x0x0

Apr 15, 2021

ZOO MELAKA

 Assalamualaikum

Tahun 2021 aku berazam sama jugak macam tahun sebelum sebelum ni, nak bagi perhatian lebih dekat  blog ni, sesaja nak buat kenangan.

So last weekend, ,aku decide nak pegi zoo melaka atas sebab utama sebenarnya nak bagi dak seth tengok binatang in real life, asyik manjang tengok dalam buku, sampai bila nak pandai. Hahahhahahhaa

3 Perenggan atas ni aku stop tulis and lepas sebulan baru aku sambung. Kah kah kah. Anywayyyyyyyyyyyyyy, few things yang korang perlu tau pasal zoo melaka adalah, dia wayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy better than zoo negara. Ok now harga tiket. ni aku amik directly from zoo melaka punya website,boleh pegi usha.Tapi aku bagitau awal-awal, website dia buruk.

BTW ,aku ada masalah pasal gambar ni, sebab dia x centre. so aku geram dengan designer website dia yang bongok tak reti double check keje bagi helok ke,budak intern ke ape yang buat natang ni. 

Untuk anak melaka, means untuk IC 04. dapat 10% off kalau beli kat kaunter. tapi kalau beli online akan dapat 30% off. Tak kira lah IC tengah kau apa. And tiket tram ada gak,kau kena beli kat kaunter, aku xnak naik tram sebab nak suruh anak aku berlari dalam tu.

Zoo Melaka got new attraction centre, Dinosaur Land or whatever the name. Masuk masuk je before kau penat jalan,kau dah jumpa dah tempat ni. Aku tak sure whether dia akan ada extra tiket masuk in the future or not tp setakat haritu aku pegi takde extra charge. Korang tau macam kes panda dekat zoo negara tu kalau kau nak tengok 2 ekor makhluk tu kau kena bayar extra. Its nice , besar, tp dino dia mungkin life size bukan kecik kecik dia buat. Dia ada bridge untuk jalan, long story short, dia besar and puas gak nak hambat anak aku.



Most of the pitstop haiwan memang ada sediakan makanan for free utk bagi dekat haiwan haiwan. So boleh je bagi tapi ada certain haiwan yang kau kena beli. Macam gajah, rabbit, dekat kuda ni kalau nak naik dia kena bayar gak. RM 10 dewasa,RM5 budak untuk satu round xsilap. Bagi aku macam tak worth it tapi sebab nak bagi experience je dekat dak seth sooooooooooooooooooooooooo bayar je lah.





Masa aku pegi, rumah reptiles tutup so aku frust sebab well tu part paling best kalau pegi any zoo/safari. So anyway, basically, secara overall zoo melaka is in perfect size if u have kids around 2 years old untuk biar diorang get around,lari-lari. But make sure bawak babysitter yang fit untuk kejar, macam aku, aku angkut dak jihah, dia ni kena tinggal laki dia gi keje,bawak pi zoo, hambat dak seth.

Seth pegi ni dia cranky sikit malas berjalan, dia buat lembik badan dia tak nak jalan mintak kena dukung. Puas gak lah nak dukung dia,  berat dia dah lebih seguni beras kau rasa cemana. At least aku ada extra set of hand utk tolong angkat dia. Lewls. 

Ohhhohhh, and make sureeeeeeeeeeee, bawak airrrrrrrr!!!!!!!! and and  if korang tengah planning your vacation, this whole zoo tour with 1 kid could takes up to 2-3 hours max. 

So thats it. Tamat 1 entry.
Semoga pikah itiqamah tulis blog atleast once a month. AT leasttttttttttttttttttttttttttt!!!!! kbai


Sep 25, 2020

TYAX DEODORANT: BFF KETYAX ANDA!!

 Assalamualaikum

Jujur aku kata aku bukan lah jenis manusia yang ada masalah bau badan,berpeluh pon kurang, so aku x amik port pasal deodorant. Bagi aku deodorant ni macam buat syarat je, just in case on that day, tetiba badan kau decides untuk merembeskan peluh yang banyak, tapi most of the time dia just one of the thing yg kau kena pakai walaupun xde function.

Aku personally prefer stick deodorant sebab dia cepat kering compared tu roll on, while yg dalam tin tu pulak tak best sebab takut salah aim. Yang paling penting, bau mesti wangi. Hahahaha, biasanya tempoh wangi tu tahan kat badan aku ni dalam 1/2 hari je,.4 hours top. Lepastu bau wangi xde. Tapi macam aku cakap tadi, no hal. Bukan isu.

Baru-baru ni aku try pakai TYAX Deodorant. Makaihhhhhhh wangi dia tahan betul sampai malam. Kalau pakai pukul 8pagi nak gi keja tu, balik petang kau sedut arah ketiak tu,masih lagi bau popcorn. Padu beb. Hahahhahahhahahha 

TYAX ada 2 scents, Vanilla and Berry. Personal favourite aku is vanilla. Bau diaa fuhhh. Kalau laki aku, dia jenis kuat berpeluh, so kalau dia pakai, dah petang 2x tu kekadang aku kene buat test bau nak uji level tahan deodorant ni padu tak, alhamdulillah, setakat harini, tidak menghampakan. PS,aku bukan bini yg suka bau ketiak lelaki okayyyyyy!!!

Kebaikan paling nyata pasal deodorant ni adalah,aku boleh kongsi dengan laki aku, so bila travel, kitorang just bawak satu je. senang dan jimat space, 

Team TYAX masa RnD produk ni,diorang kumpulkan rider rider food delivery, freelance photographer and suri rumah untuk jadi kajian awal. Orang-orang yang buat banyak keje and dok bawah terik. Feedback dari diorang sangat memberansangkan. Boleh tengok kat SINI untuk review diorang. 

Yang kat bawah  ni basically apa yang korang perlu tau lah kalau nak beli TYAX. Kebaikan dan kelebihan dia. Ada banyak lagi sebenarnya. Main ingredient untuk TYAX adalah Natural Mineral Salt ( TAWAS) yang terbukti berkesan untuk kurangkan bau badan.




Anyway, korang boleh beli TYAX kat SHOPEE diorang untuk lebih mudah. Baca lah review kat shopee kalau kau rasa ya tak yeee je apa yang aku tulis ni. Andonce dah beli tu, jangan lupa join contest untuk menang lucky draw. Amik gambar lawa-lawa,tag kat IG diorang, and submit entry!!


Adios


Sep 18, 2020

REALITI MAJIKAN SEMASA PKP/MCO

 Assalamualaikum

5 bulan since last post dan masih juggling between nak jadi owner bisnes,isteri dan mak. Nak jadi sama rata ni susah betul. So on Mac 2020, Malaysia hadap MCO- Movement Control Order. So aku rasa nak share sikit pandangan aku tentang MCO ni. 

During 1st phase rasa macam biasa, everything is under control but, bila dah berlarut masuk bulan kedua, aku dah rasa gelisah. Masa ni Gov bagi banyak gila bantuan dan Alhamdulillah sangat. Tapi ada a few cerita x best, ni aku bagi pandangan dari sudut pandang seorang majikan okay. So kalau baca, ni kita kena matang lah utk terima pendapat okay.

Masa tu PM umum bagi bantuan kat individu and keluarga nilai dalam RM 500- RM1600 kount x silap aku, depends on kau punya kategori, then a few days after, ada seorang Entrepreneur bersuara yang government sepatutnya bantu SME gak. 

Masatu ramai gila marah dengan Vivy sebab kata dengki lah itu ini. Tapi waktu aku marah dengan orang yang marah Vivy sebab xnampak benda ni in another view.

Tindakan gov untuk tolong individu yg putus pendapatan tu memang sangat dialu alukan. Contoh macam pakcik jual goreng pisang tepi jalan, bila PKP, habis terus punca income dia. So orang-orang ni memang selayaknya dapat.

Tapi yang bising byk ni orang yg bekerja bawah company tak kira lah besar ke kecik, tanpa diorang sedar, if Company diorang shut down, habis terkapai-kapai hidup kau.

As majikan, masa PKP haritu, no business allowed unless kau essentials as in jual barang makanan, penjagaan diri etc etc, selain dari tu. Takde syarikat allowed untuk bukak. Kalau kau pandang dari sudut pekerja,memang seronok, Gov bagi cuti, hujung bulan dapat gaji tapi at the same time, company yang bayar gaji pekerja takde aliran duit masuk. 

Aku bagi contoh company aku,pekerja 7 orang.Overhead kos, dalam 20kplus minus. Bila aliran duit masuk xde, memang tempah lingkup lah jawabnya. Lepastu orang bising kata company kena ada 6months punya emergency kos. Yes betul, 6 bulan emergency kos memang ada,tp kena consider yang every month ada duit masuk. Ambik contoh syarikat yg nak tutup yg nak bayar pampasan etcetc tu, dia at least dah prepare, ni during MCO, tetiba dapat notis kena tutup company tp gaji jalan, huishhhhhh sakit woiiihh.

As pekerja kau kena amik dari sudut pandang majikan, let say kau seronok seronok cuti tp gaji jalan, bising confident company tak boleh buang kau sebab Gov said so but kalau company x boleh nak sustain kau, terpaksa jugak buang. So jadilah pekerja yg menjadi asset syarikat bukannya liabiliti. 

Lepas vivy bising dan kena hentam,then Gov bagi bantuan kepada SME, masa tu bersyukur sangat. Sebab aku boleh buang option buang staff. Sayang kot, dah train, tetiba nak buang. Kira bayangkan syarikat yg korang kerja tu macam payung, bawah payung tu ada berapa family yg bergantung hidup? Dan bayangkan tetiba payung tu tertutup dengan sendirinya, habis family bawah payung tu semua terkesan, then terksan kat ekonomi sebab bawah payung tadi ada beberapa family yg putus pendapatan. Something like that lah analogi dia,

Untuk sudut pandang aku as majikan worst cases aku memang terpaksa buang staff untuk maintain business. So aku memang marah masa org melenting tanpa look at bigger picture. Masa tu vivy kena label T20 yg x faham marhaen lah itu ini, but its not the case.

Pandemik ni memamg ajar aku banyak benda, boleh tengok sapa yg betul2x asset syarikat, sapa yg diperlukan dan patut dibuang. Which part of management sistem kena betulkan. Apa yang perlu upgrade and skill apa yang perlu tambah. And banyak lagiii sebenarnya. 

Orang kata bisnes ni normal ada pasang surut, InsyaAllah pandemik ni ajar aku banyak sangat benda, and will definitely come back stronger!!



Apr 2, 2020

Royal Widad, Residensi UTMKL

Assalamualaikum

Ni aku excited nak cerita, so masa ni aku pegi event Sifufbads gak, cam biasa kena cari hotel paling dekat dengan Venue sebab ada Seth, so senang nak ulang alik bagi susu kat dia.

Disebabkan hotel ni dalam bangunanand compund UTMKL,aku xde lah nak expect tinggi sangat. Bayar pon RM100/night. Event 3 hari full, so aku tempah 4-5 malam Yang ni aku tempah 3 bilik;

1 bilik staff (4 nights)
1 bilik aku (5 nights)
1 bilik adik aku (5nights)

Kenapa tempah macam tu,sebabnya event aku habis hari jumaat, aku assume malam. So nak tak nak, aku kena balik Seremban gak malam tu, sebab Sabtu pagi, aku ade flight gi Penang. Kira 2 bilik amik 5malam, tu sebab in case Kelas jumaat habis awal, aku still ada tempat nak lepak. Nak chil chill.

Bilik ni size hotel bajet biasa wehh tapi lengkap nak mampos, memang puas hatiiiiii sangat sangat. Kena selongkar galeri kotkot adaamik gambarjap,


Credit to:Google
Size bilik dia kecik je tapi lengkap wehhhhhh. Size macam hotel budget tapi rasa cam hotel mahal. Pantry dia tu siap ada mini fridge, ada hair dryer, Iron dalam bilik, bukan kongsi, Bilik mandi besar, Housekeeping datang setiap pagi tukar cadar kau.Memang puas hatilah, bayar RM100 je padahal.

Hotel ni kira bersambung dengan Mall, ye, utk pengetahuan kau, tempat ni kira dalam compound UTMKL, so dalam mall tu ada lah burger king, boling alley, 3budak gemok, subway, tealive. yada yada.

Kali ni aku angkut adik aku pulak. Aku mintak tolong,suruh dia amik cuti 4 hari tu wehhhhh untuk jaga Seth sebab, family syafiq xde, gi umrah.

Basically hotel ni aku concludekan sangat sangat berbaloi.
Sekian wassalam

Holiday Villa,Subang

Next,

Ada reason kenapa aku terpacak kat hotel tengah2x Subang ni, sebab nya adalah, aku ada event Sifufbads dekat sini haritu. Pasal program ni,nanti aku cerita.

So disebabkan event start pagi sampai malam, so aku decide utk stay 3hari 2 malam, ni semua sebab Seth. Aku angkut adik-adik syafiq untuk teman pegi sana sebab mintak tolong babysit Seth.

Holiday villa subang ni first impression, xdelah impress mana dia biasa-biasa je. Tapi aku kagum gila masuk bilik dia. Satu malam harga RM150 tak termasuk tax, lepastu masuk bilik dia besar woihhh.

Masatu aku dapat connecting room dengan bilik adik2x syafiq. Lagi senang keje kitorang, Takyah kejut Seth bangun, siap2x lepastu blah je terus.

Since aku ada kat sana 3 hari, so banyak lah boleh buat.

-Swimming pool ada
-Spa ada
-Boling Alley ada
-Kids room ada
-Gym

Banyak lagi lah. aku xdan nak try semua sebab jadual pack dari pagi. Aku rasa ni hotel 4 star. tpharga sangat berbaloi. Ohhhh tempah direct lagi murah dari tempah kat Agoda masa aku tempah haritu.

Kira ni basic hotel yang kau perlu expect bila pegi hotel star star ni.
Takde banyak nak bebel pon. Just nak bagitau tu je.

Apr 1, 2020

Lexis Hibiscus,Port Dickson

Ya Hello heloooooo,

So nak throwback cerita January,Baru ni haa ada masa, okay for the next few past aku macam nak buat free review untuk hotel2x yang ada cuz, In january-February, setiap minggu aku, aku x duduk rumah, aku either ada gathering/meeting/classes so aku hop in masuk hotel2x yang ada berdekatan venue aku. Ok done Intro.

LexisHibiscus, PD
Long story short, aku ngan syafiq plan untuk bawak whole family, both sides untuk staycation sempena birthday Seth. So lexis menjadi pilihan sebab dia dekat and fancy. HAHHAHAHHAHHAHAHHA. Tak, sebenarnya, aku xde plan nak buat party ke ape, so alang2x tu, aku justnak gather dengan both side punya family, later that week,aku buat doa selamat, hantar masjid je, sempena Seth setahun.

Here are few tips untuk korang yang baca and manfaatkan sebelum tempah kat LH ni so,

Pro
-Harga murah compared to Agoda and Booking.com . Make sure buat account ( well yang ni may vary ye, tp please buat comparison)
-Free sunset cruise, satu bilik dapat free 2 tiket beharga (RM55/pax)

Cons
-Kena pakai credit card.

  • Promo code
Sebelum bayar, pastikan google promo code. macam aku, dapat guna promocode maybank,so ade less extra 10%-15%. Semua mediumaku cari, google, FB, Twitter. Segalanya lah. Hahhahahhaha

  • Untuk kepuasan berganda, pleaseeeeeeeeeeeeeeeee tempah at least 2 malam. 
Kat sana banyak benda boleh buat, 1 malam memang tak puas. Lagi cun kalau dapat 2 malam. Fuhh. Korang check weh kat website dia. Tapi kalau takpon, kau ulang alik masuk kolam and sauna room pon dah heaven.Hahhahahha, tapi kalau kau tempah 1 malam je, please datang awal,check in awal sebab boleh bergonjeng dalam bilik lama sikit. Hahahhahaha

Masa aku haritu, kitorang check in pukul 430ptg, rupanya baru tahu, sunset cruise kena gather pukul 5ptg, sebab diorang bawak naik bas, pegi check point, bergelintau semua orang nak solat and nak berkumpul semula. Hahhahahhahahhahahhaa

  • Tahu lokasi bilik.
So, before kau tempah tu makesure kau tau location bilik kau dulu sebab LH ni ada banyak tempat. Aku memula pon xperasan, almaklumlah amik bilik paling murah, lepastu syafiq lah request nak bilik kat sana sini, pastu baru perasan, and tukar je terus.


A : Sky Pool Villa, Royal Suite
B : Executive Pool Villa
C : Premium Pool Villa 
D : Imperial Suite, Presidential Suite

Tapi kau kena ingat setiap location tu,kau kena pilih view pulakkkk,so contoh,macam aku, memula aku beli yg Executive tu,lepastu, syafiq dok search video kat youtube, then dia cakap, Dia xnak dok kat daun, ahh pulak, mana aku tau, yg akupilih tu kat mana, lepastu baca punya baca,ohhh memang kat daun. Hahhahahahhaa so aku call and upgrade pegi kat C tu.

Yang kat C plak, ada 3 jenis bilik, nampak pantai, nampak laut, atau yang biasa. Yang biasa tu,kau tengok kat petal tu, dia ada 2 layer, 1 belah luar, 1 belah dalam. So yang biasa tu,unit petal belah dalam. Kira kau dok dalam pool, boleh nampak pool orang depan. Hahhahhaa.
 
Recommendation aku, kalau kau dok satu family satu bilik, lek ahhh, tibai je yang ni. tapi kalau kau gi honeymoon, amiklah yg sea view. Romantik pon ye gak,privacy lagilah tinggi. 
  • Harga
Okay, harga dia bagi aku memang pricey, tapiiiii kalau kau ada occasion yang kau rasa worth untuk celebrate, why not. Memang puas hati aku kata kauuuuuu. Hahhahaha

So basically ni lah benda yg aku rasa korang kena aware before buat booking. Aku haritu pegi 13 Orang. So total 5bilik aku tempah. Each bilik ada 2 katil king.
  • 1 bilik utk Aku, Syafiq,Seth (2pax) (Seth x kira)
  • 1 bilik utk parents aku (2pax)
  • 1 bilik utk parents syafiq (3pax)
  • 1 bilik utk adik & makcik aku (2pax)
  • 1 bilik utk adik & makcik syafiq (3pax)
Bagi aku, kalau contoh korang nak buat staycation satu group letsay 6 orang. Harga 1 malam start RM640, so bahagi 6orang sorang RM100++ je, tapi each bilik compliment kupon breakfast utk 2orang je. So korang osom lah sapa yg nakgi makan kat hotel breakfast. Tapi bagi aku, breakfast dia cam kureeeeengggg, so macam tak ralat lah kalau tak makan.

Masa tempah bilik, memang aku declare sesiap, each bilik ada berapa orang, sbb nak dapat kupon breakfast. Kat sana tak puas lah sebab dok 1 malam je.. Nak puas hati memang kena 2 malam hoi. Hahhahahaha


So here is some of the picture of us. 24 jam yang sangat bermakna. 3 family kecik tapi 1 family besar.



Us

Qirin Qupqake: boleh cari kat IG, sedapppppppp.

Happy Birthday, MSH.
Dear my lovely MSH,
-Semoga jadi anak yang soleh.
-Semoga menjadi kebanggaan mama, ayah
-Semoga sentiasa mendapat perlindungan Allah.
-Semoga yang baik-baik sahaja datang dalam hidup awak.

Selamat 1 tahun
Amin, InsyaAllah

Mar 6, 2020

PERJALANAN ECZEMA SETH HAKIM

SELEPAS SETAHUN BERUSAHA CARI PENAWAR ECZEMA SETH, AKHIRNYA AKU NEKAD CUBA JALAN TERAKHIR. INI CERITA AKU...............
Harini rasa macam nak share pasal Eczema Seth, manatau kalau ada yang tengah hadap situasi macam ni, at least boleh share pengalaman.
#Disclaimer: Post ni panjang Berjela. Sediakan kopi dulu.
1 month
Seth lahir, kulit memang cantik, tapi lepas 3 minggu dia start naik bintik-bintik, biasalah, mesti cari google dulu papehal, Dr carik lain hari. Hahhahaha . Banyak gila artikel dah baca, so aku concludekan Seth kena tu adalah RUAM SUSU
RUAM SUSU
Banyak gila orang share dengan aku cara nak hilangkan ruam susu ni, banyak lah yg aku try tp ade je yg tak try sebab mcm tak logik antara dia
- Sapu air liur pagi bangun tido si ibu, dekat tempat kena naik ruam.
- Sapu air kencing baby kat tempat ruam
- Tepek tepung sagu
- Tepek bedak sejuk
- Lepas menyusu lap muka anak
- Sebelum menyusu lap tempat nak menyusu
So semua kat atas ni tak jalan, masuk Seth 2 bulan, muka makin teruk makin merebak pegi klinik checkup,nurse tak suggest ape pon, so aku bajet yang benda ni normal nanti hilang lah tu. Masa habis pantang and balik Seremban, ade call Tiera sepupu aku nurse sorang ni tanya krim apa, dia suggest,
-Econazine
Masa ni memang tak tau mende pasal steroids, so aku beli and sapu kat kulit seth. Memang macam magic lah, cantik licin smooth. Tapi tahan paling lama pon 2 minggu, lepastu naik balik and jadi lagi teruk
Then pegi checkup klinik, Dr bagitau Econazine ni steroids dia macam kuat, so dia suggest another ubat, katanya sesuai dengan kulit baby.
-Aqueous Cream
Benda ni macam moisturizer, so kena sapu je, Seth ada kurang sikit, tapi sama jugak, result tak tahan.
Then one day, pegi kenduri belah Syafiq, jumpa atuk sedara syafiq, Tok Jim, Dr pakar kanak2x, cam biasalah, orang tanya pipi kenapa etc etc, kitorang pon cakap, Ruam Susu, dia terus cakap, ni bukan ruam susu, ni Eczema. Aduh haii, rasa hati ni tuhan je tau.
So dia pon suggest aku ubat ni
-Hydrocotisone
According to him and Dr check up Seth, ubat ni kira less dosage of steroids lah, boleh sapu steroids kat muka baby, sebab masa tu muka seth merah2x, flare camtu. Dia nak bagi kurangkan. Sapu punya sapu, still tak jalan.
Ni dah nak raya ni, aku dah naik malas n lemah ni nak jumpa orang, So masa raya, masa tu seth dah 4 bulan, aku borak dengan Kak Lang,sepupu aku, anak dia ada dulu eczema gak, so tanya product apa dia guna, so dia suggest
-MooGoo
Aku terus call Farmasi kat area jasin nak tanya pasal product ni, kebetulan Farmasi Alpro je yang ada stok, harga satu set dalam RM200++, tutup sebelah mata sebab anakkan. So yang ni takde steroids. Natural Ingredient. Tapi bila benda natural ni, kesan dia memang lambat lahh. Aku pakai dalam 2 bulan, still xde perubahan, so aku cari alternative lain
Lepas pakai MooGoo ni, aku punya pilihan semua yang xde steroids, kesian kat budak ni takut kulit nipis nanti.
- Minyak Zaitun
Ni aku beli yang paling mahal and paling sikit quantity dia, tapi sayang nya takde perubahan.
- Minyak kelapa dara
Kawan aku sorang ni, Shiks, anak dia pon naik cam seth, dia suggest VCO, aku cari VCO and sapu, still xde perubahan.
Hati aku memang dah luruh dah, aku dah malas nak jumpa orang, kat mana-mana semua orang tanya. Even tengah beratur kat cashier pon orang belakang akan tegur n tanya. Lepastu yang baiknya, diorang ada suggest lah cream segala. Ada yang approach nak jual product dia pon pernah.
-Terapi Saraf (Terapi Dendrite Al-Fateh)
Then, Seth 6 bulan ,mak mertua aku book pakej urutan saraf dekat Kak Hani. Dia ni sekarang ada kedai, waze Khairan Medispa kat Sendayan, dulu kitorang datang rumah, urut saraf laluan oksigen tu. Ramai gila budak eczema Kak Hani urutkan. Aku jumpa a few customer tetap Kak Hani. Masa ni Seth ada perubahan banyak, tapi still tak hilang habis. Aku book 20 session tak silap.
Tapi nak ulang alik Sendayan tu bercinta woihhhhh.
-Ubat Kayap
Yang ni aku pakai atas suggestion pekerja kedai makan depan ofis aku, yang ni aku cari kat pekan Seremban tu, tricky nak mampos kedai aunty ni. Masa sapu ni, Seth punya perubahan paling ketara. Pipi yang dulu berair berdarah, jadi kering. Dah boleh dah cium2x sikit. Ye aku tak cium Seth at all kat muka masa kulit dia teruk. Masa jumpa ubat kayap ni, Seth dah 7 bulan.
