Sep 25, 2020

TYAX DEODORANT: BFF KETYAX ANDA!!

 Assalamualaikum

Jujur aku kata aku bukan lah jenis manusia yang ada masalah bau badan,berpeluh pon kurang, so aku x amik port pasal deodorant. Bagi aku deodorant ni macam buat syarat je, just in case on that day, tetiba badan kau decides untuk merembeskan peluh yang banyak, tapi most of the time dia just one of the thing yg kau kena pakai walaupun xde function.

Aku personally prefer stick deodorant sebab dia cepat kering compared tu roll on, while yg dalam tin tu pulak tak best sebab takut salah aim. Yang paling penting, bau mesti wangi. Hahahaha, biasanya tempoh wangi tu tahan kat badan aku ni dalam 1/2 hari je,.4 hours top. Lepastu bau wangi xde. Tapi macam aku cakap tadi, no hal. Bukan isu.

Baru-baru ni aku try pakai TYAX Deodorant. Makaihhhhhhh wangi dia tahan betul sampai malam. Kalau pakai pukul 8pagi nak gi keja tu, balik petang kau sedut arah ketiak tu,masih lagi bau popcorn. Padu beb. Hahahhahahhahahha 

TYAX ada 2 scents, Vanilla and Berry. Personal favourite aku is vanilla. Bau diaa fuhhh. Kalau laki aku, dia jenis kuat berpeluh, so kalau dia pakai, dah petang 2x tu kekadang aku kene buat test bau nak uji level tahan deodorant ni padu tak, alhamdulillah, setakat harini, tidak menghampakan. PS,aku bukan bini yg suka bau ketiak lelaki okayyyyyy!!!

Kebaikan paling nyata pasal deodorant ni adalah,aku boleh kongsi dengan laki aku, so bila travel, kitorang just bawak satu je. senang dan jimat space, 

Team TYAX masa RnD produk ni,diorang kumpulkan rider rider food delivery, freelance photographer and suri rumah untuk jadi kajian awal. Orang-orang yang buat banyak keje and dok bawah terik. Feedback dari diorang sangat memberansangkan. Boleh tengok kat SINI untuk review diorang. 

Yang kat bawah  ni basically apa yang korang perlu tau lah kalau nak beli TYAX. Kebaikan dan kelebihan dia. Ada banyak lagi sebenarnya. Main ingredient untuk TYAX adalah Natural Mineral Salt ( TAWAS) yang terbukti berkesan untuk kurangkan bau badan.




Anyway, korang boleh beli TYAX kat SHOPEE diorang untuk lebih mudah. Baca lah review kat shopee kalau kau rasa ya tak yeee je apa yang aku tulis ni. Andonce dah beli tu, jangan lupa join contest untuk menang lucky draw. Amik gambar lawa-lawa,tag kat IG diorang, and submit entry!!


Adios


Sep 18, 2020

REALITI MAJIKAN SEMASA PKP/MCO

 Assalamualaikum

5 bulan since last post dan masih juggling between nak jadi owner bisnes,isteri dan mak. Nak jadi sama rata ni susah betul. So on Mac 2020, Malaysia hadap MCO- Movement Control Order. So aku rasa nak share sikit pandangan aku tentang MCO ni. 

During 1st phase rasa macam biasa, everything is under control but, bila dah berlarut masuk bulan kedua, aku dah rasa gelisah. Masa ni Gov bagi banyak gila bantuan dan Alhamdulillah sangat. Tapi ada a few cerita x best, ni aku bagi pandangan dari sudut pandang seorang majikan okay. So kalau baca, ni kita kena matang lah utk terima pendapat okay.

Masa tu PM umum bagi bantuan kat individu and keluarga nilai dalam RM 500- RM1600 kount x silap aku, depends on kau punya kategori, then a few days after, ada seorang Entrepreneur bersuara yang government sepatutnya bantu SME gak. 

Masatu ramai gila marah dengan Vivy sebab kata dengki lah itu ini. Tapi waktu aku marah dengan orang yang marah Vivy sebab xnampak benda ni in another view.

Tindakan gov untuk tolong individu yg putus pendapatan tu memang sangat dialu alukan. Contoh macam pakcik jual goreng pisang tepi jalan, bila PKP, habis terus punca income dia. So orang-orang ni memang selayaknya dapat.

Tapi yang bising byk ni orang yg bekerja bawah company tak kira lah besar ke kecik, tanpa diorang sedar, if Company diorang shut down, habis terkapai-kapai hidup kau.

As majikan, masa PKP haritu, no business allowed unless kau essentials as in jual barang makanan, penjagaan diri etc etc, selain dari tu. Takde syarikat allowed untuk bukak. Kalau kau pandang dari sudut pekerja,memang seronok, Gov bagi cuti, hujung bulan dapat gaji tapi at the same time, company yang bayar gaji pekerja takde aliran duit masuk. 

Aku bagi contoh company aku,pekerja 7 orang.Overhead kos, dalam 20kplus minus. Bila aliran duit masuk xde, memang tempah lingkup lah jawabnya. Lepastu orang bising kata company kena ada 6months punya emergency kos. Yes betul, 6 bulan emergency kos memang ada,tp kena consider yang every month ada duit masuk. Ambik contoh syarikat yg nak tutup yg nak bayar pampasan etcetc tu, dia at least dah prepare, ni during MCO, tetiba dapat notis kena tutup company tp gaji jalan, huishhhhhh sakit woiiihh.

As pekerja kau kena amik dari sudut pandang majikan, let say kau seronok seronok cuti tp gaji jalan, bising confident company tak boleh buang kau sebab Gov said so but kalau company x boleh nak sustain kau, terpaksa jugak buang. So jadilah pekerja yg menjadi asset syarikat bukannya liabiliti. 

Lepas vivy bising dan kena hentam,then Gov bagi bantuan kepada SME, masa tu bersyukur sangat. Sebab aku boleh buang option buang staff. Sayang kot, dah train, tetiba nak buang. Kira bayangkan syarikat yg korang kerja tu macam payung, bawah payung tu ada berapa family yg bergantung hidup? Dan bayangkan tetiba payung tu tertutup dengan sendirinya, habis family bawah payung tu semua terkesan, then terksan kat ekonomi sebab bawah payung tadi ada beberapa family yg putus pendapatan. Something like that lah analogi dia,

Untuk sudut pandang aku as majikan worst cases aku memang terpaksa buang staff untuk maintain business. So aku memang marah masa org melenting tanpa look at bigger picture. Masa tu vivy kena label T20 yg x faham marhaen lah itu ini, but its not the case.

Pandemik ni memamg ajar aku banyak benda, boleh tengok sapa yg betul2x asset syarikat, sapa yg diperlukan dan patut dibuang. Which part of management sistem kena betulkan. Apa yang perlu upgrade and skill apa yang perlu tambah. And banyak lagiii sebenarnya. 

Orang kata bisnes ni normal ada pasang surut, InsyaAllah pandemik ni ajar aku banyak sangat benda, and will definitely come back stronger!!