Entri kali ini mungkin berbeza dari entri2x yang lepas. Maaf.
Seharian aku hari ini berlegar2x di Kotaraya Kuala Lumpur. Dari pasar malam sehinggalah tempat shopping orang2x berduit. Ketika berlegar2x di kawasan Masjid Jamek, aku perhatikan sekeliling, oh betapa aku rindu suasana Pasar Malam di Jasin yang x begitu sesak jika dibandingkan disini tapi sememang nya, disini lebih meriah. Dalam pada aku berjalan, aku lihat orang2x disini lebih mesra, selalu saja tersenyum, bukan sahaja penjual, malah pembeli turut tersenyum pada sesiapa saja yang lalu. oh lihat begitu mesra nya rakyat ini.
aku teruskan perjalanan ke sebuah Gedung Membeli-Belah disitu, wah,, sungguh ramai sekali orang2x yang berlegar2x.tapi sayang, mata disajikan dengan mereka2x yang duduk disitu menagih simpati. ya, mungkin silap aku, mungkin persepsi aku bercanggah tetapi, di pusat tumpuan pelancong itu, sungguh tidak patut mata disajikan dengan permandangan begitu. tapi, dalam ramai2x itu, aku tertarik sekali memandang seorang tua yang duduk bersimph di anak tangga yang ditengah2x sambil menulis sesuatu dalam jawi, tulisan khat untuk lebih tepat. aduh indah. beliau dikurniakan bakat yang bukan calang2x orang ada. tak sempat aku melihat lebih lama, kaki ku melangkah masuk ke pusat itu menemani sahabat aku mencari keperluan nya. selepas beberapa ketika, kami keluar, aku lihat, ada sekelompok kanak2x mengerumuni seseorang, aku mendekati, ohh,, aku tersenyum,, si tua tadi sedang bercerita. ntah cerita apa pun, aku xtau,, yang pasti cerita tu menarik.
kaki melangkah laju sehingga di penghujung deretan gerai, aku harus menunggu sesuatu. di kaki2x lima, penuh dengan gerai2x jualan, sedang aku menunggu di hadapan sebuah gerai, tatkala kaki aku ingin melintas jalan ke seberang sana, aku terdengar suara, " Kalu xnak beli, jangan duduk depan kedai orang.".. ohh aku terdiam. ini lah dia persepsi rakyat ini, dikatakan orang lain menyibuk, dikala tiada urusan berkaitan. tetapi tidakkah beliau terfikir, yang gerai beliau itu telah pun mengambil hak orang2x yang ingin menunggu sesuatu. tak pe lah. itu persepsi sendiri.
langkah di teruskan lagi ke KLCC,, ohh aku terkenang memori kanak2x aku, kali terakhir aku menjejakkan kai disitu pun aku x ingat bila, sudah terlalu lama yang pasti. aku terus tersenyum. tetapi sekian lama aku perasan, pekerja2x di kedai2x yang ada tidak begitu ramah, serius. aku terdetik, sungguh ketara beza nya disini dengan kedai2x di tepi jalan. mungkin mereka bangga dapat menjual sesuatu yang berharga melampaui batas pemikiran walaupun hanya sehelai pakaian dalam. ceh.. tapi mungkin aku silap, ini persepsi aku.
melangkah keluar ke taman di situ, aku melihat,,ada perempuan dengan rokok mungkin beliau stress atau mungkin sudah terbiasa, entahlah. lelaki yang beria2x menjual telefon, walaupun telah ditolak dengan muka sombong aku tetap bersungguh2x untuk menjual, aku menjeling, ohh samsung ace, kenapa bersungguh2x untuk menjual dengan orang yg lalu lalang, telefon curikah??, pasangan yang berdua-duaan, berpegangan tangan, mesra, tapi sayang bertudung. terpalit rasa kesal di hati. ada juga family yg datang beriadah, meluangkan masa. pelancong yang kagum dengan suasana disitu. warga2x tua, anak2x muda, dan semualah. masing2x aku lihat dan meng-intepretasi sendiri. haha.. mungkin mereka melakukan benda yang sama terhadap diri aku. siapa yang tahu. =)
:. senyuman yang menyembunyikan 1001 duka .: |
No comments:
Post a Comment