At one point, Seth dah tak tunjuk perubahan, makna nya kena start cari ubat lain, So masani lah aku jumpa Saviour. Aku ke Subang atas urusan kerja, so supplier aku borak anak dia pon macam seth dulu n kesan steroids, so dia suggest pegi Farmasi depan kedai dia ni, ada uncle tu bagus gila and membantu sangat.
So aku pon pegi, and jumpa uncle tu aku tunjuk muka Seth, then dia suggest Ceramide Cream. Aku mati-mati tanya ada steroids tak ape semua, dia cakap tak. Then aku mcam berat hati nak beli sebab cream tu harga rm60++ , tp kalau ade steroids, aku memang taknak sapu lah, so dia tengok aku cam berkira-kira, dia bagi yang sample punya, 10g. Free.
-ZeHo Cream (Ceramide cream)
Lepas dapat tu aku xterus sapu, aku buat research, tanya banyak gila farmasi yang jual cream ni pasal steroids. Sampai frmasi kat Kedah pon aku PM. Then start sapu. Masa ni perubahan sangat ketara. Still ada merah2x tapi sikit sangat. Pipi Seth clean, dekat belakang dia kering and clean, dekat tangan clean. And tak pernah naik teruk. cuma aku still tak puas hati sebab dia tak clean habis je. Tapi overall, memang aku tak tinggal cream ni.i aku suggest kat ramai orang suruh try.
-Allergic Test
Dalam masa yang sama, sebab aku tak puashati, aku book appointment allergic test dekat pakar kulit dekat KPJ Seremban, sebab Dr tu tak selalu ada, so aku pegi pukul 11pagi tp turn panggil pukul 3ptg, masa tu Seth dah penat sangat tunggu so dia merengek2x, then Dr refuse nak buat allergic test dgn alasan seth tak bagi kerjasama. Masa ni memang aku hangin nak mampos, then dia prescribe ubat padia ntah, yang tak perlu semua dia bagi. Yang aku ingat ade satu tu ubat makan contain steroids. Memang tak lah aku nak bagi seth.
Aku just guna sabun ceramide yg dia bagi tu je. Aku memang marah sangat. sebab aku fikir, at that point, confirm seth ni ada allergic sebab segala ubat semua aku dah try tp tak jalan. Aku dah jaga makan, tp xde pon yang kena. Aku syak Seth allergic Daging Lembu, since dia Breastfeed, so aku lah yang tak boleh makan. So ingatkan nak buat allergic test utk confirmkan,tp Dr refuse pulak. Waiting period appointment aku that day 3 minggu tau. aku habis RM 300++for nothing.
Budak kaunter yg bagi ubat tu kena sembur lah dengan aku sbb bagi ubat yg takde kena mengena, tp ye lah, dia ikut Dr punya slip je. Tapi nak buat cemana, memang aku tengah hot time tu.
Masa ni Seth 9 bulan, kulit dia so so je, tapi aku still x puas hati. Sampailah baca kat FB pasal artikel Dr Wong
-Dr Wong (Skin Speciallist)
aku baca artikel FB ni, sebab Dr ni locate dekat Tangkak je, aku cam ok ni boleh gi try ni. Rupanya Dr Wong ni kau kena buat appointment online, google je wong specialist nnti dia keluar website appointment, daftar and pilih tarikh. Masa tau ni, Seth dah 10 bulan, and waiting period untuk appointment is 2 months, aku dapat tarikh few days lepas birthday Seth.
Pegi and check, dapat tau, seth rupanya Allergic Telur,so everything yg ada telur kena avoid. Aku cam ye ye je Dr ni, selama ni aku makan telur,seth ok je. Aku xpernah bagi Seth direct makan telur sebab takut allergic,tp aku xpe. Hahahhahahha so after that aku pantang telur n daging sebab aku still yakin seth ni daging pon problem, tp Dr cakap tak. As time goes, aku try makan daging sikit2x,tengok memang tak effect seth.
Since that,aku pantang telur and Alhamdulillah, kulit dia makin okay. Kadang2x accident gak makan tp just rasa2x sikit-sikit je.
Incase kau nak pegi Dr Wong ni, friendly reminder, diorang ni terima cash only, Bawak sedialah dalam RM400 - RM500 untuk ubat n consultation fee.
Dalam tempoh sebulan ni, kulit seth Alhamdulillah dah clean sangat-sangat. Aku dah tak larat dah nak kehulu kehilir cari ubat. Aku harap ni usaha terakhir dan biar yg penghabisan.
Sepanjang tempoh setahun ni, aku amik kira Seth ni banyak benda dah,
- Allergic mesin basuh so semua baju dia aku basuh tangan
- Allergic sabun basuh so aku pakai sabun basuh khas
- Allergic sabun mandi so untuk berbulan lamanya aku mandikan tak guna sabun sampailah aku tukar semua sabun shampo lotion dia ni untuk sensitive skin
- Segala cadar sarung bantal tilam seth aku akan basuh selang 2 hari.
- Kurangkan contact dia dengan orang sebab taknak orang cium2x
Sepanjang tempoh setahun ni, dah beribu duit aku habis, minyak kereta lagi,tol lagi. Banyak nak amik kira. Dah tu mental koyak lagi nak hadap orang ramai lagi. Nak cari penawar ni sakit, lagi-lagi pasal anak. Tutup mata sebelah lah dengan harga, nak bagi sihat punya pasal, selagi tak baik, selagi tu usaha sehabis boleh. InsyaAllah jumpa jalan. Tapi jangan lupa berdoa, still kena dapat izin yang atas dulu kalau nak sembuh.

P/S: Aku tak izin guna gambar seth buat testimoni produk ye, orang harini gila sikit cara marketing dia, tu kena terabur letak watermark. leulss 


Jan 12, 2020

A Famosa Resort & Water World Waterpark

Assalamualaikum

Tarikh update 12 Januari 2020, Dah setahun dah beranakkan dak Seth tapi tu cerita lain, aku berazam untuk kembali tulis blog tahun ni sebab dah power tackle trick jadik mak. HAHAHHAHHA

So cerita dia, on 4 & 5 Januari 2020 haritu aku bawa staff aku pegi claim reward diorang. Tak fancy mana pon tapi boleh lah nak appreciate keje diorang. Aku book Afamosa resort , book 1 villa untuk 12 orang and beli terus tiket waterpark.

Pecahan harga

  •  Tiket Water world : RM 48/pax inc lunch beli kat travelog
Harga kat website rm49/pax. Beli online lebih better, sebab harga walk in mahal narom, RM 58 tak silap.


  • Villa + BBQ : RM 890 (10 pax)
Yang ni cam harem sikit, lepas je aku beli, the following week, diorang buat sale. Harga weekend mahal RM 100 dari weekdays. Rumah 1 tingkat, ada 4 bilik, 2 bilik air. Ada swimming pool. Aku puas hati lah rumah yg kitorang dapat ni sebab swimming pool dia kat belakang rumah, so bbq semua kat tepi kolam and yg penting orang tak nampak.


  • Pelampung : RM 14 (double)
Pelampung ni kau kene sediakan deposit sama harga dengan pelampung yg kau nak sewa. Pelampung hilang, deposit pon hilang.

  • Loker : RM 3/ locker s
Loker ade banyak saiz, macam staff aku sewa loker besar, sumbat beg baju tukar, aku sewa yg saiz kecik je, just nak letak handbag n kunci kereta. Phone semua aku letak dalam waterproof bag, usung sekali masa naik gelongsor. Senang, sebab loker dia bukan jenis multiple use, dia tu sekali bukak je, once kau dah tutup, takboleh bukak lagi, kalau bukak,nak tutup balik kene beli token baru.


Waterworld tak banyak beza and dia masih relevan dan fun untuk kau spent time dengan family, gi naik gelongsor vuvuzuela yang nampak kat tepi highway tu, banyak kali naik pon takde hal cuma larat tak larat je nak naik bukit sambil angkut pelampong naik tangga .

Untuk bbq pulak, pihak villa sediakan dalam pack, so ada 10 packs total. Dalam tu ada ayam 2ketul, jagung, seafood sikit, hotdog. Kalau kau rasa tak cukup,gi lah beli n tambah, Tapi sebenarnya cukup dah sebab dah penat main air, selera makan kureng sikit. Lengkap dari mancis bawak ke arang semua provided, pinggan mangkuk kertas pon dia bagi cuma x banyak lah.

Villa ni takde dapur masak tau, macam aku, aku bawak noxxa tu, so the next day nya tu aku buat nasik goreng terus. Aku boleh lah recommend utk korang pi buat gathering ke apa ke kat sini. A famosa villa ni kau boleh je tempah dari outsider macam  tempah direct dengan owner rumah ke apa.

Aku buat tempahan semua dengan management je :

  1. https://book.afamosa.net/booking/book-rooms-afamosaresorthotelsdnbhd ( bilik)
  2. https://afamosaresorthotel.com/onlineticketing/selection2.aspx ( tiket waterpark)

Anyway, kalau korang or family planning nak gi Umrah or Haji , jangan lupa surf http://www.suchiofficial.com/ untuk dapatkan all products yang sah digunakan dalam ihram. Nak gi travel pon boleh, ada je set comel2x senang nak bawak.

yang baju hitam tengah menguap tu boss kitorang  @suchiofficial