Sep 21, 2023

CLUB MED , CHERATING

 Salam berhabuk satu malaysia,

Hekhekhek, Long story short, aku dah bersalin anak no 2 on March haritu,so status sekarang adalah Mak anak dua. Since aku keje sendiri, cuti 98hari goverment bagi untuk bersalin tu tak terpakai untuk diri sendiri sebab maunya melingkup bisnes kalau gitu. Hari ke 44 aku dah masuk ofis sambil usung anak kecik sebab aku ada trust issue dengan taska-taska sekarang. Anak sulung masuk taska umur 2 tahun, so aku xde pengalaman hantar baby pi taska.

Anyway, lepas aku 60++ hari pantang, aku sambung pantang day aku kat Club Med,Cherating. Fuhh yang ni aku cakap kau, pegilah kalau ada masa. Ni takes aku on this mini short escape. Club Med ni dah ada since 70s kot, tapi baru few years back je dia bukak pada public. Before ni dia private resort untuk orang yang ada-ada je.

Aku spend dalam 3.6k untuk 4 orang, 3hari 2 Malam, plus upgrade bilik jadi sea view. Kat sini dia bayar ikut kepala sebab everything pon dah included so, kau tak boleh sneak masuk macam hotel-hotel lain. Kenapa aku cakap kau x boleh sneak into this area, kat guard bawah je dia dah check nama untuk check in n berapa pax, meaning,kena turun tingkap kereta untuk dia count. Cara check in pon bukan tipikal hotel,kena bawak IC kat kaunter yada yada.Kau duduk kat sofa lobi,diorang datang brief kat kau. Kids umur 4 tahun ke atas dah kena bayar. So untuk 3.6k ni apa je dah termasuk? Jawapan dia everything. Dari makan minum permainan bilik and everything.

Day 1 aku sampai dalam pukul 6, pusing-pusing resort,then makan. Terkejut wehh, dia hidang steak free flow. Kau makan lah sampai muak. Bukan tu je,adelah high end food yang lain. Dia buat buffet style, dari makanan melayu,cina, india, omputih, jepun semua lah. Untuk makanan kat sini, dia 3 restaurant, each ni bukak lain-lain time, so kalau restaurant A dah tutup, kau pegi lah makan kat yang B, and seterusnya. Kiranya makan kat situ non stop, dari 630 pagi -11 malam.

Day 2, pagi tu aku sign up Seth kat mini club diorang, mini club ni macam daycare lah, kau drop anak kau, pastu kau gi lah buat aktiviti lain. Lepas drop seth dapat lah aku tido tepi pantai, mandi swimming pool,makan rilek2x, pendek kata macam dating lah berdua laki bini. Tapi kitorang xdelah cuba banyak pon aktiviti sebab ade sibudak kecik ni. so kitorang at ease je lah

Dak seth punya aktiviti full, dari buat cookies, swimming, trapeez sampailah main bingo semua diorang punya OC yang handle, aku pukul 4, gi pickup je dia. Malam dinner by the pool sambil tengok persembahan acrobatic/ sarkas camtu.

Day 3, pon aku drop seth kat mini club, checkout time pukul 11, tapi bagi aku yang ni best, kau kena checkout dari bilik pukul 11, pastu luggage pa semua tinggalkan je dalam bilik, tapi kau still boleh berlegar dalam compound tu sampai pukul 3. So kau still boleh lunch dulu sebelum gerak balik rumah.

Setiap malam dia ada show untuk kita, kira bagi aku kalau kau memang nak healing, better pegi sini, tak serabut nak keluar cari makan lah yada yada. Aktiviti dari sailing, kayak, archery,rock climbing apa semua free je. Dia ada gak area yg kids takboleh masuk. So memang aman damai.

Bagi aku, dari bayar 1k per night for 2 person kat Lexis Hibiscus, PD, dapat free breakfast je. Baiklah pegi sini bayar 1k per night for 2 person, all included. Periodt.

Cuma 1 je masalah, bilik dia ni xde lah wow nau, ashe ashe je. Kena ingat, kalau amik bilik deluxe biasa, toilet dia takde bidet, jenis guna tisu. Toilet kering, so better upgrade sea view, aman damai sikit dapat bidet.Toilet n bilik mandi dia asing tempat tau.

Club med ni sebenarnya wujud dah lama cuma dulu tempat ni khas utk golongan kayangan je, macam raja-raja,elitis semuatu lah.Cuma dalam 10 tahun lepas diorang bukak pada outsider. Bear in mind ehh, tempat ni ada bar. Jujur cakap, aku tunggu Iris besar sikit, aku nak repeat. Rugi pergi anak kecik - kecik nau ni, x boleh buat aktiviti unless ada orang nak tolong jaga.

Aku nak tepek gambar, tapi malas transfer dari fon.acane eh. HAHAHHAHAHHAAA

No comments: