2013) my third day of exam but my first day in the  real battle. Subject faculty. Semalam macam double date dengan number, huruf dan litar serentak. Electric Circuit dan Calculus. EC paper 830 pagi while calculus 1530 petang. I wore baju muslimah yang kaler pink with tudung kaler light pink. tudung bawal of koz.. Pagi tu, masing2x buat hal, so gerak pegi exam hall lambat. Sampai sana, naik ikut tepi dewan sebab nak tanye a few questions right before masuk exam. Well, sampai atas, pheww,, lautan manusia.. kena langkah2x untuk pegi kat port KET, dalam melangkah2x tu ake senyum2x sebab dah lambat sangat.. HEHEHE.

So masa jawab paper EC, si empunya senyuman umpama pencuri hati kelas pertama tu ada dalam exam hall yang sama and major win, seat die ngan aku berdepan.. HAHHAA,, penguat semangat jawab exam.

Tapi xde kuat semangat mane lah, sebab paper macam haram.. habis paper aku mencarut jugak. hahahaa :)

Sebenarnya tu hanya cerita di sebelah pagi. ada lagi cerita di sebelah petang dan malam. tapi biarlah. The rest is history. a great history of mine. :)

Nah tepek gambar dalam exam hall masa hari rabu.
Tolong doakan for the upcoming 2 more papers; Analog Communications & Radio Receiver System dan Data Structure.
Syaza Razali, Asykin Rahman and Nuur Syafiqah

Jun 11, 2013

Random

Assalamualaikum

Usha blog, last entry pasal projek APK yang dah officially tammat 2 minggu lepas. Alhamdulillah. To be random as the tajuk, masa minggu jualan untuk APK tu, sangat seronok sebab coursemates havoc giloss,, laluan biomed pon meriah,, at least nampak lah berpenghuni sikit fakulti aku tu, kalau tak,, kat kafe je lah yang nampak bernyawa. Minggu ke 12 aritu, almost semua group buat jualan diorang, so, di mana-mana, di sana-sini sekitar fac tu terasa macam kat shopping mall, ade je promoter yang asik2x je promote barang. weeeee weeee.. Bonding among coursemates pun macam lebih rapat. In summarize, nah tepek satu gambar..

Button On and Thirsty  's crews

And another random thing nak cerita, last week (7-9 Jun ) orang lain tengah sibuk2x blaja sebab dah hujung2x study week kan, aku dengan rilek lepas last kelas EC, suruh Su hantar pegi LRT U, singgah KL Sentral, grab KLIA Transit pastu turun kat BTS then cross pegi TBS then beratur cari tiket bas Metro balik Melaka.. HAHHAHAHHAHHA, gua memang hampeh minggu lepas, bawak balik beg kelas semata, berbekalkan notes calculus je. wkwkwkw..

Should be, nak tengok KIL dengan Shasha, tapi Shasha kene grounded dengan ayah die, sooo,, nayyyy!! pastu pakat dengan Along, nak gi tengok KIL jugak,, tapi last2x cancel sebab Along demam.. Pastu begging Abang suruh hantar sebab nak gi tengok KIL, tapi abang malas... Kenapa aku x gi sendiri?? setakat bawak kete dalam Jasin, aku beranilah,, ni Melaka. dengan Manual + x berapa nak cekap,, xmau aku.. Lastly, gune kuasa memujuk maxima+ offer belanja tiket+ offer gune kereta aku,, at last, Along deal.

Masa kat rumah, aktiviti punya galak, abaikan hari Jumaat sebab sampai rumah tengah malam. Pagi Sabtu, mak dah ajak buat cupcakes,, then ayah balik pasar bawak ketam, kerang, ikan pari,, so lunch kami dengan Ketam Masak Lemak Cili Api, Kerang Rebus, Ikan pari kukus + Cencaru goreng Kelapa + Kangkung Goreng... Heaven wehhhhh. Petang tu, aku gi buat rajin, pasang alat sauna,, masuk sauna seround. Siap je bersauna, dak Jieya balik bawak cendol gula melaka yg ade kat pasar malam Jasin tu.. Indahhhh,, After asar semua, prepare makanan untuk minum petang, mak teringin makan pizza,, so, 3 pizza kitorang buat. Malam?? gi tengok KIL. Ahad, balik UM cam biasa. :)

Oh yee,, starting semalam 10.6 sebenarnya dah start exam sampai 27.6 padahal ade 6 papers je.. so, doakan lah yang terbaik untuk diri ini ye. :)


Memory :)