x0x0

Mar 6, 2020

PERJALANAN ECZEMA SETH HAKIM

SELEPAS SETAHUN BERUSAHA CARI PENAWAR ECZEMA SETH, AKHIRNYA AKU NEKAD CUBA JALAN TERAKHIR. INI CERITA AKU...............
Harini rasa macam nak share pasal Eczema Seth, manatau kalau ada yang tengah hadap situasi macam ni, at least boleh share pengalaman.
#Disclaimer: Post ni panjang Berjela. Sediakan kopi dulu.
1 month
Seth lahir, kulit memang cantik, tapi lepas 3 minggu dia start naik bintik-bintik, biasalah, mesti cari google dulu papehal, Dr carik lain hari. Hahhahaha . Banyak gila artikel dah baca, so aku concludekan Seth kena tu adalah RUAM SUSU
RUAM SUSU
Banyak gila orang share dengan aku cara nak hilangkan ruam susu ni, banyak lah yg aku try tp ade je yg tak try sebab mcm tak logik antara dia
- Sapu air liur pagi bangun tido si ibu, dekat tempat kena naik ruam.
- Sapu air kencing baby kat tempat ruam
- Tepek tepung sagu
- Tepek bedak sejuk
- Lepas menyusu lap muka anak
- Sebelum menyusu lap tempat nak menyusu
So semua kat atas ni tak jalan, masuk Seth 2 bulan, muka makin teruk makin merebak pegi klinik checkup,nurse tak suggest ape pon, so aku bajet yang benda ni normal nanti hilang lah tu. Masa habis pantang and balik Seremban, ade call Tiera sepupu aku nurse sorang ni tanya krim apa, dia suggest,
-Econazine
Masa ni memang tak tau mende pasal steroids, so aku beli and sapu kat kulit seth. Memang macam magic lah, cantik licin smooth. Tapi tahan paling lama pon 2 minggu, lepastu naik balik and jadi lagi teruk
Then pegi checkup klinik, Dr bagitau Econazine ni steroids dia macam kuat, so dia suggest another ubat, katanya sesuai dengan kulit baby.
-Aqueous Cream
Benda ni macam moisturizer, so kena sapu je, Seth ada kurang sikit, tapi sama jugak, result tak tahan.
Then one day, pegi kenduri belah Syafiq, jumpa atuk sedara syafiq, Tok Jim, Dr pakar kanak2x, cam biasalah, orang tanya pipi kenapa etc etc, kitorang pon cakap, Ruam Susu, dia terus cakap, ni bukan ruam susu, ni Eczema. Aduh haii, rasa hati ni tuhan je tau.
So dia pon suggest aku ubat ni
-Hydrocotisone
According to him and Dr check up Seth, ubat ni kira less dosage of steroids lah, boleh sapu steroids kat muka baby, sebab masa tu muka seth merah2x, flare camtu. Dia nak bagi kurangkan. Sapu punya sapu, still tak jalan.
Ni dah nak raya ni, aku dah naik malas n lemah ni nak jumpa orang, So masa raya, masa tu seth dah 4 bulan, aku borak dengan Kak Lang,sepupu aku, anak dia ada dulu eczema gak, so tanya product apa dia guna, so dia suggest
-MooGoo
Aku terus call Farmasi kat area jasin nak tanya pasal product ni, kebetulan Farmasi Alpro je yang ada stok, harga satu set dalam RM200++, tutup sebelah mata sebab anakkan. So yang ni takde steroids. Natural Ingredient. Tapi bila benda natural ni, kesan dia memang lambat lahh. Aku pakai dalam 2 bulan, still xde perubahan, so aku cari alternative lain
Lepas pakai MooGoo ni, aku punya pilihan semua yang xde steroids, kesian kat budak ni takut kulit nipis nanti.
- Minyak Zaitun
Ni aku beli yang paling mahal and paling sikit quantity dia, tapi sayang nya takde perubahan.
- Minyak kelapa dara
Kawan aku sorang ni, Shiks, anak dia pon naik cam seth, dia suggest VCO, aku cari VCO and sapu, still xde perubahan.
Hati aku memang dah luruh dah, aku dah malas nak jumpa orang, kat mana-mana semua orang tanya. Even tengah beratur kat cashier pon orang belakang akan tegur n tanya. Lepastu yang baiknya, diorang ada suggest lah cream segala. Ada yang approach nak jual product dia pon pernah.
-Terapi Saraf (Terapi Dendrite Al-Fateh)
Then, Seth 6 bulan ,mak mertua aku book pakej urutan saraf dekat Kak Hani. Dia ni sekarang ada kedai, waze Khairan Medispa kat Sendayan, dulu kitorang datang rumah, urut saraf laluan oksigen tu. Ramai gila budak eczema Kak Hani urutkan. Aku jumpa a few customer tetap Kak Hani. Masa ni Seth ada perubahan banyak, tapi still tak hilang habis. Aku book 20 session tak silap.
Tapi nak ulang alik Sendayan tu bercinta woihhhhh.
-Ubat Kayap
Yang ni aku pakai atas suggestion pekerja kedai makan depan ofis aku, yang ni aku cari kat pekan Seremban tu, tricky nak mampos kedai aunty ni. Masa sapu ni, Seth punya perubahan paling ketara. Pipi yang dulu berair berdarah, jadi kering. Dah boleh dah cium2x sikit. Ye aku tak cium Seth at all kat muka masa kulit dia teruk. Masa jumpa ubat kayap ni, Seth dah 7 bulan.
At one point, Seth dah tak tunjuk perubahan, makna nya kena start cari ubat lain, So masani lah aku jumpa Saviour. Aku ke Subang atas urusan kerja, so supplier aku borak anak dia pon macam seth dulu n kesan steroids, so dia suggest pegi Farmasi depan kedai dia ni, ada uncle tu bagus gila and membantu sangat.
So aku pon pegi, and jumpa uncle tu aku tunjuk muka Seth, then dia suggest Ceramide Cream. Aku mati-mati tanya ada steroids tak ape semua, dia cakap tak. Then aku mcam berat hati nak beli sebab cream tu harga rm60++ , tp kalau ade steroids, aku memang taknak sapu lah, so dia tengok aku cam berkira-kira, dia bagi yang sample punya, 10g. Free.
-ZeHo Cream (Ceramide cream)
Lepas dapat tu aku xterus sapu, aku buat research, tanya banyak gila farmasi yang jual cream ni pasal steroids. Sampai frmasi kat Kedah pon aku PM. Then start sapu. Masa ni perubahan sangat ketara. Still ada merah2x tapi sikit sangat. Pipi Seth clean, dekat belakang dia kering and clean, dekat tangan clean. And tak pernah naik teruk. cuma aku still tak puas hati sebab dia tak clean habis je. Tapi overall, memang aku tak tinggal cream ni.i aku suggest kat ramai orang suruh try.
-Allergic Test
Dalam masa yang sama, sebab aku tak puashati, aku book appointment allergic test dekat pakar kulit dekat KPJ Seremban, sebab Dr tu tak selalu ada, so aku pegi pukul 11pagi tp turn panggil pukul 3ptg, masa tu Seth dah penat sangat tunggu so dia merengek2x, then Dr refuse nak buat allergic test dgn alasan seth tak bagi kerjasama. Masa ni memang aku hangin nak mampos, then dia prescribe ubat padia ntah, yang tak perlu semua dia bagi. Yang aku ingat ade satu tu ubat makan contain steroids. Memang tak lah aku nak bagi seth.
Aku just guna sabun ceramide yg dia bagi tu je. Aku memang marah sangat. sebab aku fikir, at that point, confirm seth ni ada allergic sebab segala ubat semua aku dah try tp tak jalan. Aku dah jaga makan, tp xde pon yang kena. Aku syak Seth allergic Daging Lembu, since dia Breastfeed, so aku lah yang tak boleh makan. So ingatkan nak buat allergic test utk confirmkan,tp Dr refuse pulak. Waiting period appointment aku that day 3 minggu tau. aku habis RM 300++for nothing.
Budak kaunter yg bagi ubat tu kena sembur lah dengan aku sbb bagi ubat yg takde kena mengena, tp ye lah, dia ikut Dr punya slip je. Tapi nak buat cemana, memang aku tengah hot time tu.
Masa ni Seth 9 bulan, kulit dia so so je, tapi aku still x puas hati. Sampailah baca kat FB pasal artikel Dr Wong
-Dr Wong (Skin Speciallist)
aku baca artikel FB ni, sebab Dr ni locate dekat Tangkak je, aku cam ok ni boleh gi try ni. Rupanya Dr Wong ni kau kena buat appointment online, google je wong specialist nnti dia keluar website appointment, daftar and pilih tarikh. Masa tau ni, Seth dah 10 bulan, and waiting period untuk appointment is 2 months, aku dapat tarikh few days lepas birthday Seth.
Pegi and check, dapat tau, seth rupanya Allergic Telur,so everything yg ada telur kena avoid. Aku cam ye ye je Dr ni, selama ni aku makan telur,seth ok je. Aku xpernah bagi Seth direct makan telur sebab takut allergic,tp aku xpe. Hahahhahahha so after that aku pantang telur n daging sebab aku still yakin seth ni daging pon problem, tp Dr cakap tak. As time goes, aku try makan daging sikit2x,tengok memang tak effect seth.
Since that,aku pantang telur and Alhamdulillah, kulit dia makin okay. Kadang2x accident gak makan tp just rasa2x sikit-sikit je.
Incase kau nak pegi Dr Wong ni, friendly reminder, diorang ni terima cash only, Bawak sedialah dalam RM400 - RM500 untuk ubat n consultation fee.
Dalam tempoh sebulan ni, kulit seth Alhamdulillah dah clean sangat-sangat. Aku dah tak larat dah nak kehulu kehilir cari ubat. Aku harap ni usaha terakhir dan biar yg penghabisan.
Sepanjang tempoh setahun ni, aku amik kira Seth ni banyak benda dah,
- Allergic mesin basuh so semua baju dia aku basuh tangan
- Allergic sabun basuh so aku pakai sabun basuh khas
- Allergic sabun mandi so untuk berbulan lamanya aku mandikan tak guna sabun sampailah aku tukar semua sabun shampo lotion dia ni untuk sensitive skin
- Segala cadar sarung bantal tilam seth aku akan basuh selang 2 hari.
- Kurangkan contact dia dengan orang sebab taknak orang cium2x
Sepanjang tempoh setahun ni, dah beribu duit aku habis, minyak kereta lagi,tol lagi. Banyak nak amik kira. Dah tu mental koyak lagi nak hadap orang ramai lagi. Nak cari penawar ni sakit, lagi-lagi pasal anak. Tutup mata sebelah lah dengan harga, nak bagi sihat punya pasal, selagi tak baik, selagi tu usaha sehabis boleh. InsyaAllah jumpa jalan. Tapi jangan lupa berdoa, still kena dapat izin yang atas dulu kalau nak sembuh.

P/S: Aku tak izin guna gambar seth buat testimoni produk ye, orang harini gila sikit cara marketing dia, tu kena terabur letak watermark. leulss