x0x0

May 13, 2019

Summary Isu Breast Feeding (BF) untuk 1st time mommy

Assalamualaikum

4 bulan dah aku jadi mak orang so one and only task u know u have to do once your baby is out is to FEED HIM!!! Semua pompuan weh bercita-cita nak BF anak sendiri atas banyak faktor. Meh aku list all those faktor yang aku rasa betul. Lels:

  • Kewangan- Kau bayangkan berapa banyak kau jimat dari habis beli susu FM
  • Bonding
  • Bonding
  • Bonding
Dah tu je faktor yang aku boleh ingat sekarang. The moment lepas Seth lahir, Nurse bawak seth masuk bilik suruh aku bagi susu. So dengan senang hati aku bagi tanpa pikir apa-apa, takde satu benda negatif pon yang bermain kat kepala aku sebab dari sebelum bersalin lagi mindsetaku nak BF Seth.

Sehinggalah nurse datang rumah suruh check kuning baby dekat hospital and nurse tanya,
" air susu banyak tak? Kalau tak, campurlah susu formula (FM). Kesian kat baby takut tak cukup susu."

Mulai haritu ayat negatif ni bermain kat kepala. Koyak mental aku bila Seth kerap nangis nak susu. Tambah pulak nurse datang setiap hari tanya. Lepastutak cukuptu, Dr pulak pernah tanya aku masa hari kedua or ketiga lepas bersalin
" Susu dapat tak 2oz setiap pam?"

Balik2x bila pam,nak dapat 1oz pon payah weh sumpah. Koyak lagi. Asal pam je koyak sedih. Sebab rasa tak cukup susu. Tengok anak pulak asyik melekap je most of the time macam tak puas. Orang datang melawat pulak asyik cakap jangan stress, lagi aku stress sebab aku tau apa jadi behind

Masa ni macam2x makanan aku makan nak bagi susu banyak punya pasal. Fuhhh

Tu lah, lain kali pastikan ilmu BF ni kau baca before bersalin, so taklah koyak teruk macam aku yang noob ni.

So aku nak share a few things untuk 1st time mak mak yang lepas bersalin baru nak membaca macam aku. Ni aku share ikut pengalaman aku.

Info awal susu badan selepas bersalin

1) SUSU MEMANG SIKIT. 
Badan akan produce this one type of susu called colostrum . Amount dia tak banyak pon tapi insyaAllah cukup untuk baby. Dia ada khasiat2x untuk imunisasi baby and so on pegi baca. Baby akan selalu nangis n nak susu bukan sebab tak cukup tapi memang nature dia as perut dia kecik so memang akan kerap lapar. Lagi kerap baby menyusu lagi bagus sebab akan trigger susu dalam hari keempat lepas tu.

So jangan down lepas 1st day try. Lek lu. Nurse and orang ramai akan datang n tanya soalan2x yang boleh buat kau down. Kau jangan compare dengan member kau yang baru bersalin tapi anak kedua-ketiga. Tu takboleh tu.

Dalam pada yang sama kau teruskan makan pantang, urut dan segalanya.

2) MILK BOOSTER
Dalam pada kau berurut, KALAU kau rasa susu kau sikit, kau makanlah milk booster. Carilah yang natural punya. Macam aku, aku amalkan

  • Sayur sawi n lobak putih
  • Air horlick
  • Minum air rebusan kurma merah n longan kering
Aku makan n minum je benda ni. Lepas pantang aku dah malas buat, so aku beli je susu kurma farm fresh tu.

Dalam pada kau research makanan nak banyakkan susu, kau jangan buat lupa pulak ada makanan boleh kurangkan susu. Salah satu yang aku baca is pudina. Cuba elakkan.

3) PAM SUSU SECARA KONSISTEN
Haaa yang ni memerlukan daya tahan yang tinggi sebab kadang2x ada time pemalas, satu hari langsung tak gi pam. Tapi aku nasihatkan untuk para ibu yang adaorang lain boleh jaga anak kau, make time untuk pam susu.

Setiap kali pam memang terpalit lah rasa down tu sebab,alahai nak cecah 30ml tu bukan main payah, tapi takpe, kau pamje. Ye lah, 1st time kan. Bila ada stok susu walaupun amount dia sikit sikit, senang kat kau nnti.

Aku dulu, kengkonon tak nak beli pam susu, ye lah dah niat nak BF je, sekali Seth kena tahan wad sebab kuning, hamek kau. Terkial2x kau nak cari, susu dah bengkak ni. So beli je lah untuk persediaan awal. Guna atau tak cerita kedua, yang penting ada. Tapi senang lah kalau ada Express Breast Milk (EBM) stock ni sebab kalau tetiba kau nak keluar tapi malas nak cari baby room, sumbat je botol susu. Lels.

So ni fullset yang aku guna untuk perihal EBM ni 

Pam Susu- aku pakai brand Autumnz single pump je. Sebab aku keje sendiri so masa insyaAllah bukan penghalang. So boleh lek lek. Kalau kau ada bajet lebih, belilah handsfree cup. senang keje. Boleh buat benda lain sambil pump. Kalau kau bekerja, aku suggest beli double pump, senang n cepat.




Storage bag- Yang ni yang sakit lah sebab kau boleh guna sekali je, pastu kena buang. aku malas guna botol sebab nak sterilize lagi etc etc. So aku beli brand malish sebab dia comel.tu je. Nak good deal,beli kat shoppee. Murah banyak.

Botol susu- Guna tommee tippee boleh combat colic katanya.

Beg susu- Yang ni aku beli Gabag. Pakej sekali dengan bag baby sebab dia sandang so, syafiq boleh bawak kalau keluar. Beli collection Nusa sebab kengkonon nak letak laptop, sekali laptop aku panjang lagi dari bag. Thermal bag dia boleh tahan up to 20 hours. So aku yakin sikitlah kalau nak berjalan jauh bawak EBM.
Lepas-lepas pantang tu kau continue lah pemakanan yang elok untuk susu eh. Tu je lah rasanya nak share

No comments: