Sep 26, 2025

WAITED ALMOST 10 YEARS FOR UMRAH.

 Assalamualaikum

Takde sorang pon Muslim dalam dunia ni yang memang tak nak pergi umrah Takde. Bezanya cuma, kau dapat tak jemputan tu. As for 2025, orang dah makin senang nak pergi Saudi. Kalau dulu kena through Travel Agency je, sekarang ni nak pergi sendiri pon ok je. Guna Visa pelancong pun dah boleh buat Umrah.

This is my Umrah Journey yang aku simpan rapi sebab kalau aku cerita je aku akan sebak. Nak tulis ni pun aku kesa air mata sikit. Aku rasa susah sangat nak dapat panggilan tu. Nak kata takde duit, InsyaAllah aku ada je, in fact, there was 1 time, mak aku siap nak belanja lagi.

2017 - Aku habis belajar, parents aku first time pergi umrah after their Haji in 2004. Aku kena settle hal-hal rumah.

2018 - Hantar Syafiq kat KLIA untuk dia buat Umrah. Masa ni lagi 2 bulan nak kahwin.

2019 - Mak/Me

"Kah, ni mak dengan ayah nak pergi Umrah lagi sekali, mak bawak adik kau. Nanti ayah bagi duit, the same amount yang mak bayar pakej adik kau"

"Kenapa ica tak boleh ikut kali ni?"

"Sebab kau dah kahwin, nanti pegi dengan laki kau."

2020 - Family In laws aku aku semua pegi Umrah. 

2020-2021 - Covid Happened. 2 tahun Arab Saudi tutup untuk buat Umrah.

2022- I had a conversation with my Parents In law. Me/Umi

"Ica rasa nak pegi umrah lah, early next year."

"Boleh lah, umi pon nak pegi jugak."


Tapi Allah had other plan. I'm pregnant with my 2nd child and estimated early January aku akan sarat so I will definitely not fit untuk buat Umrah. Aku sedih tau. So masa Iris lahir je, aku terus cakap dekat semua orang,

"Iris 2 tahun je, putus susu, ica nak buat Umrah."

And semua orang pun sangat supportive, mungkin knowing yang aku punya attempt dah pegi umrah ni dah banyak kali, tapi tak diizinkan. Fast forward 2 tahun lepas Iris lahir which is 2025.

2025- Iris 2 tahun in March, so aku ambik masa 3 bulan lebih jugak nak putuskan susu dia, sebab somewhere in April, aku dah put depo untuk pergi Umrah. 

Aim aku, aku nak pegi betul2x masa musim haji habis, sebab tu time low peak, orang tak ramai sangat, tapi ada 1 masalah, masa tu musim panas, and Saudi punya panas tu Panas Betholllll. Tapi aku fikir biar panas matahari dari panas bersesak dengan orang. Lepastu aku cakap dengan Syafiq, aku nak duduk yang paling dekat dengan Masjidil Haram, aku tak kisah berapa, InsyaAllah duit boleh cari. Tapi nak datang lagi tu aku pon tak tau bila, so biarlah aku duduk dekat so aku tak rasa ralat. And aku purposely tinggalkan anak-anak aku. mak aku siap transfer harga pakej aku, so that aku bawak dak Seth, tapi aku memang tak nak bawak. Ni me time aku.

Kau rasa semua okay je kan? Tup tup Sometimes in June 2025, news ni keluar. Bodoh tau Israhell. 


Masa news ni keluar, aku menangis sedih tau takut Saudi pon tutup airspace diorang. Masa tu aku aku rasa, besar sangat ke dosa aku sampai susah sangat aku rasa nak dapat jemputan ni. Aku punya sedih tu, macam tiap masa je, air mata aku ni rajin je mengalir. Asal cakap sikit je sedih, cakap je sedih. Memang cengeng namatey. Tapi Alhamdulillah, after 2 weeks diorang buka semula. So aku lega. Sebab flight aku in July. 

Aku memang doa, jangan lah ada benda-benda lain yang boleh halang aku untuk sampai jadi tetamu Allah. dan Alhamdulillah. Everything went well. Aku memang bersyukur amat dengan family mertua aku, semua pon take part untuk handle anak-anak aku.

Pada aku kalau kau dapat jemputan tu, kau takde duit pon akan Allah mudahkan, tapi selagi mana kau tak dapat jemputan tu, kau ada duit banyak mana pun, kalau Allah tak izin, takde makna kau dapat jejak kaki kat sana. Sebab apa aku cakap macam ni, sebab thats what happened to me. 





Sep 5, 2025

Singapore, Temasek

 Salammmmmmm,

Merlion Park

Aku baru lepas cuti 5 hari so biasalah, nak start buat keje memang malas banyak. So aku opt lah tulis benda ni, in august. Publish kita tak sure bila, tapi hopefully before habis 2025 lah. Anyyywayyyyyyy.

Early this year, dak Seth dapat enroll sekolah awal setahun, like dia akan masuk darjah 1 masa umur dia 6 tahun instead of 7, so disebabkan tu, aku decide nak pegi 1 tempat lah before dia masuk sekolah. Sebelum aku terikat dengan jadual cuti sekolah dan bersesak-sesak like everybody. So aku decide, untuk pegi Singapore. Kenapa SG? sebab dia dekat and murah lah kan kalau nak dibanding aku ad hoc pegi  Jepun. Sebab kalau ikut gila aku, aku nak gi Jepun. Ni kali ketiga aku sampai SG, sebelum ni dengan parents aku and wolfpack,dengan wolfpack akurasa tahun 2014 x silap, kitorang pegi USS.

Singapore ni dikira Bandar paling mahal dalam dunia sama je macam Zurich, Zurich tu kita faham lah x5. Ni SG x3 je, tapi mahal weh. So trip kalini aku angkut 2 orang adik-adik ipar aku yang perempuan, sama macam last trip, ajak pegi trip, tapi bayar sendiri. Adik-adik ni sangat berguna ye sebab bila kau dah overstimulate dengan anak-anak kau, pass je dekat makcik2x diorang, so kita upah lah dengan makan.

Aku buat deal dengan adik ipar aku. Flight aku belanja sebab dapat murah je untuk 6 orang. Makan bawah RM200 diorang bayar, yang mana kena bayar atas RM200 kitorang cover. Untuk transport pon sama, bawah RM100, diorang cover, atas RM100 aku cover. Admission ticket mana-mana cover masing2x punya.

Singapore Zoo

So aku pergi 4hari 3 malam. Sempena birthday dak Seth sekali alang-alang. Untuk pegi tempat-tempat yang mahal ni dari dulu aku mengamalkan konsep jangan convert, tapi kau kena pandai lah berbelanja. 3 malam, memang aku terus target duduk area Bugis, senang, tourist attraction memang area situ, so aku jimat masa banyak. Train station yang terdekat pon just jalan dalam 5 minit je. So a win lah bagi aku. 

Untuk restaurant, aku try banyak lah sebab aku x bawak RTE kan,

  • Kucina, italian dining, chef dia famous kat tiktok, pada aku okay lah. 
  • Wingstop sebab kat malaysia xde, 
  • Capadocia sebab dak seth nak makan kunafa and syafiq janji nak beli kat SG, part carik pasal memang kau bagi je dak syafiq, dia hero.
  • Kg Glam Cafe - considered murah, macam standard harga malaysia kalau makan dalam mall. 
  • The Malayan Council- Wehhhh niii portion dia besauu wehhhhh. Kek durian dia sedapppp, aku sampai sekarang dok teringat.
  • Hjh Maimunah - Yang ni aku rasa nak hadiahkan dia garam. price wise okay lah.
  • The French American Bakery - Ni hot Choc dia sedap tapi manehhhhh leting lah.
Haji Lane

Untuk places to go pulak, aku limit 1 hari berapa tempat je pegi sebab ada budak kecik ni dia kalau 
cranky, kau yang stress
  • Singapore Zoo
  • Pusat Sains Negara + Laser
  • Merlion + Marina Bay Sands
  • Garden by the bay
  • Jewel Changi
  • Masjid Sultan
  • Haji Lane
  • Kg Gelam
Pusat Sains

Aku memang sengaja opt out USS sebab anak aku kecik, so buat rugi je bawak theme park, bukan dia 
boleh naik pon rides tu, tunggu dak Seth dah besar sikit, baru sedap bawak.

Most of the time kat sana aku naik train and grab je. Oh ye, dekat SG kalau kau ade budak kecik like 
baby macam tu, kau kena amik Grab yang family, bukan yang biasa, ada chances Grab kau kena reject 
kalau ambik yang biasa, 2 orang Grab Driver aku pesan camtu. Yang train pon, aku x beli kad dia, aku tap 
CC je. Sistem train dia pon dikira mantap jugak lah, kalau kau malas baca map train route dia, kau google 
je mana kau nak pegi, nnti google bagilah tau kau. 

Garden By the Bay. First time here.

Last time aku datang SG, aku beli EZlink card dia, so 1 thing yang aku memang ingat is, before balik
Malaysia, aku pi tebus whatever amount yang ada dalam kad dia, and after tebus tu, kad tu dah tak boleh guna lagi tau
aku tau ni, sebab dulu kengkawan aku kena. 


PS: Beza ye cara aku pandang vacation sekarang dengan 10 tahun lepas. People change babe.