Sep 5, 2025

Singapore, Temasek

 Salammmmmmm,

Merlion Park

Aku baru lepas cuti 5 hari so biasalah, nak start buat keje memang malas banyak. So aku opt lah tulis benda ni, in august. Publish kita tak sure bila, tapi hopefully before habis 2025 lah. Anyyywayyyyyyy.

Early this year, dak Seth dapat enroll sekolah awal setahun, like dia akan masuk darjah 1 masa umur dia 6 tahun instead of 7, so disebabkan tu, aku decide nak pegi 1 tempat lah before dia masuk sekolah. Sebelum aku terikat dengan jadual cuti sekolah dan bersesak-sesak like everybody. So aku decide, untuk pegi Singapore. Kenapa SG? sebab dia dekat and murah lah kan kalau nak dibanding aku ad hoc pegi  Jepun. Sebab kalau ikut gila aku, aku nak gi Jepun. Ni kali ketiga aku sampai SG, sebelum ni dengan parents aku and wolfpack,dengan wolfpack akurasa tahun 2014 x silap, kitorang pegi USS.

Singapore ni dikira Bandar paling mahal dalam dunia sama je macam Zurich, Zurich tu kita faham lah x5. Ni SG x3 je, tapi mahal weh. So trip kalini aku angkut 2 orang adik-adik ipar aku yang perempuan, sama macam last trip, ajak pegi trip, tapi bayar sendiri. Adik-adik ni sangat berguna ye sebab bila kau dah overstimulate dengan anak-anak kau, pass je dekat makcik2x diorang, so kita upah lah dengan makan.

Aku buat deal dengan adik ipar aku. Flight aku belanja sebab dapat murah je untuk 6 orang. Makan bawah RM200 diorang bayar, yang mana kena bayar atas RM200 kitorang cover. Untuk transport pon sama, bawah RM100, diorang cover, atas RM100 aku cover. Admission ticket mana-mana cover masing2x punya.

Singapore Zoo

So aku pergi 4hari 3 malam. Sempena birthday dak Seth sekali alang-alang. Untuk pegi tempat-tempat yang mahal ni dari dulu aku mengamalkan konsep jangan convert, tapi kau kena pandai lah berbelanja. 3 malam, memang aku terus target duduk area Bugis, senang, tourist attraction memang area situ, so aku jimat masa banyak. Train station yang terdekat pon just jalan dalam 5 minit je. So a win lah bagi aku. 

Untuk restaurant, aku try banyak lah sebab aku x bawak RTE kan,

  • Kucina, italian dining, chef dia famous kat tiktok, pada aku okay lah. 
  • Wingstop sebab kat malaysia xde, 
  • Capadocia sebab dak seth nak makan kunafa and syafiq janji nak beli kat SG, part carik pasal memang kau bagi je dak syafiq, dia hero.
  • Kg Glam Cafe - considered murah, macam standard harga malaysia kalau makan dalam mall. 
  • The Malayan Council- Wehhhh niii portion dia besauu wehhhhh. Kek durian dia sedapppp, aku sampai sekarang dok teringat.
  • Hjh Maimunah - Yang ni aku rasa nak hadiahkan dia garam. price wise okay lah.
  • The French American Bakery - Ni hot Choc dia sedap tapi manehhhhh leting lah.
Haji Lane

Untuk places to go pulak, aku limit 1 hari berapa tempat je pegi sebab ada budak kecik ni dia kalau 
cranky, kau yang stress
  • Singapore Zoo
  • Pusat Sains Negara + Laser
  • Merlion + Marina Bay Sands
  • Garden by the bay
  • Jewel Changi
  • Masjid Sultan
  • Haji Lane
  • Kg Gelam
Pusat Sains

Aku memang sengaja opt out USS sebab anak aku kecik, so buat rugi je bawak theme park, bukan dia 
boleh naik pon rides tu, tunggu dak Seth dah besar sikit, baru sedap bawak.

Most of the time kat sana aku naik train and grab je. Oh ye, dekat SG kalau kau ade budak kecik like 
baby macam tu, kau kena amik Grab yang family, bukan yang biasa, ada chances Grab kau kena reject 
kalau ambik yang biasa, 2 orang Grab Driver aku pesan camtu. Yang train pon, aku x beli kad dia, aku tap 
CC je. Sistem train dia pon dikira mantap jugak lah, kalau kau malas baca map train route dia, kau google 
je mana kau nak pegi, nnti google bagilah tau kau. 

Garden By the Bay. First time here.

Last time aku datang SG, aku beli EZlink card dia, so 1 thing yang aku memang ingat is, before balik
Malaysia, aku pi tebus whatever amount yang ada dalam kad dia, and after tebus tu, kad tu dah tak boleh guna lagi tau
aku tau ni, sebab dulu kengkawan aku kena. 


PS: Beza ye cara aku pandang vacation sekarang dengan 10 tahun lepas. People change babe.

No comments: